“Bulan Ramadan padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah…….” [Q:S. Al-Baqarah : 185]
Ayat Al-Quran diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril secara berperingkat-peringkat hingga menjadi lengkap buat umat Islam sebagai panduan dan pedoman hidup kerana ianya mengandungi petunjuk, keterangan dan penjelasan tentang perkara yang benar dan salah.
Oleh itu, sudah menjadi kebiasaan umat Islam seluruh dunia akan beriltizam untuk membaca Al-Quran pada bulan Ramadan yang sinonim dengan bulan Al-Quran. Namun persoalannya, sejauhmana ayat-ayat Al-Quran yang kita baca tersebut meresap dalam seluruh jiwa kita sehingga menjadi pegangan untuk kita hidup di dunia sebelum bertemu Pencipta kita nanti?
Jadi marilah kita sebagai umat Islam walau dimanapun kalian berada, agar sama-sama menghayati setiap bait ayat Al-Quran yang kita lafazkan setiap hari. Selain membaca Al-Quran, kita semua mesti menyemak dan meneliti maksud setiap ayat agar ianya mudah tersemat di hati.
Jika dikira, sudah pasti ramai umat Islam yang berkali-kali khatam Al-Quran tetapi bagaimana Al-Quran itu hidup dalam diri setiap umat Islam atau sekadar bagai debu yang berterbangan di udara dan tidak langsung memberi kesan dalam jiwa dan sanubari.
Jadi, cikgu ingin menyeru kepada para pelajar atau sesiapa sahaja yang mungkin merasakan diri mereka tidak pandai membaca Al-Quran agar berusaha untuk mempelajarinya selagi mana Allah S.W.T kurniakan usia dan kesempatan masa kepada kita.
Dalam sebuah hadits ada menyebut,
“Sebaik-baik kalian adalah mereka yang belajar Al-Qur’an dan mengajarkannya.” [ HR Bukhari ]
Justeru buanglah rasa malu dan malas kalian untuk pergi belajar Al-Quran iaitu belajar membaca dan memahami ayatnya. Sentiasa sematkan dalam diri, Al-Quran bukan hanya perhiasan di rumah, bukan juga hanya meniti di bibir tetapi ianya mesti difahami dan diamalkan dalam kehidupan seharian.
Semoga kita semua sentiasa hampir dengan Al-Quran kerana ia akan menjadi peneman kita semasa di akhirat kelak.
Jom sertai kelas mengaji personal PERCUMA kami secara online. Tertakluk kepada kekosongan tempat.
Sila Klik link dibawah:
wassap.my/60125421825/NuzulQuran
atau
wassap.my/60165077857/NuzulQuran

Tiada ulasan:
Catat Ulasan