Rabu, 3 Julai 2019

KISAH KANTA & CERMIN


Assalamualaikum semua, Sihat?

Adik-adik sedang buat apa tu?

Jom, baca mutiara kata hari ini. Hari akan lebih indah jika kita ada niat untuk perbaiki diri kita. Kalau kita faham diri kita yang sebenar ialah roh, kita akan menjadi seorang yang sangat fokus kepada pembersihan jiwa kita dengan ilmu dan amal.

Sebab roh kita yang akan menghadap Allah S.W.T. sedangkan jasad akan binasa hancur menjadi tanah. Oleh sebab itu kita perlu sentiasa bertaubat, berniat memperbaiki diri, jaga akhlak dan selalu buat baik dengan orang lain.

Semuanya bermula dari akal dan minda yang fokus mencari keburukan sendiri lebih dari keburukan orang lain.

Kenapa cermin (Mirror) lebih baik dari kanta (Lenses)? Kalau kita guna cermin, kita dapat lihat semua keburukan, kekurangan dan kelemahan yang ada dalam diri kita. Berlawanan dengan kanta. Apa yang adik-adik akan nampak kalau guna kanta? Cuba Tanya orang yang pakai cermin mata. Kalau pandangan dia kabur, dengan menggunakan cermin mata dia boleh lihat semua orang. Dengan kanta atau cermin mata, kita akan sentiasa cari kesalahan dan kelemahan orang lain. Tapi kita lupa kelemahan dan kekurangan kita sendiri.

Adik-adik, setiap orang ada kelemahan masing-masing. Kita tak dapat bersihkan jiwa kita selagi kita hanya sibuk lihat keburukan orang lain. Mulai hari ini, jom sama-sama kita azam kurangkan cari kelemahan orang lain, tapi cuba fokus dengan kelemahan diri sendiri. Jadi, boleh kita baiki mana yang kurang dalam diri kita. Senangkan nak ubah?

Suka baca perkongsian yang cikgu kongsikan hari ni, komen “Saya Suka”, In shaa Allah cikgu post setiap minggu kalau ramai yang suka, tunggu post cikgu akan datang pula!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan