Khamis, 25 Julai 2019

PERISTIWA HARI JUMAAT ================= Assalamualaikum semua, Sihat? Adik-adik sedang buat apa tu? Nak dengar cerita tak tentang peristiwa besar yang berlaku pada hari Jumaat? Sebenarnya, hari Jumaat adalah penghulu hari. Seluruh makhluk diciptakan oleh Allah S.W.T pada hari Jumaat. Termasuklah Bumi, langit dan seluruh alam semesta Allah S.W.T sempurnakan ciptaan-Nya pada hari tersebut. Selain itu, hari Jumaat juga adalah hari turunnya Al-Quran kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W. Pada malam Jumaat bersamaan 17 Ramadhan, Nabi Muhammad S.A.W telah menerima wahyu pertama dari Malaikat Jibril A.S. di Gua Hira’. Adik-adik ingat tak ayat apa yang pertama diturunkan? Surah Al-Alaq’ dari ayat 1- 5. Jadi adik-adik, kita kena muliakan hari Jumaat seperti tuntutan oleh Nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W. Banyak kelebihan kalau kita amalkan amalan yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad S.A.W sebagai amalan sunnah pada hari tersebut. Mandi sunat pagi Jumaat, pakai pakaian terbaik, pakai wangi-wangian dan datang awal ke masjid. Mudah je kita nak dapat pahala yang banyak pada hari Jumaat kan adik-adik? Jom kita amalkan. Tapi sebelum itu, adik-adik jangan lupa like, comment “Jom amalkan” dan share banyak-banyak! Insya Allah cikgu akan kongsikan cerita yang lagi menarik akan datang. #AzzahraHomeTuition #CreatingFutureTogether #QualityAndFunLearning #Tuition #Selangor #KL #Selayang #Kepong #SgBuloh #Rawang #Damansara #Gombak

Rabu, 3 Julai 2019

MUDAHNYA SIFIR




Assalamualaikum semua… Apa khabar semua?... Sihat ke?

Hari ini cikgu nak kongsi ilmu tentang kepelbagaian teknik belajar. Setiap perkara untuk mendapat satu natijah atau keputusan, mempunyai pelbagai cara yang berbeza. Begitu juga dengan setiap manusia yang mempunyai kebolehan berbeza.

Oleh itu, menggunakan pelbagai teknik belajar adalah sangat efektif bagi setiap pelajar. Sebagai contoh, ada sesetengah pelajar kurang minat dan mudah hilang fokus dalam membaca. Mungkin cara lain seperti belajar menggunakan animasi, gambar atau peta minda dapat membantu menarik minat pelajar dan lebih mudah dikuasai. 

Perkara yang biasa menjadi beban kepada pelajar adalah perlu menghafal sifir. Memang tidak dapat dinafikan kepentingan mengingati sifir dalam menguasai mata pelajaran matematik. Tetapi, kita perlu faham tidak semua pelajar mempunyai kebolehan menghafal. Walaupun pelajar kebolehan pelajar perlu dibentuk dari kecil, tetapi tidak semua pelajar mampu untuk mencapai kebolehan tersebut. 

Teknik mudah sifir dan pendaraban yang dipraktikkan di Negara Jepun sangat efektif dan mudah. Selain itu, pelbagai cara lagi telah dihasilkan bagi memudahkan cara menguasai sifir. Oleh itu, pelajar yang kurang mahir dan mempunyai masalah sukar menghafal sifir, dapat membuat pilihan dengan mempelajari teknik-teknik mudah sifir tersebut. 

Di Azzahra Home Tuition, kami mempraktikkan teknik-teknik berikut;

1. Teknik menghafal – Setiap kali kelas matematik, tutor akan meminta pelajar membaca sifir tanpa melihat buku sifir dari sifir 1 hingga 9 sehingga lancar.

2. Teknik Hashtag – Sekiranya pelajar mempunyai masalah menghafal sifir, teknik ini akan membatu pelajar mengingati sifir.

3. Teknik jari power – Teknik jari power membolehkan pelajar mengingati sifir dengan menggunakan jari sahaja. Tetapi teknik ini terhad kepada sifir 6 hingga 9 sahaja.

4. Teknik lukis garis – Teknik dari Jepun ini sangat sesuai untuk menjawab soalan pendaraban yang lebih dari satu angka seperti 54 x 13.

Jom sertai kami dan kuasai teknik-teknik mudah ini di Azzahra Home Tuition.

Jangan lupa SHARE untuk perkongsian semua

Macam mana perkongsian ilmu yang cikgu kongsikan hari ini?

Komenlah “BEST” banyak-banyak. In Shaa Allah cikgu akan post setiap minggu kalau ramai yang suka.

#AzzahraHomeTuition
#CreatingFutureTogether
#QualityAndFunLearning
#Tuition
#Selangor #KL
#Selayang #Kepong #SgBuloh #Rawang#Damansara
#Gombak #PJ

KISAH KANTA & CERMIN


Assalamualaikum semua, Sihat?

Adik-adik sedang buat apa tu?

Jom, baca mutiara kata hari ini. Hari akan lebih indah jika kita ada niat untuk perbaiki diri kita. Kalau kita faham diri kita yang sebenar ialah roh, kita akan menjadi seorang yang sangat fokus kepada pembersihan jiwa kita dengan ilmu dan amal.

Sebab roh kita yang akan menghadap Allah S.W.T. sedangkan jasad akan binasa hancur menjadi tanah. Oleh sebab itu kita perlu sentiasa bertaubat, berniat memperbaiki diri, jaga akhlak dan selalu buat baik dengan orang lain.

Semuanya bermula dari akal dan minda yang fokus mencari keburukan sendiri lebih dari keburukan orang lain.

Kenapa cermin (Mirror) lebih baik dari kanta (Lenses)? Kalau kita guna cermin, kita dapat lihat semua keburukan, kekurangan dan kelemahan yang ada dalam diri kita. Berlawanan dengan kanta. Apa yang adik-adik akan nampak kalau guna kanta? Cuba Tanya orang yang pakai cermin mata. Kalau pandangan dia kabur, dengan menggunakan cermin mata dia boleh lihat semua orang. Dengan kanta atau cermin mata, kita akan sentiasa cari kesalahan dan kelemahan orang lain. Tapi kita lupa kelemahan dan kekurangan kita sendiri.

Adik-adik, setiap orang ada kelemahan masing-masing. Kita tak dapat bersihkan jiwa kita selagi kita hanya sibuk lihat keburukan orang lain. Mulai hari ini, jom sama-sama kita azam kurangkan cari kelemahan orang lain, tapi cuba fokus dengan kelemahan diri sendiri. Jadi, boleh kita baiki mana yang kurang dalam diri kita. Senangkan nak ubah?

Suka baca perkongsian yang cikgu kongsikan hari ni, komen “Saya Suka”, In shaa Allah cikgu post setiap minggu kalau ramai yang suka, tunggu post cikgu akan datang pula!

APA ITU SUMBER EKONOMI?

Kami menyediakan nota ringkas untuk memahami sumber ekonomi dan pulangan baginya. Sumber ekonomi dan faktor pengeluaran memiliki pengertian yang sama. Sekiranya dalam soalan minta anda untuk nyatakan faktor pengeluaran atau sumber ekonomi jawapannya adalah sama. Kami berharap dengan nota ringkas ini, dapatlah memecahkan kebuntuan para pelajar.

Antara faktor pengeluar ialah Tanah, Buruh, Modal dan Usahawan (TBMU). Setiap individu yang menyediakan faktor pengeluaran akan memperoleh pulangan atau ganjaran dalam bentuk Sewa, Upah, Faedah dan Usahawan (SUFU).

Contoh:

1. Pak Mat bekerja sebagai operator kilang di sebuah kilang mee. Setiap bulan dia gaji RM1200.
a. Operator kilang – Buruh
b. Gaji RM1200 – Upah

2. Muzaffar mendeposit wangnya sebanyak RM20000 dalam akaun simpanan tetap selama 5 tahun dengan mendapat faedah 5% setahun.
a. Wang RM20000 – Modal
b. Faedah 5% - Faedah

Walaubagaimanapun, kadang-kadang soalan menggunakan perkataan lain yang memberi erti yang sama dengan perkataan diatas.
1. Upah = gaji
2. Faedah = dividen, hibah, pulangan, bunga

Macam mana dengan perkongsian cikgu, BEST? Komenlah “BEST” banyak-banyak. Insya Allah cikgu akan post setiapminggu kalau ramai yang suka dengan perkongsian cikgu.