Ucaplah
Alhamdulillah
Syukur kita kepada Allah
Selawat ke atas Nabi
Muhammad ya Rasulullah
Tanda syukur itulah taat
Setiap tempat setiap waktu
Syukur itu dapat dilihat
Pada sikap dan tingkah laku
Eh,
cikgu… apa kaitan lagu ni dengan ayat Alquran yang
cikgu post
tu?
Hah,
sebenarnya dalam
surah Luqman ayat 12 ni,
Allah menyuruh hamba-hambaNya supaya sentiasa bersyukur padaNya.
Jadi, kenapa pentingnya rasa
syukur?
Apabila seseorang itu bersyukur, itu tandanya dia menghargai nikmat kurniaan
Allah. Kalau
orang beri kita sesuatu, kita akan cakap terima kasih kan… macam tu juga yang
kita perlu lakukan jika
Allah berikan kita rezeki.
Rezeki ni datang dalam pelbagai bentuk, bukan setakat wang
ringgit sahaja ya. Kesihatan yang
baik, kebahagiaan yang
kita rasa
bersama keluarga dan keputusan peperiksaan yang
gempak juga merupakan nikmat yang
kita peroleh dari
Allah. Hmm…tak terkira banyaknya kan.
Jadi, setiap hari, kita mestilah ucapkan rasa
syukur kepada
Allah. Bagaimana caranya?
Syukur
itu banyak caranya
Taat beribadah tekun berusaha
Saling membantu berkasih sayang
Murah senyuman hulur sedekah
Marilah kita beramal bersama
Rasa bersyukur kita suburkan
MARILAH
BERSAMA KITA BERSYUKUR
KEPADA ALLAH KITA BERSYUKUR
In shaa Allah cikgu
akan
post sambungan
bagi
ayat
ini.
Kurniaan yang Allah berikan kepada
manusia itu tidak terbatas. Banyakkanlah
bersyukur sama ada melalui hati, lisan
atau perbuatan. Tulis di ruangan komen
“Alhamdulillah,” agar semua
yang baca
pun turut
sama
mengucapkan
syukur
pada
Allah.
