Rabu, 19 Julai 2023

SELAMAT TAHUN BARU ISLAM (AWAL MUHARRAM 2023)

 

Senyatanya, erti hijrah itu tidaklah terbatas hanya kepada kata ‘berpindah’ semata-mata. Sebaliknya, ia membawa erti yang cukup indah, kerana hijrah membawa erti meninggalkan, berpaling, memutus dan menahan diri daripada melakukan perkara buruk atas dasar untuk taqorrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

Pesan Rasullulah S.A.W, hijrah itu adalah sebagai medium tekad (niat) yang teguh bagi umat manusia untuk Allah dan rasul atau sebaliknya. Dalam erti kata lain, makna hijrah adalah amat bergantung kepada niat.  

Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Umar bin al-Khattab berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda;

“Perbuatan-perbuatan itu hanyalah dengan niat dan bagi setiap orang hanyalah menurut apa yang diniatkan. Kerana itu, siapa yang hijrahnya itu kepada kerelaan Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya ialah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan barang siapa hijrahnya untuk memperoleh keduniaan atau wanita yang bakal dikawininya, maka hijrahnya itu ialah kepada apa yang telah dihijrahi”

Oleh itu, dikesempatan ini bersempena Awal Muharram 1445 hijrah pihak Azzahra Home Tuition ingin mengajak para pembaca untuk membenarkan serta memahami makna bait-bait hadis tersebut untuk sama-sama kita mengubah suai niat hijrah kita agar kita sentiasa berada di landasan yang betul sebagaimana yang telah ditegaskan dalam hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Umar bin al-Khattab di atas, Hijrah yang benar adalah yang didasarkan atas niat yang benar kerana Allah. 

Melihat kenyataan bahawa, kata hijrah dengan segala bentuk kata jadiannya, telah digunakan sebanyak 31 kali dalam Al-Qur’an, tentunya ia bukanlah hanya satu kebetulan.

Maka, hijrahlah dengan niat yang baik dan iringilah ia juga dengan perbuatan yang baik agar hijrah kita benar-benar memberi impak yang bermanfaat baik di dunia, mahupun di akhirat kelak.

Ingin kami bantu pendidikan anak anda, klik link di bawah….


Cikgu Solehah: wassap.my/60125421825/AZHBLOG-TahunBaruIslam2023


Cikgu Raihana: wassap.my/60108787040/AZHTBLOG-TahunBaruIslam2023



Selasa, 18 Julai 2023

CREATING FUTURE LEADERS TOGETHER

 


Ketahuilah usaha menjadi seorang pemimpin yang sempurna itu, menuntut kita untuk berusaha menjangkau sehabis tangan. Ini kerana, untuk melahirkan pemimpin yang baik ia memerlukan kita untuk menjadi individu yang berani mengakui kesalahan dan seterusnya bangkit serta belajar daripada kesalahan tersebut. Pada waktu yang sama, pemimpin yang
hebat
tidak akan pernah berhenti untuk mempelajari hal-hal baharu yang berada di sekitarnya.
Sesungguhnya, setiap insan tidaklah dilahirkan dengan sifat kepimpinan, sebaliknya insan itu sendiri yang perlu belajar dan mencari potensi sifat kepimpinan dalam diri masing-masing sehingga ia dapat diimplementasikan dalam kehidupan harian.
Memetik kata-kata punjangga, “condong yang akan menongkat, rebah yang akan menegakkan” membuktikan bahawa tugas pemimpin itu bukanlah sesuatu yang ringan kerana jika berlaku sesuatu permasalahan, pemimpinlah yang akan bergerak ke hadapan untuk membantu.
Melihat mafhum daripada kata-kata tersebut, Alhamdulillah pihak Azzahra Home Tuition telah mengetengahkan ‘Leaders Meeting’ sebagai agenda utama bulanan syarikat yang menuntut semua wakil dari setiap jabatan untuk berkumpul dan bersama-sama membincangkan idea dan strategi yang harus direalisasikan demi memperkasakan tahap pendidikan para pelajar supaya mereka dapat menjadi pemimpin yang cemerlang untuk generasi yang mendatang.
Sekalung penghargaan terima kasih buat semua pihak yang telah membantu kami mengetuai pasukan Azzahra Home Tuition yang kini sudah hampir mencecah bilangan 100 orang kakitangan. Semoga kita dapat terus sama-sama berganding bahu mengharungi setiap cabaran yang mendatang demi melahirkan lebih ramai pelajar yang berkualiti.