Alhamdulillah, saat yang dinanti-nantikan telah pun tiba iaitu menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri dengan orang yang tersayang dan tahun ini kita dapat pulang ke kampung halaman setelah dua tahun tidak dapat meraikannya.
Walaupun kita seronok beraya dan berjumpa dengan saudara-mara tetapi jangan lupa ya, isu Covid-19 masih ada. Jadi jangan lupa untuk sentiasa jaga diri, jaga penjarakan sosial dan kesihatan diri anda.
Pihak Azzahra Home Tuition memohon maaf atas kesilapan dan keterlanjuran daripada pihak kami. Semoga anda semua sihat selalu dan berada dalam lindungan-Nya.



