Ahad, 31 Disember 2023

LANGKAH-LANGKAH KECIL

 


LANGKAH-LANGKAH KECIL
==================
Bila tiba azam baru…bermakna ianya merupakan harapan baru..dan peluang baru... Lupakan segala kegagalan yang lepas supaya kita menjadi orang yang baru… Jadikan kegagalan yang lepas sebagai satu pengalaman yang sangat berharga untuk diri kita supaya kita dapat melalui dengan jaya jika liku-liku yang sama berulang kembali…
Tanamkan impian di awal tahun 2024 dan jadikan hujung tahun 2024 adalah tahun yang memberi makna dalam hidup kita… Mulakan dengan lahirkan impian pada hari ini… Dari impian lahirlah perancangan… dari perancangan lahirnya tindakan...
Kadang-kadang kita tidak tahu apa yang patut kita lakukan untuk kita mencapai impian… Terlalu banyak perkara yang perlu kita lakukan… Jadi apa yang kita perlu lakukan?
Mulakan dengan langkah-langkah kecil kerana dengan langkah-langkah kecil ini terlahirlah langkah-langkah yang besar sehingga capai ke destinasi ingin kita tuju…
Di antara punca seseorang itu tidak berjaya mencapai impiannya adalah kerana mereka tidak mempunyai ‘energy’ yang tinggi secara ‘persistent’… mungkin kerana perkara ini terjadi kerana hadirnya cabaran yang tidak terduga…
Berikut merupakan langkah-langkah untuk sentiasa kekal bersemangat:
1) Sentiasa dekatkan diri dengan Allah SWT kerana sumber tenaga datang daripada-Nya seperti solat di awal waktu, banyakkan amalan sunat, banyakkan bersedekah dan sebagainya.
2) Tulis atau tampal gambar-gambar impian serta kata-kata positif di kawasan yang mudah dilihat seperti di meja kerja, meja belajar, ruangan tidur atau di mana-mana ruangan yang dirasakan sesuai seperti “Saya berjaya capai 10A+ SPM 2024” manakala contoh kata-kata positif adalah “Jangan direnung lelahnya berusaha akan tetapi renunglah manisnya sebuah kejayaan”… Kata-kata ini akan memberikan perasaan yang positif kepada diri kita.
3) Memilih rakan-rakan atau orang sekeliling yang sentiasa memberikan kata-kata positif… Kata-kata positif yang sering kali diulang akan sentiasa memberi dorongan kepada kita agar sentiasa berusaha.. Elakkan mendekati orang yang negatif kerana mereka akan menarik kita ke belakang…
4) Hayati makna syukur… Bersyukur bermaksud menghargai apa yang dimiliki walaupun sekecil-kecil perkara… Syukur yang kecil akan menghasilkan syukur yang besar. Jangan sesekali kita membandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain yang lebih baik daripada kita tetapi bandingkan kehidupan kita dengan orang yang kurang bernasib baik daripada kita… Contohnya, apabila kita pandang orang yang mempunyai kereta yang lebih besar daripada kita, kita akan rasa cemburu dan sedih… tetapi apabila kita pandang orang yang berjalan kaki, berhujan dan berpanas, kita akan rasa lebih syukur dan simpati…
5) Sentiasa komited dan berdisiplin… Tiada orang yang berjaya yang tidak berdisiplin… Susun masa dengan baik dengan membuat jadual aktiviti harian atau ‘things to do’ serta patuh dan disiplin terhadap jadual tersebut…
6) Mencari ilmu… Dengan ilmu, kita tahu samada apa yang kita lakukan betul ataupun salah… Ilmu lebih berharga daripada harta… Jika kita berulang kali melakukan perkara yang betul… kita akan berjaya manakala jika kita berulang kali melakukan perkara yang salah kita akan kekal di takuk yang sama ataupun semakin kecundang…
Sedikit perkongsian daripada kami… Selamat tahun baru 2024! Semoga impian kita semua pada tahun 2024 tercapai… Aamiin…
Ingin kami bantu pendidikan anak anda, klik link di bawah….

Sabtu, 9 Disember 2023

"Menyemai Kejujuran dan Integriti: Kunci Kejayaan Seorang Tutor Luar Biasa"



"Menyemai Kejujuran dan Integriti: Kunci Kejayaan Seorang Tutor Luar Biasa"
===========================================================

Dalam dunia pendidikan, peranan seorang tutor adalah umpama pelita yang menerangi perjalanan ilmu. Cikgu yang cemerlang bukan sahaja seorang pemberi ilmu, tetapi juga pendorong semangat, penggerak keingintahuan, dan penyemai biji minat pelajaran yang mekar di luar sempadan bilik darjah.


Dalam erti kata lain, tutor cemerlang pasti akan mengakui keunikan dan menghargai potensi yang tersirat dalam diri pelajar. Peranan mereka bukan sekadar mengisi minda pelajar secara akademik, tetapi juga membentuk watak, mengasah semangat manusia, dan menanam keyakinan tanpa bersandar pada keputusan yang berbelah bahagi dalam dunia pendidikan.
Kualiti seorang tutor cemerlang melibatkan pemahaman mendalam tentang semangat manusia, kepercayaan dalam kuasa pendidikan, dan komitmen untuk mencapai kejayaan pelajar.

Azzahra Home Tuition turut menghargai semua tutor yang telah memberikan yang terbaik dalam membantu pelajar mencapai kecemerlangan. Tahniah kepada Cikgu Mursyid kerana telah dinobatkan sebagai tutor cemerlang November 2023.

Beliau tidak lokek berkongsi kenyataan bahawa Menyemai Kejujuran dan Integriti: Kunci Kejayaan Seorang Tutor Luar Biasa. Menurut beliau juga, aspek ‘Niat’ dan ‘Kejujuran dan Teknik Mengajar" perlu dititikberatkan dalam mencapai kualiti kerja yang cemerlang.

1) Niat yang Suci, Kualiti yang Cemerlang

Ingatlah bahawa setiap tindakan kita boleh menjadi ibadah jika kita berniat kerana Allah. Niat yang jelas mempengaruhi motivasi dan kualiti kerja. Hal ini, sejajar dengan prinsip Pihak pengurusan AZHT bahawa "Bekerja boleh menjadi ibadah jika kita berniat bekerja kerana Allah," yang memotivasikan untuk memberikan yang terbaik.

Melalui teras niat kerja kerana Allah, segala urusan dipermudahkan dan diberkati, sesuai dengan janji Allah. Kami berkomitmen untuk menjalankan kerja dengan kualiti tinggi sebagai bentuk ibadah. Dalam ikhtiar, Nabi Muhammad S.A.W menyatakan Allah menyayangi hamba yang berusaha dengan ikhlas.

Jadi, dalam setiap tugas, luangkanlah masa untuk menyemak semula niat. Ingatkan diri bahawa segala yang dilakukan adalah untuk mendapat redha Allah. Demikian, dengan niat yang betul, diharapkan Allah mempermudahkan segala urusan dan mencapai kecemerlangan dalam tugas dan kerja.

2) Kejujuran dan Teknik Mengajar

Menurut Cikgu Mursyid, seorang tutor haruslah berpegang kepada prinsip kejujuran dan integriti. Beliau menekankan pemberian maklumat kepada pelajar haruslah tepat dan benar tanpa manipulasi demi kepentingan diri sendiri. Selain itu, pendekatan terhadap pembelajaran yang melibatkan unsur mendengar dan memahami kehendak pelajar harus diterapkan bagi menyesuaikan kaedah pengajaran dengan gaya pembelajaran individu supaya penyampaian maklumat menjadi lebih berkesan.

Tidak hanya itu, semangat pembelajaran berterusan harus dijadikan fokus. Tutor cemerlang harus bijak mencari peluang untuk memperkukuhkan kemahiran dan pengetahuan. Ini kerana, melalui pembelajaran yang berterusan tutor dapat menyampaikan bahan pengajaran yang relevan dan terkini kepada pelajar.

Demikian, rahsia yang dikongsikan oleh Cikgu Mursyid demi menjadi tutor cemerlang. Beliau percaya bahawa dengan mengamalkan kejujuran, memahami kepelbagaian pelajar, dan sentiasa memperbaharui ilmu, tutor dapat membina hubungan yang baik dan membantu pelajar mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran.

Secara keseluruhan, tutor yang cemerlang mencerahkan landskap pendidikan sebagai sumber inspirasi utama. Mereka memiliki pemahaman mendalam tentang semangat pelajar, keyakinan yang teguh dalam kekuatan pendidikan, dan komitmen yang jitu terhadap kejayaan pelajar. Kehebatan mereka terletak pada kemampuan mengenali potensi unik setiap pelajar semata-mata, malah mereka adalah perangsang minat belajar yang melampaui sekadar pencapaian ijazah, serta memenuhi keperluan holistik pelajar dalam proses pembelajaran.

Ingin kami bantu pendidikan anak anda, klik link di bawah….

Cikgu Solehah: wassap.my/60125421825/AZHTBLOG-TutorTerbaikNov23

Cikgu Raihana: wassap.my/60108787040/AZHTBLOG-TutorTerbaikNov23