Selasa, 31 Oktober 2017

“ALONG, CUBA TENGOK ANAK MAKCIK LEHA TU”

“ALONG, CUBA TENGOK ANAK MAKCIK LEHA TU” 
=========================================





Haih....baru je siap kemas ruang tamu tadi, dah bersepah semula.... Siapa yang tak letih macam ni kan?
Nak duduk-duduk bersantai sambil menghirup kopi panas pun susah. Ada-ada sahaja telatah anak-anak
 setiap masa. Takpe la, nanti saat-saat ni lah yang kita semua akan rindu satu hari nanti.

Anak-anak kecil ini ibarat kain putih, kita sebagai ibu bapalah yang mencorakkan mereka.

Jadi, untuk ibu bapa yang awesome, cikgu nak kongsikan 6 tips pada hari ini yang boleh anda gunakan untuk mendidik anak-anak.


1) TAHU kesukaan anak

Cuba selidik apa minat anak anda. Tanyalah mereka apa yang mereka suka dan tidak. Kemudian, beri galakan sepenuhnya kepada mereka, mana tau ada bakat-bakat terpendam. Cikgu pasti anak-anak pun akan rasa lebih bersemangat dan teruja.

2) MAKAN BERSAMA

Cikgu tahu bukan mudah untuk berkumpul bersama-sama semasa waktu makan kerana komitmen masing-masing. Namun, usahakanlah sebolehnya agar anda sekeluarga dapat makan bersama setiap hari tidak kira sama ada sewaktu sarapan ataupun makan malam. Yang paling penting, letak tepi semua handphone anda dan tumpukan pada anak-anak. Masa inilah anak-anak nak cerita apa yang mereka belajar di sekolah, dengan siapa mereka berkawan dan macam-macam lagi luahan hati mereka.

3) ELAKKAN MEMBUAT PERBANDINGAN

“Along, cuba tengok anak makcik Leha tu dapat nombor satu selalu. Along pula? Kenapa asyik dapat nombor last jer?” contoh perbandingan yang selalu terjadi dalam masyarakat kita. Kenapa perlu membanding-banding anak kita dengan orang lain. Setiap insan tu Allah jadikan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Walaupun dengan adik-beradik, cikgu harap ibu bapa tidak membuat perbandingan sebab anak-anak akan mudah berkecil hati. Kita pun tak suka kan kalau orang asyik membanding-bandingkan diri kita dengan orang lain....Kalau nak beri contoh teladan tu, apa kata cuba cari tokoh-tokoh terkenal yang mereka suka.

4) LATIH ANAK BERDIKARI

Macammana nak latih anak supaya berdikari ya? Senang jer, cuba beri peluang pada anak untuk membuat keputusan. Mulakan dengan perkara-perkara yang mudah sahaja. Contohnya, “ Arissa nak pakai baju warna apa hari ni?” atau “ Adib nak makan apa malam ni?”. Walaupun nampak macam remeh, anak-anak akan rasa lebih dihargai apabila keputusan mereka diambil kira.

5) PUJI SELALU

Siapa tak suka bila kena puji kan.... Makin semangatlah kita biasanya bila dipuji. Jadi, apa kata mulai saat ini, setiap kali anak-anak buat sesuatu yang membanggakan, pujilah mereka. Jangan hanya nampak kesalahan anak sahaja.

6) LUANGKAN MASA BERSAMA

Anak biasanya akan melihat ibu bapa sebagai idola. Jadi, apa yang ibu bapa buat, mereka akan tiru. Luangkan lebih masa untuk berbual dan berkongsi pengetahuan dengan anak. Tontonlah televisyen bersama mereka walaupun itu bukan cerita kegemaran anda, ajak anak-anak melancong dan tanya apa yang dilakukan pada hari itu. Mesti anak seronok!


ANAK YANG HEBAT BERMULA DARIPADA IBU BAPA YANG HEBAT

Cikgu tahu bukan mudah nak jadi ibu bapa yang berjaya mendidik anak-anak menjadi insan yang hebat.
Kalau kita menjadikan perkara di atas sebagai kebiasaan, tentu ia akan menjadi lebih mudah. Perkara-
perkara kecil ini amat dihargai oleh anak. Jadi, tidak rugi mencubanya!


p/s : Klik LIKE & SHARE untuk manfaat semua ya.

Rabu, 25 Oktober 2017

DO YOU SEE THE DIFFERENCES?

DO YOU SEE THE DIFFERENCES?
============================






Assalamualaikum...

Today, we are going to learn about verbs 'be' and 'have'.
First, the subject and verb in a sentence must agree in number.

Hmmm...teacher, I don't understand...

What this means is if the subject is singular, then the verb has to be singular too. 
But if the subject is plural, then the verb must be plural.

Do you understand now?
Yes? Good!
If no? It's okay....
Let's see some simple examples...

My brother, Aiden is fifteen years old.
My friends, Adam and Anne are both ten years old.

Do you see the differences?
Aiden is a singular subject, so we must use a singular verb.
Meanwhile, Adam and Anne are plural subjects, so we must use plural verb.

English is an easy subject, isn't it?
So I hope you will practice what we have learned today.

Remember to click LIKE & SHARE.

Khamis, 12 Oktober 2017

ILMU TANPA AMAL UMPAMA POHON TANPA BUAHNYA

ILMU TANPA AMAL UMPAMA POHON TANPA BUAHNYA
==============================================




Assalamualaikum dan Salam Jumaat...

Bersyukurlah kerana diberi kesempatan oleh Allah untuk tiba lagi di hari yang penuh berkah ini. Cikgu nak ingatkan yang dunia ni cuma tempat persinggahan akhirat yang kekal abadi. Jadi, kejarlah dan perbanyakkanlah bekalan untuk dibawa ke akhirat sana.

Sebelum kita baca mutiara kata untuk hari ini, marilah sama-sama kita berdoa,

Ya Allah, berikanlah kami taufik & hidayahMu serta istiqomahkanlah kami di jalan redhaMu. Amin”


Jangan lupa klik LIKE & SHARE untuk manfaat semua.




Rabu, 11 Oktober 2017

PROSES FOTOSINTESIS

PROSES FOTOSINTESIS
====================



Assalamualaikum. Sedang buat apa tu? Kalau bosan, jom belajar tentang proses tumbuhan membuat makanannya sendiri atau dalam istilah sainsnya proses fotosintesis. 
Pernah dengar tak? Kalau tak pernah, wajib baca ni. 
Yang mana pernah dengar tu, ingat lagi ke? Kalau tak ingat pun, wajib baca ni....


Penting ke proses ni cikgu??
Mestilah penting sbb dgn cara ini tumbuhan dapat membuat makanan serta membekalkan oksigen yang diperlukan oleh manusia & haiwan


Jadi, bagaimana proses fotosintesis ni berlaku ya?
1)Mula-mula, cahaya matahari diserap melalui klorofil
2) Pada masa yang sama, gas karbon dioksida pula diserap melalui liang stoma daun
3) Manakala air diserap melalui akar
4) Tenaga daripada cahaya matahari tadi akan digunakan untuk menukarkan air dan 
    karbon dioksida kepada kanji dan oksigen
5) Gas oksigen yang terhasil dibebaskan melalui liang stoma daun dan digunakan dalam 
    proses pernafasan hidupan.
6) Kanji pula akan disimpan sebagai makanan dalam daun serta membekalkan tenaga 
    kepada tumbuhan untuk pertumbuhan, penghasilan biji benih dan pengeluaran bunga.


Mudah je kan proses ni….Hmm….lepas ni kalau ada sesiapa tanya, bolehla cerita apa tu proses fotosintesis kan. Sains pun in shaa Allah A la.


Jangan lupa klik LIKE & SHARE untuk manfaat semua.



KESILAPAN DALAM PEPERIKSAAN

KESILAPAN DALAM PEPERIKSAAN
============================




Assalamualaikum semua. Tidak lama lagi, masing-masing akan menduduki peperiksaan akhir tahun kan. Jadi, hari ni cikgu nak berkongsi tips yang cikgu rasa ramai terlepas pandang semasa menjawab soalan peperiksaan.

Antara kesilapan yang sering dilakukan adalah menjawab dengan tidak mengikut kehendak soalan. Lain yang ditanya, lain yang dijawab. Haa...baca soalan sampai habis ke tak tu? Kemudian, cikgu dapati kebanyakan pelajar menjawab apa yang diketahui dan bukan apa yang diminta. Jadi, macam mana nak dapat markah penuh, betul tak. Lepas ni, hati-hati ya. Baca soalan betul-betul, fahamkan apa yang diminta, baru jawab, ok.

“Lagi, cikgu.”
“Wah, semangatnya nak tahu. Alhamdulillah…”

Selain yang cikgu nyatakan di atas, perasaan panik yang melampau-lampau dan terlalu risau pun bahaya tau. 

Hmm…Kenapa pula???

Sebab fikiran kita boleh jd kosong. Nanti semua benda tak ingat. Blur… Tapi, semua tu boleh diatasi dengan membuat persediaan awal. Datang awal pada hari peperiksaan dengan semua kelengkapan sedikit-sebanyak akan membantu dalam memberi fokus sepanjang masa peperiksaan. Jangan terlalu risau dengan keputusan dan banyakkan berdoa dan bertawakkal kepada ALLAH S.W.T

Bukan itu sahaja, tergesa-gesa dalam menjawab soalan juga boleh menyebabkan kecuaian. Tarik nafas dan bertenang. Percayakan diri sendiri dan sentiasa ingatkan diri yang anda boleh. YAKIN BOLEH!!!

Kadang-kadang ada pelajar yang terlalu leka menjawab satu-satu soalan sehingga tidak menyedari masa sudah berlalu. Jadi, rancanglah dengan teliti masa yang ada dan gunakan dengan sebaiknya. Utamakan soalan yang mudah dahulu. Jika tidak dapat menjawab satu-satu soalan itu, tinggalkan dahulu dan jawab soalan yang lain.

Untuk soalan berbentuk karangan pula, kebanyakan pelajar sering mengabaikan kepentingan membuat rangka karangan terlebih dahulu menyebabkan karangan yang dihasilkan tidak teratur dengan baik. Mana tidaknya, sedang asyik menulis , datang pula idea baru yang sepatutnya ditulis di awal cerita tapi ditulis di akhir cerita, contohnya. Sebaiknya fikir dan susun idea-idea dengan baik dahulu sebelum mula menulis.

“Itu je ke cikgu? Kongsi lah lagi tips”
“Sabar2…. ada lagi ni”

Seterusnya, ramai pelajar yang lupa atau tidak sempat untuk menyemak jawapan sebelum menghantarnya. Di sini, cikgu cadangkan agar kamu meluangkan masa dalam 5-10 minit untuk memeriksa jawapan. Mana tau ada yang silap tanda, nak jawab A, tapi hitamkan C. Jangan fikir nak habis cepat je, bukan apa… rugi kalau ada kecuaian yang tidak disengajakan… Betul x?

Akhir sekali, tulislah dengan cantik dan kemas. Kalau tulisan pun macam cakar ayam, pemeriksa pun tak seronok nak tanda kertas , betul tak? Lagi-lagi tulisan yang susah untuk dibaca.

Setakat ni sahajalah nasihat cikgu buat anak-anak. Ambil pengajaran dan jadikan ingatan. Cikgu harap selepas ini, tiada lagi kesilapan yang dilakukan semasa menjawab peperiksaan.


Jangan lupa klik LIKE & SHARE untuk manfaat semua.


Selasa, 10 Oktober 2017

MEMBENTUK GENERASI BERILMU

MEMBENTUK GENERASI BERILMU
==============================




Suasana di Learning Centre Azzahra yang selesa, lebih fokus dan dibimbing oleh tenaga pengajar yang profesional dalam pelbagai subjek seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. Kesungguhan para pelajar dalam menuntut ilmu terpancar daripada riak wajah mereka. Lebih-lebih lagi buat para pelajar tingkatan 3 yang sedang menduduki peperiksaan PT3 ketika ini.

Marilah sama-sama kita mendoakan kejayaan anak-anak dalam pelajaran mereka.

Jangan lupa klik LIKE & SHARE untuk manfaat semua.

Jumaat, 6 Oktober 2017

MUTIARA KATA


Salam jumaat semua...😁 

Syukur Alhamdulillah sampai juga kita ke penghulu segala hari. Cikgu doakan agar semua sihat dan sentiasa berada dalam rahmat dan perlindungan Allah. Semoga pintu-pintu segala kebaikan terbuka luas untuk kita dan Allah dan urusan kita dipermudah pada hari ini...Amin

Jom sama-sama kita baca mutiara kata untuk hari ini.

Jangan lupa klik LIKE & SHARE untuk manfaat semua.

Khamis, 5 Oktober 2017

TIPS BELAJAR BERKESAN



TIPS BELAJAR BERKESAN:
======================

Assalamualaikum, apa khabar hari ni? hari ni cikgu nak kongsi sikitlah macam mana nak bagi anak-anak dapat belajar dengan berkesan.

1) Berlakon jadi guru

Hmmm....nak berlakon jadi guru. Macam mana tu agaknya?? Mungkin anak-anak boleh ajarkan pada rakan-rakan tentang subjek yang dipelajari di sekolah. Tak rugi tau berkongsi ilmu. Mesti lepas ni anak-anak kata " Ibu, ayah, akak sukalah ajar kawan-kawan. Semua kata akak pandai. Tapikan, sebenarnya akak jadi makin faham bila ajar orang lain." Siapa tahu, mungkin bila dah besar, anak2 betul-betul jadi cikgu...amin....

2) Melukis atau menyanyi

Bosan asyik baca teks je?? Apa kata kali ni kita melukis pula. Mana tau ada bakat terpendam kan...Tapi, nak lukis apa cikgu?? Kan semua ayat-ayat memanjang dalam buku teks tu. Lukis gambarajah atau peta minda lah. Untuk satu-satu konsep, cuba buat satu peta minda. Biar warna-warni sikit, baru seronok nak baca, betul tak? Tapi kan cikgu, saya tak pandai lukis2 ni. Kalau mcm tu, boleh cuba tukar lirik lagu yang kamu minat kepada point2 penting dalam subjek yang sedang dipelajari.

3) Praktikkan ilmu dalam kehidupan seharian

Macam susah je nak buat. Eh! belum cuba belum tahu. Setiap perkara yang kita lakukan kaitkan dengan apa yang kita belajar di sekolah. Contohnya, hari ni kamu belajar tentang tumbuh-tumbuhan. Balik rumah, tengoklah di sekeliling, ada tak pokok-pokok yang kamu jumpa dalam buku teks tadi. Kalau ada, cuba ingat semula apa yang cikgu ajar masa dalam kelas. Ulang semula sambil tunjuk apa yang kamu sebut.

4) Guna kata kunci

Ni tip terakhir yang cikgu nak kongsi dengan semua. Tip ni sangat berguna terutama kalau tengah belajar Sejarah. Gunakan pen berwarna untuk highlight maklumat-maklumat yang penting sahaja. Nak guna macam-macam warna pun boleh. Lepas tu, boleh juga dipendekkan menjadi formula yang kita senang ingat. Contoh yang cikgu ingat sampailah sekarang ni adalah formula warna pelangi. Mat Jenin Kena Hantar Balik India Utara. Merah, Jingga, Kuning, Hijau, Biru, Indigo dan Ungu... masing2 mesti ada formula sendiri kan. Tak kisahlah janji senang ingat, ye tak.

So, cikgu harap semua yang baca tip-tip ni amalkanlah ya & jangan lupa share...