Rabu, 30 Jun 2021

TUTOR TERBAIK MEI 2021


Syabas dan Tahniah kepada Cikgu Farrah Hazwani atas pencapaian perkhidmatan cemerlang yang telah diberikan.

Terima kasih atas jasa dan keiklasan cikgu dalam mendidik dan membimbing pelajar-pelajar Azzahra Home Tuition.

Semoga segala jasa baik cikgu di balas dengan kebaikkan di dunia dan di akhirat. Aamiin.

 

Isnin, 21 Jun 2021

KELAS PERCUMA



 

Perlukan Guru Yang Boleh Memberikan Perhatian Yang Lebih Kepada Anak Anda?

===============================================================

 

- Tuisyen PERCUMA Kumpulan Kecil (3-5 pelajar).

- Khas untuk pelajar sekolah Rendah dan Menengah.

 

PKP 3.0 terjadi lagi? Sudah lama anak-anak tertinggal dalam pelajaran? Tidak tahu apa yang harus dilakukan?

 

Jangan risau ibu bapa sekalian…

 

Azzahra Home Tuition (AzzahraHT) nak membantu semua ibu bapa yang mempunyai anak-anak di sekolah rendah dan menengah dengan menyertai kelas tuisyen berkumpulan kecil secara percuma. Kelas ini dijalankan secara dalam talian (menggunakan aplikasi Zoom) agar kita semua dapat terhindar daripada jangkitan covid-19.

 

Menariknya, kelas ini dijalankan di dalam kumpulan yang lebih kecil iaitu 3 hingga 5 pelajar sahaja. Ini adalah kerana guru-guru dapat memberikan perhatian yang lebih kepada anak-anak anda. Selain itu, ia juga memudahkan anak-anak anda bertanya kepada guru sekiranya mereka tidak faham dengan apa yang dipelajari oleh mereka.

 

Alhamdulillah AzzahraHT mendapat banyak maklum balas yang positif daripada ramai ibu bapa yang telah mengambil perkhidmatan daripada kami. Daripada pencapaian yang biasa-biasa sehingga pencapaian anak-anak mereka meningkat menjadi A pada setiap kali peperiksaan. Ada juga pelajar yang telah lama bersama AzzahraHT yang bermula daripada sekolah rendah tahun 4 sehingga sekarang berada di tingkatan 5 dan daripada seorang sehingga semua adik beradik menyertai kelas AzzahraHT.

 

Inshaa-Allah usaha yang berterusan daripada pihak ibu bapa, guru-guru serta pelajar akan membuahkan hasil suatu hari nanti. Yang penting kita mestilah sentiasa konsisten dalam memastikan anak-anak kita untuk sentiasa belajar agar tidak ketinggalan di dalam pelajaran demi masa depan mereka.

 

Jom cepat-cepat mendaftar... Tempat adalah terhad..


Sebarang persoalan boleh hubungi nombor di bawah:


wassap.my/60165077857/kpbk_blog


Atau


wassap.my/60125421825/kpbk_blog


Atau


wassap.my/60133474733/kpbk_blog




#KitaJagaKita

#AzzahraHT

#AzzahraHomeTuition

#onlintetuition

#tuition

#CreatingFutureTogether

#QualityAndFunLearning

#HomeTuition

#TuitionCentre


Sabtu, 19 Jun 2021

SELAMAT HARI BAPA


 

SELAMAT HARI BAPA

==================


Engkau adalah hero ku yang dapat melindungi aku daripada segala kejahatan. 

Engkau sanggup bekerja keras untuk mencari rezeki yang  halal buat anak dan isteri.

Engkau korbankan segalanya untuk dapatkan yang terbaik buat seisi keluarga.

Engkau akan pupuk dan didik anakmu untuk menjadi anak yang berjaya.


Akan aku kenang dan hargai segala sayang dan cinta yang ayah berikan untuk aku agar aku ingat bahawa ayah adalah seorang wira yang sentiasa melindungi aku ketika aku dalam kesulitan.


Selamat Hari Bapa kepada mereka yang bergelar sebagai BAPA. Terima kasih atas kasih sayang dan pengorbanan yang ayah berikan buat mereka yang tersayang. 


Kepada anak-anak yang masih mempunyai ayah, hargai dan berbaktilah kepada mereka. Jangan pernah mengeluh menjaga mereka kerana mereka yang telah bersusah payah menjaga kita, berhujan berpanas bagi mencari sesuap nasi dan mengorbankan segalanya untuk memberi kesenangan untuk yang tercinta. 


Ayah (Nilai Kasihmu) - Dehearty


Di sisi ibu kau setia menanti

Lahir anakmu menambahkan seri

Bersama aminan memuji Illahi

Di telingaku kanan dan kiri


Hari - hari makin mendewasakan

Hidupmu tabah penuh kecabaran

Dalam mendidik amanah tuhanmu

Sabar melayar kerenah yang seribu


Titisan keringatmu menyubur kehidupan

Berhujan berpanas tidak kau hendahkan

Dirimu tetap gigih menuai rezeki

Menjadikan mimpi satu realiti


Biar ku tawar uang yang berjuta

Biar ku hampar selaut mutiara

Tak mungkin membalas segala jasa

Yang tidak ternilainya


Oh ayah akan ku bukti padamu

Curahan kasih tidak kusiakan

Mencapai cita jua kejayaan

Kan ku bela nasibmu di hari tua


Titisan keringatmu menyubur kehidupan

Berhujan berpanas tidak kau hendahkan

Dirimu tetap gigih menuai rezeki

Menjadikan mimpi satu realiti


Biar ku tawar uang yang berjuta

Biar ku hampar selaut mutiara

Tak mungkin membalas segala jasa

Yang tidak ternilainya


Oh ayah akan ku bukti padamu

Curahan kasih tidak kusiakan

Mencapai cita jua kejayaan

Kan ku bela nasibmu


Biar ku tawar uang yang berjuta

Biar ku hampar selaut mutiara

Tak mungkin membalas segala jasa

Yang tidak ternilainya


Oh ayah akan ku bukti padamu

Curahan kasih tidak kusiakan

Mencapai cita jua kejayaan

Kan ku bela nasibmu di hari tua


HARI KEPUTERAAN DULI YANG MAHA MULIA DI-PERTUAN AGONG XVI

 


Daulat Tuanku.

#AzzahraTuition
#AzzahraCenterSelayang
#AllahJagaKita
#AzzahraHomeTuition

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA BERSEMPENA HARI KEPUTERAAN DULI YANG MAHA MULIA DI-PERTUAN AGONG XVI


 Selamat bercuti sempena Hari Keputeraan Agong


#AzzahraCenterSelayang
#AzzahraTuition
#AllahJagaKita
#AzzahraHomeTuition