Azzahra Training and Consultancy (AzzahraOnlineTuition) 201503102170(00242690-D) Untuk hubungi: 016 - 507 7857 Waktu Operasi: Isnin - Selasa: 8.30 am - 10.00 pm Rabu - Jumaat : 12.00 pm - 10.00 pm Sabtu - Ahad : 8.30 am - 5.50 pm
Sabtu, 29 April 2023
SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 2023
NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI SYARIKAT SEMPENA HARI PEKERJA 2023
Khamis, 20 April 2023
TAHNIAH KEPADA SEMUA PELAJAR CEMERLANG
TAHNIAH KEPADA SEMUA PELAJAR CEMERLANG
=========================================
Alhamdulillah tahniah cikgu ucapkan kepada semua pelajar-pelajar Azzahra Home Tuition yang telah berjaya mendapatkan keputusan cemerlang pada sesi ujian pertengahan tahun 2022 yang telah kita jayakan pada tahun lepas.
Bagi pelajar yang mendapat keputusan kurang cemerlang pula, jangan sedih-sedih atau bermasam muka… anda boleh cuba lagi kerana keputusan kurang cemerlang bukanlah pengakhiran buat anda. Selagi anda terus berusaha dan bersemangat untuk belajar bersungguh-sungguh. InsyaAllah… cikgu percaya anda juga akan berjaya satu hari nanti.
Tahniah juga diucapkan kepada semua ibubapa atau penjaga pelajar yang telah berusaha keras untuk memastikan anak-anak mereka berjaya. Saya yakin anak-anak yang berjaya ini telah mendapat dorongan serta sokongan yang kuat daripada ibu bapa atau penjaga.
Tahniah juga buat guru-guru Azzahra Home Tuition yang telah bekerja keras untuk memastikan anak-anak murid anda berjaya. Saya percaya kejayaan mereka disumbangkan oleh keikhlasan serta kesabaran anda yang tidak pernah terhenti.. Semoga keikhlasan dan kesabaran anda semua dibalas dengan kebaikan oleh Allah s.w.t. Aamiin.
Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada semua team Azzahra Home Tuition yang sama-sama memastikan semua urusan berjalan dengan lancar. Tanpa anda semua mungkin kejayaan ini tidak akan berlaku.
Yang terakhir terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung kepada kejayaan pelajar-pelajar ini.
Hari ini cikgu nak kongsikan sedikit tip mengenai kejayaan pelajar-pelajar cemerlang ini. Diantara faktor kejayaan yang cikgu lihat daripada kejayaan pelajar-pelajar cemerlang ini adalah pengorbanan yang mereka sanggup lakukan. Pengorbanan ini bukan sahaja daripada pihak pelajar sahaja tetapi ianya juga hadir daripada pihak ibubapa pelajar atau pihak penjaga pelajar serta pengorbanan daripada pihak guru-guru atau daripada pihak lain yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Pastinya banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh mereka untuk mereka peroleh kejayaan.
Sekarang cikgu nak huraikan pula contoh pengorbanan yang pelajar-pelajar cemerlang ini lakukan.
Berdasarkan sesi soal jawab cikgu dengan pelajar-pelajar cemerlang ini, mereka juga sama sahaja seperti pelajar-pelajar lain, mereka juga suka bermain games, menonton televisyen, melayari internet, membaca novel dan sebagainya. Tetapi apa yang cikgu lihat perbezaan mereka dengan yang lain adalah mereka terpaksa korbankan masa untuk hobi mereka. Bagi pelajar-pelajar biasa, mereka akan kerap meluangkan masa dengan hobi mereka tidak mengira masa. Manakala pelajar-pelajar cemerlang ini pula, mereka hanya meluangkan masa untuk hobi mereka hanya pada hujung minggu selama satu atau dua jam sahaja... Selebihnya masa mereka akan dihabiskan untuk belajar, mengulangkaji pelajaran atau menyiapkan kerja-kerja sekolah agar masa mereka dihabiskan dengan perkara-perkara yang boleh mendatangkan hasil untuk mendapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang. Lagi banyak masa yang digunakan untuk belajar, lagi banyak ilmu atau kefahaman yang mereka akan dapat.
Selain daripada berkorban masa untuk hobi mereka, cikgu juga nak kongsikan apakah yang mereka lakukan lagi untuk mencapai kejayaan…
Pelajar-pelajar cemerlang ini juga akan memastikan mereka tidur awal agar mereka sentiasa berasa segar dan bertenaga di pagi hari untuk menuntut ilmu.
Selain daripada itu juga, apa yang cikgu perhatikan adalah mereka sangat beradab dengan guru serta menghormati guru dengan menggunakan kata-kata yang sopan agar guru-guru selesa dan sentiasa berkongsi ilmu kepada mereka. Mereka juga tidak akan memberikan pelbagai alasan atau helah bagi melengah-lengahkan masa cikgu untuk mengajar. Malah mereka juga sangat proaktif di dalam kelas dengan sentiasa bertanyakan soalan kepada cikgu-cikgu agar mereka dapat memahami banyak perkara dalam satu masa dengan pantas.
Mereka juga merupakan pelajar yang sangat berdisiplin. Mereka akan pastikan mereka sentiasa masuk awal ke dalam kelas tidak kira kelas secara bersemuka atau secara atas talian serta sentiasa berinteraksi dengan cikgu sepanjang kelas dijalankan. Mereka juga akan memastikan yang mereka sentiasa berada di dalam kelas dalam keadaan kemas, teratur & bersih. Mereka juga sentiasa bersedia sebelum kelas seperti makan & mandi sebelum mereka memulakan kelas. Mandi akan membantu pelajar lebih cergas & segar bila menuntut ilmu. Perut yang lapar juga akan menyebabkan fokus pelajar terganggu semasa sesi pembelajaran berlaku.
Ada banyak lagi ciri-ciri pelajar yang berjaya ini seperti rajin dalam menyiapkan kerja-kerja sekolah yang diberikan, pandai menguruskan masa, sentiasa memberikan kerjasama yang baik semasa didalam kelas, rajin bertanya kepada guru sekiranya terdapat perkara-perkara yang tidak difahami, rajin membantu kawan sekiranya rakan-rakannya buntu semasa belajar & paling penting mereka tahu apa matlamat yang mereka ingin capai bila mereka sudah dewasa nanti.
Jadi itu sahaja sedikit perkongsian daripada cikgu, semoga perkongsian cikgu ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca sekalian.
Tahniah sekali lagi kepada semua yang berjaya & semoga kita boleh bantu lebih ramai lagi pelajar-pelajar untuk mendapat keputusan yang cemerlang.
“Teruskan usaha & jangan sesekali putus asa”
#kitajagakita
#AzzahraHT
#AzzahraHomeTuition
#onlintetuition
#tuition
#CreatingFutureTogether
#QualityAndFunLearning
Rabu, 19 April 2023
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 2023
Alhamdulillah, saat yang dinanti-nantikan oleh semua umat Islam bakal tiba iaitu perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Kami mewakili seluruh warga Azzahra Home Tuition ingin memohon maaf jika ada sebarang kekhilafan dan ketelanjuran dari pihak kami.
Semoga syawal kali ini membawa keceriaan yang bermakna buat kita semua.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada kami di Azzahra Home Tuition.
#AllahJagaKita
#AzzahraHT
#AzzahraHomeTuition
#onlinetuition
#tuition
#CreatingFutureTogether
#QualityAndFunLearning
#HomeTuition
#TuitionCentre






















