Ketahuilah usaha menjadi seorang pemimpin yang sempurna itu, menuntut kita untuk berusaha menjangkau sehabis tangan. Ini kerana, untuk melahirkan pemimpin yang baik ia memerlukan kita untuk menjadi individu yang berani mengakui kesalahan dan seterusnya bangkit serta belajar daripada kesalahan tersebut. Pada waktu yang sama, pemimpin yang
hebat
tidak akan pernah berhenti untuk mempelajari hal-hal baharu yang berada di sekitarnya.Memetik kata-kata punjangga, “condong yang akan menongkat, rebah yang akan menegakkan” membuktikan bahawa tugas pemimpin itu bukanlah sesuatu yang ringan kerana jika berlaku sesuatu permasalahan, pemimpinlah yang akan bergerak ke hadapan untuk membantu.
Melihat mafhum daripada kata-kata tersebut, Alhamdulillah pihak Azzahra Home Tuition telah mengetengahkan ‘Leaders Meeting’ sebagai agenda utama bulanan syarikat yang menuntut semua wakil dari setiap jabatan untuk berkumpul dan bersama-sama membincangkan idea dan strategi yang harus direalisasikan demi memperkasakan tahap pendidikan para pelajar supaya mereka dapat menjadi pemimpin yang cemerlang untuk generasi yang mendatang.
Sekalung penghargaan terima kasih buat semua pihak yang telah membantu kami mengetuai pasukan Azzahra Home Tuition yang kini sudah hampir mencecah bilangan 100 orang kakitangan. Semoga kita dapat terus sama-sama berganding bahu mengharungi setiap cabaran yang mendatang demi melahirkan lebih ramai pelajar yang berkualiti.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan