MUKJIZAT BESAR NABI MUHAMMAD SAW
=====================================
Tanggal 27 Rejab
menjadi saksi kepada peristiwa agung iaitu Israk Mikraj. Seperti mana yang umat
Islam ketahui, peristiwa ini merupakan salah satu mukjizat besar Nabi Muhammad
SAW. Pada tahun tersebut, Rasulullah SAW ditimpa ujian yang berat iaitu
menerima tentangan yang hebat dalam berdakwah dan kehilangan insan-insan
tersayang iaitu isteri baginda, Siti Khadijah dan bapa saudara baginda, Abu
Talib.
Sebagai pengubat
duka lara Rasulullah, baginda dibawa oleh malaikat Jibril dari Mekah (Masjid Al
Haram ke Masjid Al Aqsa (Palestin) dengan menaiki buraq. Kemudian, baginda
diangkat sehingga ke Sidratul Muntaha melepasi langit ke-tujuh untuk bertemu
Allah SWT. Dahsyat sungguh kebesaran Allah, keseluruhan perjalanan ini hanya
berlangsung pada satu malam.
Sempena perayaan
Israk Mikraj tahun ini, marilah kita sama sama mendalami beberapa ibrah atau
pengajaran yang boleh kita dapat daripada peristiwa bersejarah ini. Antaranya
termasuklah kepentingan solat fardhu lima waktu. Di antara semua ibadah yang
diperintahkan oleh Allah SWT kepada umat Islam, hanya perintah solat fardhu
yang disampaikan secara langsung kepada Rasulullah SAW tanpa melalui apa-apa
perantaraan. Ini menunjukkan keistimewaan dan kelebihan ibadah solat berbanding
ibadah yang lain. Gunakanlah masa solat lima waktu sebagai peluang kita untuk
berinteraksi dengan Allah SWT setiap hari.
Peristiwa israk
mikraj juga seharusnya memberi peringatan kepada kita untuk sentiasa meminta
kepada Allah SWT. Semasa perjalanan Rasulullah diangkat ke langit, baginda
berulang alik berjumpa Allah SWT selepas dinasihati oleh Nabi Musa AS untuk
meminta keringanan waktu solat yang pada mulanya diperintahkan sebanyak 50 kali
sehari semalam. Hal ini memberi gambaran kepada kita supaya tidak pernah jemu untuk
memohon doa kepada Allah. Kita seharusnya tidak mudah berputus asa dalam
meminta kerana Allah SWT sentiasa mendengar dan memang berkuasa untuk
mengabulkan doa setiap hamba-Nya pada saat yang terbaik dalam bentuk apa
sekalipun.
Berminat untuk
sertai tuisyen online kami?
Klik link di
bawah:
Cikgu Solehah: wassap.my/60125421825/AZHTBLOG-IM
Cikgu Raihana: wassap.my/60108787040/AZHTBLOG-IM
