Isnin, 28 Februari 2022

SAMBUTAN PERISTIWA ISRAK & MIKRAJ


SAMBUTAN PERISTIWA ISRAK & MIKRAJ

=================================


Assalamualaikum semua, cikgu nak ucapkan selamat menyambut hari memperingati Peristiwa Israk & Mikraj. Semoga dengan memperingati peristiwa ini, iman kita semakin kukuh dan kental. Jadi cikgu ingin ceritakan serba sedikit apakah yang berlaku semasa peristiwa ini.


Peristiwa ini berlaku pada 27 Rejab dan ketika itu Nabi Muhammad SAW sedang bersedih, dan ianya juga dikenali sebagai ‘Tahun Dukacita’ di mana beliau baru sahaja kehilangan isterinya yang bernama Siti Khadijah dan pak ciknya, Abu Talib.


Peristiwa ini sangat luar biasa kerana perjalanan ini berlaku selama 3/4 malam sahaja dan dalam tempoh yang singkat ini, Baginda dapat kembali semula ke Makkah sebelum terbit fajar. Perjalanan ini bermula dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa dengan menaiki Buraq. Kemudiannya Nabi SAW dinaikkan ke Sidratul Muntaha untuk bertemu dengan Allah SWT. 


Apa yang berlaku ketika baginda SAW bertemu dengan Allah SWT dan kenapa berlakunya peristiwa ini? Ianya kerana Allah memberi perintah kepada baginda SAW untuk dibawa kembali kepada umat Islam mengenai perincian solat dan disinilah bermulanya kita diwajibkan untuk menunaikan solat 5 waktu.


Israk dan Mikraj bukanlah sekadar peristiwa yang perlu diingati. Akan tetapi, pengajaran disebalik perjalanan luar biasa ini harus dihayati dari segenap sudut dalam membentuk rohani yang baik. 


Semoga peristiwa Israk dan Mikraj ini dapat meningkatkan lagi ketaqwaan dan keimanan kita sekaligus menjadikan Rasulullah sebagai Qudwah Hasanah dari sudut peribadi dan tindakan dalam kehidupan harian. 


Sekian, terima kasih.


#AllahJagaKita

#AzzahraHT

#AzzahraHomeTuition

#onlinetuition

#tuition

#CreatingFutureTogether

#QualityAndFunLearning

#HomeTuition

#TuitionCentre