Pabila melihat 3 meja kecil ini, sedang aku mengemas stor-stor td! teringat aku bagaimana kenangan aku memulakan bisnes home tuition... Bukan senang pada peringkat permulaan...kami bermula dengan 3 orang pelajar sahaja...
Bisnes home tuition... Alhamdulillah... Bermula dengan hanya aku & isteri sahaja mengajar... Kini kami sudah mempunyai 15 orang tutor yang membantu kami mengajar anak-anak bangsa kita... Dulu aku mengajar matematik & sains, manakala isteri aku pula mengajar matapelajaran bm & bi...
Hanya bermula dengan tuisyen sekolah rendah, kini pelajar kami sehingga SPM... Subjek elektif pun, alhamdulillah di tawarkan juga... Tutor kami terdiri daripada pelbagai latarbelakang pekerjaan profesional... Kami ada akauntan yang ajar prinsip akaun, kami ada jurutera yang ajar fizik & matematik tambahan & pelbagai lagi... Matlamat kami adalah ingin membantu anak bangsa kita lebih maju terkehadapan dalam bidang pendidikan...
Tak sangka sekarang pelajar2 kami dah ramai, tutor2 kami dah ramai... Seronok rasanya bila lihat perkembangan perniagaan ini...
Alhamdulillah syukur, Azzahra Home Tuition juga kini sudah mempunyai kelas/ pejabat sendiri... Kami mula juga mendapat permintaan yang banyak di kawasan-kawasan lain juga... InshaAllah kami sedang usahakan..
Susah senang dilalui bersama isteri tercinta... Syukur Allah swt berikan aku seorang isteri yang baik hati.. Syukur alhamdulillah... Tq cikgu solehah osman kuat menghadapi setiap dugaan yang datang. Kita kuat, bila kita dekat dengan Allah swt. Allah yang beri kekuatan pada kita. Tq sayang, kita teruskan lagi usaha murni kita...
Kini aku faham kata-kata mentor aku, perkara pertama yang kita harus fokuskan dalam perniagaan, bukanlah keuntungan semata-mata... Tapi apa yang harus kita fokuskan adalah memberi nilai kepada orang lain...
Alhamdulillah Azzahra Home Tuition juga membuat program-program kebajikan bagi membantu anak-anak melancarkan bacaan dalam iqra & juga bacaan Al-quran....
InshaAllah kami juga akan lancarkan program baru kami tidak lama lagi iaitu kelas bagi membantu pelajar-pelajar yang lemah dalam matapelajaran matematik & bahasa inggeris... Yuran memang sangat-sangat murah iaitu RM30/ SEBULAN... Buku latihan kami akan berikan secara PERCUMA... Memang niat kami untuk membantu...
Kepada sesiapa yang berminat boleh hubungi cikgu solehah 012-542 1825 untuk pendaftarab dengan kadar segera...
Dulu kami dah buat program ni dah... Tapi kami stop sekejap memandangkan kami kekurangan pengajar pada waktu itu... Kami buka pendaftaran 1 jam je dah penuh... & sekarang permintaan dari ibubapa terlalu banyak... Alhamdulillah kami buka sekali lagi kepada sesiapa yang berminat.
Kami ambil tak ramai 20 orang sahaja, terbuka kepada pelajar tahun 4 ke tahun 6 yang mendapat gred c kebawah sahaja. Kami nak bantu pelajar lemah, pelajar yang dah pandai & nak skor kami ada program yg lain yang lebih sesuai untuk mereka skor A.
Akhir kata, terima kasih kepada semua yang banyak membantu kami samada secara langsung ataupun tidak langsung. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian semua...
Terima kasih semua...
Cikgu Fairus Salleh
Creating Future Together
#Selayang
#BatuCaves
#Kepong
#Rawang
#Damansara
#JalanIpoh
#segambut
#JalanDuta
#Tuition
#HomeTuition

Tiada ulasan:
Catat Ulasan