Selasa, 18 Mei 2021

KEPUTUSAN PEMENANG HADIAH DUIT RAYA ISTIMEWA RAMDAHAN SYAWAL 2021






 

KEPUTUSAN PEMENANG HADIAH DUIT RAYA ISTIMEWA RAMDAHAN SYAWAL 2021

===================================================================


Alhamdulillah, Pihak Azzahra Home Tuition ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penyertaan Peraduan Slogan kata menarik sempena Peraduan Duit Raya istimewa Ramadhan & Syawal 2021.
 

Sehubungan dengan itu, pihak syarikat mengucapkan syabas & tahniah kepada semua pemenang-pemenang yang telah berjaya pada peraduan yang lepas.

Pihak syarikat akan bank in hadiah wang tunai tersebut kepada pemenang-pemenang bertuah tersebut. Tahniah.

#KitaJagaKita

#AzzahraHT

#AzzahraHomeTuition

#onlintetuition

#tuition

#CreatingFutureTogether

#QualityAndFunLearning

#HomeTuition

#TuitionCentre


Selasa, 11 Mei 2021

NOTIS PENUTUPAN SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2021


 

JOM MENANG HADIAH DUIT RAYA SEHINGGA RM 500



JOM MENANG HADIAH DUIT RAYA SEHINGGA RM 500

=============================================

 

Hi, Assalammualaikum.


Kami ada berita baik untuk anda semua Rakyat Malaysia yang ingin memenangi hadiah wang tunai duit raya daripada Azzahra Home Tuition… Jom menangi hadiah wang tunai yang bernilai sehingga RM500 sempena dengan Peraduan Kongsi Gambar Hari Raya Aidilfitri 2021.

Macam mana nak sertai peraduan ni?

Senang sangat…


Kongsikan gambar raya 2021 anda dengan slogan kata yang menarik dengan mengikuti 3 langkah mudah dibawah:


1. Pastikan anda SUKA atau “LIKE” di Page FB (Azzahra Home Tuition & Quranic Home Based) dan MENGIKUTI atau “FOLLOW” Instagram (Azzahra Home Tuition).


2. Diruangan “caption” FB atau IG, mulakan slogan kata anda dengan “Raya 2021 amat bermakna buat saya kerana……….” (slogan tidak kurang daripada 50 patah perkataan).


3. Tag FB (@Azzahra Home Tuition & Quranic Home Based) atau IG (@azzahrahometuition).

[Pastikan “setting” FB dan IG anda adalah “public”]

 

Jangan lupa kongsikan juga peraduan ini kepada adik beradik anda, saudara mara anda, jiran-jiran anda, rakan-rakan anda, atau sesiapa sahaja yang anda ingin mereka sama-sama menang dengan peraduan ini. Seronok kan kalau kita menang sama-sama dengan orang yang kita kenal / sayangi.


Peraduan ini akan bermula pada 1 Syawal 1442 (13 Mei 2021) sehingga 20 Syawal 1442 (1 Jun 2021).


Jom sertai peraduan ini, anda mungkin PEMENANGNYA!!!

Semoga Berjaya…


Akhir kata daripada kami, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2021, Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakyat Malaysia yang beragama islam.


Jangan sedih-sedih ya untuk raya kali ni sebab kita raya dengan PKP 3.0. kita ikutilah arahan tersebut untuk kebaikan kita semua. Kita jaga kita. Kalau nak keluar rumah, jangan lupa amalkan sop-sop pencegahan covid-19 untuk sama-sama kita mengurangkan kes penularan Covid-19. Sama-sama kita jaga keselamatan kita dan insan yang kita sayangi.


Sebarang persoalan mengenai Peraduan Kongsi Gambar Raya, anda boleh menghubungi / whatsapp nombor kami di talian:

016 - 507 7857 / 012 - 542 1825 / 013 - 347 4733


#KitaJagaKita

#AzzahraHT

#AzzahraHomeTuition

#onlintetuition

#tuition

#CreatingFutureTogether

#QualityAndFunLearning

#HomeTuition

#TuitionCentre



 

Sabtu, 8 Mei 2021

SELAMAT HARI IBU


SELAMAT HARI IBU
================

Oh ibu,
Sentuhanmu yang halus menceriakan hatiku,
Dakapan hangatmu dapat mententeramkan keresahanku,
Setiap tutur katamu mampu membakar semangatku,
Jasa dan pengorbananmu takkan terbalas sehabis usiaku.

Selamat Hari Ibu buat semua ibu yang berada di luar sana terutama kepada para ibu yang setia bersama dengan kami. Terima kasih atas segala kasih sayang, ilmu, didikan, doa dan pengorbanan yang engkau berikan buat anak-anak tercinta.

Anda merupakan ibu hebat dan luar biasa yang sentiasa memberi inspirasi buat kami agar terus maju dan berjaya serta menyantuni kami dengan penuh kasih dan sayang.
Pekerjaan “IBU” adalah pekerjaan paling mulia di dunia walaupun perlu harungi pelbagai kesakitan.

Apa sahaja yang kita pilih untuk mengenal erti kehidupan dan kemana sahaja kita pergi untuk mencari diri dan menempuh rintangan dunia, Ibu ialah tempat kita pulang.
Sentiasa sokong dan doakan kami ibu-ibu untuk kejayaan kami di dunia dan di akhirat.

Terima kasih buat segalanya.

Selamat Hari Ibu daripada kami semua.

#selamathariibu
#KitaJagaKita
#AzzahraHT
#AzzahraHomeTuition
#onlintetuition
#tuition
#CreatingFutureTogether
#QualityAndFunLearning
#HomeTuition
#TuitionCentre

 

Khamis, 6 Mei 2021

MESYUARAT TUTOR


Mesyuarat Tutor.
Terima Kasih atas kerjasama yang diberikan.
Fokus Memberi Manfaat kepada Ummah, Berjaya Dunia & Akhirat..


 

Isnin, 3 Mei 2021

TUTOR TERBAIK MAC 2021


Tahniah diucapkan buat cikgu atas pencapaian yang cemerlang dan memuaskan. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu kerana telah banyak membantu pelajar-pelajar di Azzahra Home Tuition dalam mendidik dan membimbing mereka sehingga berjaya. Semoga segala jasa baik cikgu di balas dengan kebaikkan di dunia dan di akhirat.


 

HADIAHKAN ANAK ANDA DUIT RAYA 2021




Hari ini sudah masuk 21 Ramadhan (3 Mei) maka berakhirlah pertandingan menangi duit raya. Jadi ini adalah antara peserta yang menyertai pertandingan ini. Slogan kata yang diberikan oleh peserta sangat menarik dan menyentuh hati kerana mereka sangat berpuas hati dengan cara didikan para tutor Azzahra Home Tuition.