Azzahra Training and Consultancy (AzzahraOnlineTuition) 201503102170(00242690-D) Untuk hubungi: 016 - 507 7857 Waktu Operasi: Isnin - Selasa: 8.30 am - 10.00 pm Rabu - Jumaat : 12.00 pm - 10.00 pm Sabtu - Ahad : 8.30 am - 5.50 pm
Isnin, 30 Ogos 2021
Isnin, 23 Ogos 2021
NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI BERSEMPENA HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2021 YANG KE-64
Selasa, 10 Ogos 2021
SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 1443 HIJRAH
SALAM MAAL HIJRAH 1443
======================
Hi dan Assalammualaikum semua? Salam Maal Hijrah…
Hari ini merupakan 1 Muharram 1443 merupakan tahun baru bagi kalender umat Islam. Jadi cikgu nak ucapkan selamat tahun baru kepada semua umat Islam di Malaysia. Semoga tahun baru ini, kita menjadi seorang yang lebih baik daripada tahun yang lepas. Jom kita letakkan azam baru kita dengan pertambahan nilai-nilai positif dalam diri kita agar kita dapat menjadi umat Islam yang diredhai Allah SWT dan disenangi oleh keluarga, kawan-kawan dan masyarakat. Seronokkan kalau Allah SWT sayang kita dan semua orang di sekeliling kita sayang kita… Sebab ramai orang suka berkawan dengan orang yang positif.
Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam iaitu untuk kita memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.
Hijrah atau perpindahan tidak hanya membawa maksud kita berpindah daripada satu tempat ke tempat yang lain tetapi ianya juga boleh dimaksudkan dengan penghijrahan diri. Penghijrahan diri boleh diertikan sebagai berjuang dan berani untuk meninggalkan perkara-perkara yang buruk dan beralih kepada perkara-perkara yang lebih baik.
Bagaimana tu cikgu?
“Contohnya kalau sebelum ini kita merupakan seorang yang jenis belajar yang mengikut mood”. Jadi kita harus mulakan melakukan perubahan itu dengan kita membuat jadual belajar. Tetapkan masa belajar, hari dengan matapelajaran yang ingin kita pelajari. Kemudian pastikan diri kita patuh dengan jadual yang kita pelajari tersebut. Kalau kita susah untuk ikut jadual tersebut. Mulakan dengan paksa diri kita dahulu, lama-lama kita akan terbiasa dengan mengikuti jadual tersebut. Inshaa Allah kita akan menjadi pelajar yang berdisiplin dan disiplin merupakan salah satu komponen yang sangat penting untuk kita menjadi seorang pelajar yang cemerlang.
Itu sahaja perkongsian cikgu untuk hari ini, semoga perkongsian cikgu ini memberi manfaat kepada semua pelajar-pelajar.
Jika anda rasa perkongsian cikgu ini bermanfaat, sila “Click Like & Share” untuk manfaat semua.
Terima Kasih Semua. Assalammualaikum dan Salam Maal Hijrah.
#KitaJagaKita
#AzzahraHT
#AzzahraHomeTuition
#onlintetuition
#tuition
#CreatingFutureTogether
#QualityAndFunLearning
#HomeTuition
#TuitionCentre


