Terima kasih kepada semua pelanggan Azzahra Home Tuition Selayang dan AzhtOnline atas sokongan anda semua bersama Azzahraht, yang kini alhmdulilah dengan izin Allah sudah mula menerima pelajar dari luar negara mengikut silibus sekolah IS masing-masing.
Terima kasih kepada semua pelajar dan ibu bapa yang dari pelbagai latarbelakang, guru, guru besar, lecturer, director, peniaga, dilpomat, doktor, doktor pakar, doktor gigi, nurse, jurutera, suri rumah, officer, driver, clerk, dan banyak lagi... atas peluang dan kepercayaan yang diberikan kepada team Azzahraht sehingga ke hari ini.. Kita sama-sama bantu dan berikan sokongan yang kuat kepada anak-anak untuk mereka lebih yakin, berilmu untuk melangkah lebih jauh di masa hadapan.
Ada yang join dari day 1 Azzahraht buka sehingga kini. 7 tahun bersama. Alhamdulilah.. Ada yang dari kakak sulong sampai adik bongsu. Ada yang tak nak belajar kini dah nak habis degree, ada yang mula-mula tak yakin , kini dah ada luar negara, Subhanallah.. semoga ramai lagi yang Azzahraht dapat bantu dan memberi manfaat.
Tiada upaya kami, semua ini daripada Allah. terima kasih Allah atas setiap aturan. Bukan semuanya manis dan bukan semuanya pahit. Semuanya kerana tanggungjawab dan kepercayaan yang diberikan. Kami hanya perantaraan sahaja. Semoga kami dapat jalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan cemerlang. In sha Allah.
Terima kasih pada semua team atas segala2Nya. usaha, ilmu, tenaga, masa, dan banyak lagi yang dicurahkan kepada Azzahraht.
Doakan Azzahraht terus maju dan cemerlang dan semoga niat untuk membantu ramai anak-anak di dunia khususnya di Malaysia dipermudahkan dan dibuka jalan.
Bagi adik-adik yang nak join kelas boleh contact perunding Azzahraht dan juga admin-admin lain.