Rabu, 11 Oktober 2017

KESILAPAN DALAM PEPERIKSAAN

KESILAPAN DALAM PEPERIKSAAN
============================




Assalamualaikum semua. Tidak lama lagi, masing-masing akan menduduki peperiksaan akhir tahun kan. Jadi, hari ni cikgu nak berkongsi tips yang cikgu rasa ramai terlepas pandang semasa menjawab soalan peperiksaan.

Antara kesilapan yang sering dilakukan adalah menjawab dengan tidak mengikut kehendak soalan. Lain yang ditanya, lain yang dijawab. Haa...baca soalan sampai habis ke tak tu? Kemudian, cikgu dapati kebanyakan pelajar menjawab apa yang diketahui dan bukan apa yang diminta. Jadi, macam mana nak dapat markah penuh, betul tak. Lepas ni, hati-hati ya. Baca soalan betul-betul, fahamkan apa yang diminta, baru jawab, ok.

“Lagi, cikgu.”
“Wah, semangatnya nak tahu. Alhamdulillah…”

Selain yang cikgu nyatakan di atas, perasaan panik yang melampau-lampau dan terlalu risau pun bahaya tau. 

Hmm…Kenapa pula???

Sebab fikiran kita boleh jd kosong. Nanti semua benda tak ingat. Blur… Tapi, semua tu boleh diatasi dengan membuat persediaan awal. Datang awal pada hari peperiksaan dengan semua kelengkapan sedikit-sebanyak akan membantu dalam memberi fokus sepanjang masa peperiksaan. Jangan terlalu risau dengan keputusan dan banyakkan berdoa dan bertawakkal kepada ALLAH S.W.T

Bukan itu sahaja, tergesa-gesa dalam menjawab soalan juga boleh menyebabkan kecuaian. Tarik nafas dan bertenang. Percayakan diri sendiri dan sentiasa ingatkan diri yang anda boleh. YAKIN BOLEH!!!

Kadang-kadang ada pelajar yang terlalu leka menjawab satu-satu soalan sehingga tidak menyedari masa sudah berlalu. Jadi, rancanglah dengan teliti masa yang ada dan gunakan dengan sebaiknya. Utamakan soalan yang mudah dahulu. Jika tidak dapat menjawab satu-satu soalan itu, tinggalkan dahulu dan jawab soalan yang lain.

Untuk soalan berbentuk karangan pula, kebanyakan pelajar sering mengabaikan kepentingan membuat rangka karangan terlebih dahulu menyebabkan karangan yang dihasilkan tidak teratur dengan baik. Mana tidaknya, sedang asyik menulis , datang pula idea baru yang sepatutnya ditulis di awal cerita tapi ditulis di akhir cerita, contohnya. Sebaiknya fikir dan susun idea-idea dengan baik dahulu sebelum mula menulis.

“Itu je ke cikgu? Kongsi lah lagi tips”
“Sabar2…. ada lagi ni”

Seterusnya, ramai pelajar yang lupa atau tidak sempat untuk menyemak jawapan sebelum menghantarnya. Di sini, cikgu cadangkan agar kamu meluangkan masa dalam 5-10 minit untuk memeriksa jawapan. Mana tau ada yang silap tanda, nak jawab A, tapi hitamkan C. Jangan fikir nak habis cepat je, bukan apa… rugi kalau ada kecuaian yang tidak disengajakan… Betul x?

Akhir sekali, tulislah dengan cantik dan kemas. Kalau tulisan pun macam cakar ayam, pemeriksa pun tak seronok nak tanda kertas , betul tak? Lagi-lagi tulisan yang susah untuk dibaca.

Setakat ni sahajalah nasihat cikgu buat anak-anak. Ambil pengajaran dan jadikan ingatan. Cikgu harap selepas ini, tiada lagi kesilapan yang dilakukan semasa menjawab peperiksaan.


Jangan lupa klik LIKE & SHARE untuk manfaat semua.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan