================================================
Peperiksaan bukanlah musuh yang harus ditakuti tetapi ianya adalah teman yang harus dihadapi dengan berani melalui persediaan yang rapi dan bersungguh-sungguh.
Tanpa peperiksaan kita tidak akan tahu prestasi diri kita berada di tahap mana. Tanpa peperiksaan juga, kita akan sentiasa berasa selesa hidup tanpa cabaran. Tanpa cabaran pula, kita akan jadi orang yang sentiasa tidak berusaha dan tidak akan mencapai kemajuan diri. Tanpa peperiksaan juga, kita tidak akan tahu kebolehan diri kita, apakah penguasaan diri kita terhadap sesuatu mata pelajaran yang akan kita bangunkan pada masa akan datang untuk kita capai impian kita. Dengan adanya peperiksaan juga, akan menjadikan kita orang yang sentiasa bersedia untuk menghadapi apa jua cabaran untuk berjaya.
Jadi banyak kelebihan menghadapi peperiksaan ini dan kita tidak perlu takut untuk menghadapinya.
Banyak masa, wang dan tenaga yang telah kita korbankan untuk bersedia menghadapi peperiksaan SPM 2021 ini. Jadi inilah masanya untuk kita buktikan kepada semua kemampuan diri kita yang sebenarnya. Jadi kita haruslah harunginya dengan yakin dan tenang agar kita dapat menjawab kertas peperiksaan ini dengan baik.
Jadi cikgu ingin kongsikan tips yang boleh pelajar-pelajar amalkan di saat akhir sebelum menghadapi peperiksaan:
1. Berdoa kepada Allah S.W.T supaya diberi ketenangan untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan agar dapat mencapai keputusan yang diimpikan.
2. Pohon restu dan doa daripada ibu bapa anda sebelum menghadapi peperiksaan kerana redha Allah terletak pada redha kedua orang tua dan murka Allah terletak pada murka kedua orang tua. (HR Thabrani dari Ibnu Umar)
3. Mohon maaf dan pohon restu daripada guru anda supaya ilmu yang telah anda perolehi mendapat keberkatan.
4. Lihat semula nota-nota dan latihan-latihan yang telah anda buat supaya dapat membantu mengingatkan semula apa yang telah anda pelajari.
5. Rujuk cikgu atau kawan-kawan anda mengeni soalan yang tidak difahami sementara masih ada waktu.
6. Jaga kesihatan dan makan makanan yang sihat serta pastikan masa tidur anda mencukupi supaya isu kesihatan anda tidak terganggu semasa menjawab soalan peperiksaan.
7. Jangan bazirkan masa dengan melayari media sosial dan bermain permainan video game atau perkara-perkara yang tidak bermanfaat di saat akhir kerana masa yang telah berlalu tidak boleh diundur kembali.
Akhir kata, pihak Azzahra Home Tuition ucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan SPM 2021 dan semoga anda dapat mencapai kejayaan yang diimpikan. Kami percaya anda mampu melakukannya.
Terima kasih kepada semua pelajar dan ibu bapa yang terus percaya kepada perkhidmatan Azzahra Home Tuition.
Semoga berjaya mendapat keputusan SPM 2021 yang cemerlang.
Sekian, Terima Kasih.
#AllahJagaKita
#AzzahraHT
#AzzahraHomeTuition
#onlinetuition
#tuition
#CreatingFutureTogether
#QualityAndFunLearning
#HomeTuition
#TuitionCentre