SELAMAT HARI IBU
================
================
Oh ibu,
Sentuhanmu yang halus menceriakan hatiku,
Dakapan hangatmu dapat mententeramkan keresahanku,
Setiap tutur katamu mampu membakar semangatku,
Jasa dan pengorbananmu takkan terbalas sehabis usiaku.
Selamat Hari Ibu buat semua ibu yang berada di luar sana terutama kepada para ibu yang setia bersama dengan kami. Terima kasih atas segala kasih sayang, ilmu, didikan, doa dan pengorbanan yang engkau berikan buat anak-anak tercinta.
Anda merupakan ibu hebat dan luar biasa yang sentiasa memberi inspirasi buat kami agar terus maju dan berjaya serta menyantuni kami dengan penuh kasih dan sayang.
Pekerjaan “IBU” adalah pekerjaan paling mulia di dunia walaupun perlu harungi pelbagai kesakitan.
Apa sahaja yang kita pilih untuk mengenal erti kehidupan dan kemana sahaja kita pergi untuk mencari diri dan menempuh rintangan dunia, Ibu ialah tempat kita pulang.
Sentiasa sokong dan doakan kami ibu-ibu untuk kejayaan kami di dunia dan di akhirat.
Terima kasih buat segalanya.
Selamat Hari Ibu daripada kami semua.
#selamathariibu
#KitaJagaKita
#AzzahraHT
#AzzahraHomeTuition
#onlintetuition
#tuition
#CreatingFutureTogether
#QualityAndFunLearning
#HomeTuition
#TuitionCentre

Tiada ulasan:
Catat Ulasan