Rabu, 28 Februari 2018

DARI MANA HUJAN MUNCUL?



Pernah tertanya-tanya tak dari mana hujan muncul? Tahu-tahu je dah hujankan… Hah, hari ni kamu semua bertuah tau! Sebab cikgu nak cerita bagaimana sebenarnya proses kitaran air ni berlaku.

Kitaran air sebenarnya adalah pergerakan air yang berterusan.
Contohnya, dari permukaan laut ke udara kemudian, balik semula ke laut.

Okey, lepas tu apa pula jadi ya?

1. Matahari membekalkan haba.
2. Matahari memanaskan air pada permukaan lautan.
3. Air tersejat dan kemudian bertukar menjadi wap air yang akan bergerak ke tempat yang lebih tinggi.
4. Wap air tadi pula terkondensasi menjadi awan.
5. Awan menjadi cukup berat dan tumpat dengan air.
6. Hujan pun turun ke permukaan Bumi.

Proses ini akan terjadi semula berulang-ulang kali. Sebab tu lah, nama proses ni kitaran air. Mudahnye nk faham kan

Seronok tak belajar Sains ni?

Jom klik LIKE & SHARE ramai-ramai untuk perkongsian semua.
Best tak ilmu yang cikgu kongsikan hari ni? Komenlah “ BEST” banyak-banyak. In shaa Allah, cikgu post setiap minggu kalau ramai yang suka.




Khamis, 8 Februari 2018

EH, AWAK DAH NAK HABIS KE!



Biasanya, kalau pelajar mengaji ustazah datang, mesti riuh sekampung dibuatnya. Ada-ada aja perkara yang nak diceritakan.

Pelajar 1 : “Ustazah…ustazah… hari ni saya nak mengaji dulu”.
Pelajar 2 : “Ustazah, lepas tu saya ea”.
Ustazah : “Okey, okey… kita ikut giliran ea”.
Pelajar 1 : “ Yeay…yeay… dapat mengaji dulu”.

Pelajar 1 : “Ustazah…ustazah… lepas habis Iqra’ ni bolehlah mengaji Al-quran pula kan, iskhhh… tak sabarnye”.
Pelajar 2 : “Eh, awak dah nak habis ke! Saya banyak lagi yang belum habis baca”.
Ustazah : “Wah, masing-masing tak sabar nak mengaji Al-quran ea! kalau macam tu, kena rajin datang mengaji, barulah lancar membaca”.

Seronok rasanya kan bila anak-anak bersemangat nak mengaji.

Mana tahu suatu hari nanti, mereka yang akan menjadi wakil negara Malaysia dalam pertandingan Tilawah Al-quran Antarabangsa.

Kalau tak sampai ke tahap tu pun, sekurang-kurangnya mereka dah ada sedikit ilmu yang akan menjadi penyuluh jalan yang benar.

Nasihat ustazah buat semua yang ustazah kasihi, luangkanlah sedikit dari masa kita untuk mengaji Al-quran. Dapat satu, dua muka satu hari pun memadailah.