Sabtu, 17 Julai 2021

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 2021


SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 2021

================================


Raya Haji pada tahun ini kita masih tidak dapat untuk beraya bersama orang yang tersayang yang berada jauh di kampung. Jangan bersedih kerana kita masih lagi boleh menggunakan kecanggihan teknologi terkini dengan membuat ‘video call’ bersama mereka. Kita perlu berasa beruntung dan bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk menyambut hari yang mulia ini dengan orang yang tersayang walaupun dalam jarak yang jauh. Bayangkan mereka yang tidak dapat beraya kerana peperangan, tiada bekalan makanan dan sebagainya. Apalah nasib mereka dan bayangkan perasaan mereka bagaimana. Jadi kita perlu sentiasa rasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah beri kepada kita.


Ingat untuk sentiasa jaga diri apabila mahu keluar dan jangan lupa untuk patuhi SOP supaya kita dapat melindungi diri daripada jangkitan Covid-19. Jangan bersedih apabila kita tidak dapat beraya dengan rakan-rakan dan juga ahli keluarga yang terdekat kerana ianya adalah untuk kebaikan kita supaya Covid-19 dapat dibendung dan dihapuskan dengan cepat. Jadi patuh SOP dan mari sama-sama kita putuskan rangkaian ini.

Akhir kata, kami dari Azzahra Home Tuition ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua dan kami memohon maaf diatas kesilapan dan kesalahan yang pernah kami lakukan secara sedar ataupun tidak. Moga pada hari yang mulia ini kita kongsi kegembiraan bersama-sama.

#KitaJagaKita

#AzzahraHT

#AzzahraHomeTuition

#onlintetuition

#tuition

#CreatingFutureTogether

#QualityAndFunLearning

#HomeTuition

#TuitionCentre





 

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI BERSEMPENA HARI RAYA HAJI AIDIL ADHA 2021

 




Sabtu, 3 Julai 2021

PEMENANG PERADUAN KONGSI GAMBAR RAYA 2021






 

KEPUTUSAN PEMENANG HADIAH KONGSI GAMBAR RAYA 2021

====================================================

 

Alhamdulillah, Peraduan Slogan Kata dan Gambar menarik sempena Peraduan Kongsi Gambar Raya 2021 telah tamat dan kami dari  pihak Azzahra Home Tuition ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menyertai peraduan ini.

 

Sehubungan itu, pihak syarikat mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang telah berjaya memenangi peraduan ini. Bagi mereka yang tidak terpilih, jangan bersedih. Inshaa Allah ada rezeki anda boleh sertai peraduan daripada Azzahra Home Tuition yang akan datang.

 

Pihak syarikat akan bank in hadiah wang tunai tersebut kepada pemenang-pemenang bertuah tersebut. Tahniah dan terima kasih.

 

#KitaJagaKita

#AzzahraHT

#AzzahraHomeTuition

#onlintetuition

#tuition

#CreatingFutureTogether

#QualityAndFunLearning

#HomeTuition

#TuitionCentre