Tahniah Aina & Aini! ❤️
Terima kasih kerana pernah menjadi sebahagian daripada keluarga Azzahra. Semoga terus berjaya di UiTM dan dipermudahkan setiap langkah selepas ini!
#azzahraonlinetuition #tuisyenterbaik #tuisyenonline #spm
Azzahra Training and Consultancy (AzzahraOnlineTuition) 201503102170(00242690-D) Untuk hubungi: 016 - 507 7857 Waktu Operasi: Isnin - Selasa: 8.30 am - 10.00 pm Rabu - Jumaat : 12.00 pm - 10.00 pm Sabtu - Ahad : 8.30 am - 5.50 pm
π PKSK 2027 MASIH JAUH. PERLUKAH ANAK MULA SEKARANG?
“Cikgu, PKSK kan tahun depan lagi?”
Betul.
PKSK 2027 memang masih belum tiba.
Tapi persoalannya…
Adakah anak hanya perlu mula bersedia apabila tarikh peperiksaan semakin dekat?
Ramai ibu bapa memilih untuk tunggu.
Tunggu anak naik tahap.
Tunggu sekolah mula fokus.
Tunggu tarikh PKSK diumumkan.
Tunggu sampai rasa “dah dekat”.
Sedangkan persediaan yang baik sebenarnya memerlukan masa untuk dibina secara berperingkat.
Anak perlu masa untuk:
✅ Kenal corak soalan
✅ Biasakan diri dengan soalan aras pemikiran
✅ Tingkatkan kelajuan menjawab
✅ Kenal kelemahan sendiri
✅ Belajar daripada kesilapan
✅ Bina keyakinan secara konsisten
Sebab itu, mula awal bukan bermaksud anak perlu belajar PKSK setiap hari.
Mula awal bermaksud anak mempunyai lebih banyak masa untuk bersedia tanpa tekanan mengejar masa.
PKSK 2027 mungkin masih jauh.
Tetapi persediaan anak tidak semestinya perlu ditangguhkan.
π HEADSTART PKSK 2027
Mulakan dengan asas yang betul, sedikit demi sedikit.
Kerana apabila masa semakin hampir…
anak bukan baru hendak bermula.
Anak sudah bersedia untuk melangkah ke fasa seterusnya.
“Dia yang bagi cara kira dekat cikgu dia!”
Fuhhh. Power! π
Tapi kalau tengok perjalanan Aimy, sebenarnya bukan terus macam ni.
Masa sekolah rendah, Aimy memang pelajar yang pandai. Sampai ditawarkan biasiswa dan berjaya masuk ke salah satu SBP terbaik di Malaysia.
Tapi bila masuk Tingkatan 1, pembelajaran di SBP yang lebih laju, ditambah pula dengan pengalaman pertama duduk di asrama, buat Aimy mula struggle.
Markah Matematik dia jatuh teruk… sampai GAGAL.
Keluarganya tahu Aimy sebenarnya pandai.
Cuma ketika itu, dia perlukan guidance yang betul untuk bangkit semula.
Alhamdulillah, selepas beberapa sesi kelas, keyakinan Aimy mula kembali.
Sampai hari ini kami terima feedback daripada keluarga:
“Aimy macam confident dah sekarang.”
Dan yang paling win…
“Dia yang bagi jalan kira kat cikgu sekolah dia.”
Wow alhamdulilah..Tapi honestly, kami paling happy bukan sebab Aimy dah boleh bagi jalan kira pd cikgu.
Kami happy sebab Aimy dah dapat balik keyakinan diri dia. ❤️
Boleh faham ke perasaan tu? Kayakinan yang pernah ada pada kita dlu kemudian hilang, tercari-cari balik momentum tersebut dan akhirnya berjaya dapatkan balik momentum keyakinan itu.. moment tu hanya Tuhan saja yang tahu..
Kadang-kadang bila anak gagal dalam satu subjek, yang hilang bukan sekadar markah.
Keyakinan diri pun boleh jatuh sekali.
Mungkin anak cuma perlukan cara belajar yang sesuai, bimbingan yang betul dan seseorang yang masih percaya bahawa dia sebenarnya BOLEH.
InsyaAllah, bila keyakinan dah kembali…
kita akan mula nampak potensi yang selama ini tersembunyi. ❤️
Oh, satu lagi…
Hari ini Aimy siap minta izin nak share nombor kami dengan saudara yang sedang mencari tuisyen online untuk anak Darjah 2.
Dah jadi ambassador Azzahra nampaknya. π❤️
Alhamdulillah. Semoga Aimy terus yakin dengan kebolehan diri sendiri dan terus melangkah lebih jauh. π€²π»
#azzahraonlinetuition #TestimoniAzzahra #AzzahraOnlineTuition #TuisyenOnline #TuisyenOnlineMalaysia #KelasOnline #KelasMatematik #TuisyenMatematik #MatematikSPM #MatematikTingkatan1 #PelajarSBP #PelajarCemerlang #KeyakinanDiriAnak #AnakCemerlang #PrestasiAkademik #BimbinganAkademik #TuisyenSPM #TuisyenBerkualiti #SmallGroupTuition #OnlineTuitionMalaysia #PendidikanMalaysia #IbuBapaMalaysia