✨ *LAW OF AVERAGE* 🌟
=======================
Kami dengan sukacitanya ingin berkongsi tentang sesi latihan tutor yang telah berlangsung pada bulan Ogos yang lalu! 💻📚 sesi ini telah dijalankan secara dalam talian untuk menambah baik kemahiran pengajaran tutor tutor kami yang diketuai oleh penyelaras perwakilan tutor.
Dalam sesi ini, para tutor telah membincangkan pelbagai ilmu penting termasuk *Law of Average* dalam pengajaran. Pengetahuan ini membantu para tutor memahami bagaimana untuk memastikan teknik pengajaran yang digunakan sentiasa relevan dan berkesan bagi setiap pelajar. 🎓
Kami percaya bahawa sebagai pendidik, adalah penting untuk sentiasa menambah ilmu dan mengasah kemahiran agar setiap pelajar dapat mencapai potensi terbaik mereka. 💪
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam program ini! Bersama-sama kita lahirkan generasi yang cemerlang! ✨
