UMPAMA SEBUAH KELUARGA
=========================
Tahniah kepada Cik Raihana daripada Azzahra Home Tuition kerana berjaya menjadi Perunding Pendidikan Terbaik 2023 dan menjadi penerima bonus kepimpinan Januari 2024! Prestasi ini adalah hasil daripada dedikasi dan komitmen anda dalam melaksanakan prinsip-prinsip yang sangat penting dalam perkhidmatan pendidikan. Anda telah menunjukkan rasa tanggungjawab yang baik dengan menganggap anak-anak pelanggan anda sebagai ahli keluarga sendiri. Sikap ini memberi keyakinan kepada pelanggan bahawa pendidikan anak-anak mereka berada di tangan yang selamat dan boleh dipercayai.
Prinsip kedua anda, iaitu sentiasa berusaha untuk melangkaui jangkaan pelanggan dengan mendengar dan mengenali masalah mereka, serta memberi konsultasi pendidikan secara percuma, adalah tindakan yang sangat dihargai. Ini menunjukkan bahawa anda seorang yang mengambil berat dan mengutamakan pelanggan.
Terakhir sekali, usaha anda dalam meningkatkan kepakaran diri untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan sentiasa berkualiti tinggi adalah contoh yang baik untuk diikuti. Dengan terus berusaha untuk memperbaiki diri, pihak syarikat percaya bahawa pelanggan anda sentiasa berpuas hati dengan perkhidmatan yang anda berikan.
Teruskan usaha anda dalam membawa perubahan positif dalam industri pendidikan dan terus berikan yang terbaik kepada pelanggan anda. Again, congratulations on your leadership bonus and all the best for your future endeavours!
Ingin kami bantu pendidikan anak anda, klik link di bawah….
Berminat untuk sertai team kami sebagai:
Admin sepenuh masa/ separuh masa & latihan industri (admin/ pelatih latihan industri perlu bekerja di pejabat di Emerald Avenue, Selayang)
Tutor separuh masa & perunding pendidikan (boleh bekerja dari rumah)