Jumaat, 6 April 2018

VERB ADA PECAHAN LAGI KE CIKGU??


VERB ADA PECAHAN LAGI KE CIKGU……????
 ====================================
Assalamualaikum semua…?
Apa khabar….???
Sihat…????
Dalam post yang lalu kita telah belajar berkenaan rumus “verb”. Jadi hari ini cikgu nak anda mengenali “verb” lebih mendalam . “Verb” kita boleh pecahkan kepada dua kumpulan UTAMA. Pertama “regular verb” dan seterusnya adalah “irregular verb”.
Apakah “regular verb” dan “irregular verb”???? Regular verb merupakan kata kerja yang menerima tambahan ‘ed’ atau ‘d’ seperti rajah di atas. Maksudnya, perubahan tenses ke atas kata kerja hanyalah berlaku dengan pertambahan ‘ed’ atau ‘d’.
“Irregular verb” pula merujuk kepada kata kerja yang mengalami perubahan secara menyeluruh. Misalnya, eat (bentuk present) bertukar menjadi ate (bentuk past).
Sekian perkongsian cikgu untuk minggu ini. Bagi tajuk “Auxiliary verb”, kita akan pelajari pada posting yang akan datang ok…. Semoga memberi manfaat kepada anda semua…..
Jangan lupa KLIK LIKE & SHARE untuk perkongsian semua.
Macam mana best perkongsian cikgu hari ini??? Komenlah “BEST” banyak-banyak. In Shaa Allah cikgu akan post setiap minggu kalau ramai yang suka.

Rabu, 4 April 2018

KELIRULAH… SINGULAR ADA ‘S’ KE TAK ADA, PLURAL PLAK MACAM MANA??



KELIRULAH… SINGULAR ADA ‘S’ KE TAK ADA, PLURAL PLAK MACAM MANA??
==============================================================
Assalamualaikum semua… Apa khabar semua… Sihat ke?
Bagi post kali ini cikgu akan berkongsi ilmu tentang ‘verb’. Mesti anda semua keliru kan.. ? Singular ni ada ‘s’ ke tak Plural pulak macam mana? Jangan risau cikgu akan ajar anda semua macam mana nak mudah ingat tentang ‘verb’.
Verb merupakan kata kerja yang mempunyai fungsi yang penting dalam ayat. Jadi, apa itu Singular dan Plural ye??
Haaaa… tahu tak? Ok… cikgu terangkan. Singular merujuk perkara atau benda atau manusia atau haiwan yang mempunyai bilangan “SATU”. Plural pula merujuk perkara atau benda atau manusia atau haiwan yang mempunyai bilangan lebih dari “SATU”.
Jadi, bagi mengelakkan kesilapan tatabahasa semasa membina ayat, pelajar boleh menghafal dan memahami rumus di atas. Cikgu harap ia berkesan kepada anda semua… Semoga Berjaya!!!!!
Jom SHARE untuk perkongsian semua.
Best tak ilmu yang cikgu bagi hari ini? Komenlah “BEST” banyak-banyak. In Shaa Allah cikgu akan post lagi minggu depan ye.

AJARILAH ANAK-ANAK TENTANG ISLAM


AJARILAH ANAK-ANAK TENTANG ISLAM
==================================
Salam semua!
Sedang buat apa tu? Dah baca ke mutiara kata hari ni?
Hari akan lebih indah jika dimulakan dengan rasa syukur. Jadi, marilah sama-sama kita mensyukuri setiap nikmat pemberian Allah selama kita hidup di muka bumi ini. Alhamdulillah…
Beruntungnya kita kerana masih diberi kesempatan oleh Allah Yang Maha Besar untuk sampai ke hari yang penuh berkah ini. Jom kita gunakan peluang yang ada untuk berdoa seketika, “Ya Allah, berilah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah kepada kami petunjuk dalam urusan kami. Amin.”
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Didiklah anak-anak kamu atas tiga perkara: Cinta kepada Nabi kamu, cinta kepada kaum keluarganya serta membaca Al-Quran, sesungguhnya para pembaca Al-Quran itu berada di bawah naungan Arasy Allah pada hari tiada naungan melainkan naunganNya bersama-sama para NabiNya dan hamba-hambanya yang terpilih.(Hadith Riwayat Dailami dari Sayyidina Ali KRMWJH)
1) Cinta kepada nabi
Rasulullah saw sangat menyayangi umatnya.
At-Taubah [128] Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.
Baginda telah mengorbankan dua ekor kibas yang besar salah satunya untuk dirinya dan yang satu lagi untuk umatnya. Kita juga sepatutnya melakukan korban untuk Nabi.
Bahawasanya Nabi berkorban dua ekor kibas kedua-duanya berwarna putih bercampur hitam. Seekor untuk diriNya s.a.w dan seekor lagi untuk umatNya yang mengaku KeEsaan Allah ta’ala ( yang beriman) dan menyaksikan (mengaku) KeRasulanNya”.
2) Cinta kepada keluarga Baginda
Sayangilah zuriat keturunan Rasulullah saw daripada isteri-isterinya, keturunan Baginda daripada cucunya Sayyidina Hassan dan Sayyidina Hussin, anak kepada Siti Fatimah r.a. dan Sayyidina Ali KRMWJH dan sahabat-sahabatnya yang dianggap seperti keluarganya sendiri seperti Abdullah Bin Masud.
3) Membaca quran
Buatlah program harian untuk membaca al-Quran.
Abdullah bin Mas’ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab ALLAH TAALA maka untuknya diberi satu ‘hasanah’ (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata (’Alif, lam, mim) sebagai satu huruf tetapi (alif) adalah satu huruf, (lam) adalah satu huruf dan (mim) adalah satu huruf.”
Dari Al Barra bin Azib RA, “ Ada seorang membaca surat Al Kahfi sedang tidak jauh dari tempatnya, ada kuda yang terikat dengan tali kanan kiri, tiba-tiba orang itu diliputi oleh cahaya yang selalu mendekat kepadanya, sedang kuda itu lari ketakutan. Dan pada pagi hari ia datang memberi tahu kejadian itu kepada nabi SAW, maka bersabda nabi SAW, ”Itulah ketenangan (rahmat) yang telah turun untuk bacaan Al-Qur’an itu.”(HR Bukhori dan Muslim).
Jom SHARE untuk manfaat semua.
Suka baca mutiara kata yang cikgu kongsikan hari ni, komen “ Saya Suka”, in shaa Allah cikgu post setiap minggu kalau ramai yang suka.

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN BERTUTUR PT3 2018


Azzahra Home Tuition mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Bertutur PT3 2018. Good luck!....
Jom sama-sama kita tadah tangan, berdoa, memohon pada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
“Ya Allah,berikanlah ketenangan kepada semua pelajar yang menduduki peperiksaan bertutur PT3 2018. Berikanlah kekuatan kepada mereka dalam usaha menjawab soalan dengan baik dan menepati kehendak soalan. Berikanlah KEJAYAAN yang CEMERLANG kepada mereka. Semoga mereka sentiasa berada dalam kalangan orang-orang yang beriman kepadaMu. Amin.”
Cikgu yakin kamu semua boleh buat yang terbaik. Kalau ada usaha, in shaa Allah pasti ada kejayaan.
Ingat, USAHA, DOA dan TAWAKAL..

Semoga Berjaya! 

Tag kawan-kawan dan anak-anak anda yang sedang menduduki peperiksaan.
Dan klik LIKE & SHARE untuk perkongsian semua.

MANAKAH YANG LEBIH MULIA, ILMU ATAU HARTA??



MANAKAH YANG LEBIH MULIA, ILMU ATAU HARTA??

============================================

Assalamaualaikum semua….??
Apa khabar..???
Sihat…..???
Hari ini cikgu nak kongsi dengan anda semua sebuah kisah pada zaman Nabi. Anda semua mesti dah tak sabar kan….. nak dengar kisah yang cikgu akan ceritakan kepada anda semua …?? Mari cikgu cerita kan…….
Suatu ketika, 10 orang Khawarij datang mengunjungi tempat Sayyidina Ali Bin Abi Talib dan mahu menguji sejauh mana kedalaman ilmunya. Mereka berpakat untuk menanyakan 10 soalan yang sama.
Orang 1: “Hai Ali, manakah yang lebih mulia, ilmu atau harta? Dan terangkan sebab-sebabnya”.
Sayyidina Ali: “Ilmu lebih mulia daripada harta kerana ilmu adalah warisan para nabi, sedangkan harta kekayaan adalah warisan Firaun, Qorun, Syadad dan sejenisnya. Maka ilmu lebih mulia daripada harta”.
Kita mungkin sudah terbiasa dengan cerita keangkuhan Firaun tapi siapa pula Qorun? Qorun sebenarnya ialah sepupu kepada Nabi Musa a.s. Pada awal kehidupannya, Qorun ini sangatlah miskin dan memiliki banyak anak sehinggalah dia meminta Nabi Musa mendoakannya supaya kaya-raya dan Allah mengabulkan doa tersebut.
Setelah Qorun memiliki kekayaan yang melimpah ruah berupa ribuan gudang harta berisikan emas dan perak, Qorun berubah menjadi orang yang sombong dan riya’.
Biasanya, sepuluh orang yang berbadan sasa akan mengusung kunci-kunci kepada gudangnya namun kunci-kunci tersebut masih dirasakan terlalu berat untuk dibawa kerana jumlahnya yang banyak. Boleh kita bayangkan betapa banyak kuda, tentera dan jubah-jubah mewah yang paling mahal pada zaman itu.
Kalau semua nak tahu, Firaun tu ialah teman baik Qorun. Suatu hari, sedang Qorun bermegah-megah dengan kekayaannya, dengan kuasa Allah, jalan yang dilaluinya retak lalu Qorun dan segala harta kekayaannya ditelan Bumi.
Sampailah kini, apabila seseorang terjumpa harta yang terpendam, kita akan mengatakan “Harta Karun”. Semoga kita mendapat iktibar dari kisah ini.
Jangan lupa SHARE untuk manfaat semua.
Macam mana dengan kisah yang cikgu kongsikan hari ini? Komenlah “SAYA SUKA” banyak-banyak. In Shaa Allah cikgu akan post kisah yang lain pula pada minggu hadapan kalau ramai yang suka.😊😁