Jumaat, 17 November 2017

BERAPA JARAK ANTARA KAMPUNG LIMAH DENGAN RUMAHNYA DALAM METER?

BERAPA JARAK ANTARA KAMPUNG LIMAH DENGAN RUMAHNYA DALAM METER?



Assalamualaikum anak-anak. Siapa di sini yang selalu keliru semasa nak kira sesuatu yang melibatkan penukaran unit? Contohnya dalam pengiraan tu terdapat kilometer dan meter. Jadi, nak kira macammana?

Haaa…lepas ni tak payah pening-pening nak fikir dah. Lihat sahaja gambar yang cikgu post ni.

Cikgu tunjuk dulu bagaimana nak kira. Katakanlah kampung Limah terletak sejauh 35km dari rumahnya. Berapa jarak antara kampung Limah dengan rumahnya dalam meter? Senang je kan soalannya. Okey, daripada kilometer nak ke meter, kita kena darab dengan 1000.
Jadi, 35km × 1000= 35 000m.

Biasanya, kalau unit yang besar nak tukar kepada unit yang lebih kecil, kita akan darab. Kalau unit yang lebih kecil nak tukar kepada unit yang lebih besar pula, kita kena bahagilah.

Mudah je kan. Untuk masa pun sama juga konsepnya. Lepas ni cikgu rasa tiada masalah la kamu nak kira sesuatu yang melibatkan unit yang berlainan.

Matematik itu mudah.



Rabu, 15 November 2017

WAH, DAH NAK CUTI SEKOLAH!

WAH, DAH NAK CUTI SEKOLAH!


Assalamualaikum semua, Wah, dah nak cuti sekolah! Ke dah ada yang start cuti? Dah ada rancangan ke nak buat apa time cuti ni? Mesti ramai yang nak pergi melancong, balik kampung dan jumpa kawan-kawan. Seronoknya…

Tapi, cikgu nak tanya satu perkara, belajar macammana? Takkan satu bulan lebih cuti ni nak main aje kan, kenalah belajar juga, ya tak. Kalau tak, habis lupa semua perkara yang kamu dah belajar di sekolah. Lagipun, ni lah masanya anak-anak nak perbaiki mana yang lemah tu. Walaupun ada antara kamu semua yang selalu dapat A untuk semua subjek, cikgu yakin masih ada ilmu baru yang kamu boleh pelajari.

Jadi, hari ni cikgu nak berkongsi cara membuat jadual harian yang sangat-sangatlah mudah. Okey, mula-mula lihat kemampuan diri. Bagaimana dengan pencapaian kamu dalam peperiksaan yang lepas? Kemudian, kaji apa kelemahan diri. Subjek yang lemah perlu diberikan tumpuan dalam jadual ya. Contohnya, kamu lemah subjek Sains, jadi lebihkan waktu belajar Sains berbanding subjek-subjek lain.

Subjek yang memerlukan pengiraan seperti Matematik atau Fizik letak sebelah petang. Maklumlah, petang-petang syok tidur. Jadi, untuk elakkan rasa mengantuk tu, bolehlah ikut cadangan cikgu ni.

Cikgu cadangkan anak-anak tidur awal dan berusaha untuk bangun awal. Masa pagi-pagi ni lah, otak kita fresh, senang nak ingat. Kalau ada subjek yang banyak maklumat atau fakta yang perlu dihafal seperti Sejarah, letak waktu ni. In shaa Allah, mudah kamu nak menghafal.

Rehat tu mungkin boleh letak dalam 30 minit. Waktu main dalam 45 minit atau 1 jam letak pada pukul 6 petang ke atas, atau waktu yang sesuai.

Belajar memang penting tapi solat perlu diutamakan. Nasihat cikgu, solat di awal waktu. Lepas solat Maghrib mungkin boleh mengaji dan solat sunat, mohon pada Allah agar dipermudah semua urusan dan mendapat kejayaan dunia dan akhirat.

Itu serba sedikit panduan cara buat jadual belajar. Kamu boleh ubah suai mengikut kemampuan diri. Paling penting jaga makan, dapatkan rehat yang secukupnya, azam kena kuat dan semangat nak score A dalam exam kena tinggi.

Mudah je kan nak buat jadual.

TETAPKAN MATLAMAT KAMU ...

PATUHI JADUAL HARIAN…

Tiada guna kamu bersungguh membuat jadual kalau tiada orang yang ikuti.



SEMUDAH ITU JE NAK JAWAB SOALAN (KBAT)? BIAR BETUL!

SEMUDAH ITU JE NAK JAWAB SOALAN (KBAT)? BIAR BETUL!
==================================================




Situasi ini berlaku ketika cikgu sedang mengajar subjek BM di rumah pelajar.

Pelajar : “Alaa cikgu, saya paling tak suka nak jawab soalan (KBAT) ni. Susah sangat nak kena fikir sendiri. Kan lagi senang kalau cari saja jawapan dalam petikan, tak perlu nak fikir-fikir dah.”

Cikgu : “Jangan terlalu fikirkan sangat bahawa soalan (KBAT) ini adalah susah. Kita cuba buat dulu. Awak nak tahu tak, sebenarnya soalan (KBAT) ni lagi senang nak jawab dari cari jawapan dalam petikan.”

Pelajar : “Yeke cikgu? Saya rasa macam susah je.”

Cikgu : “Soalan (KBAT) ini adalah pandangan atau pendapat dari awak sendiri, selagi mana jawapan awak berkaitan dengan soalan yang ditanya, pemeriksa akan memberi markah kepada jawapan awak. Pemeriksa tidak boleh menolak markah sekiranya pendapat awak tadi boleh diterima logik akal dan berkaitan dengan soalan yang ditanya.”

Pelajar : “Oh ya? Kalau macam tu, saya boleh lah jawab mengikut apa saja yang ada dalam fikiran saya ya, cikgu?”

Cikgu : “Mestilah boleh. Macam cikgu cakap tadi, asalkan berkaitan dan boleh diterima logik akal. Insha Allah, jawapan awak akan diterima.”

Pelajar : “Semudah itu je nak jawab soalan (KBAT)? Biar betul!”

Cikgu : “Kalau tak percaya, cuba lah jawab satu soalan (KBAT) dulu. Kalau awak boleh jawab, awak kena percaya apa yang cikgu cakapkan tadi.” (sambil tersenyum)

Pelajar : (Mencari-cari soalan (KBAT) di dalam buku latihan).



Sebagai seorang guru, kita seharusnya menerapkan nilai-nilai positif dalam diri pelajar kita kerana sentiasa berfikiran positif dalam kehidupan akan membawa hasil yang positif juga.

Jadi, marilah kita mengajak anak-anak murid kita untuk sentiasa berfikiran positif walau sesusah mana pun sesuatu subjek atau soalan itu. Seperti yang diungkapkan oleh Willie Nelson “Once you replace negative thoughts with positive ones, you’ll start having positive results.”

Rabu, 8 November 2017

SELAMAT MENDUDUKI SPM 2017

SELAMAT MENDUDUKI SPM 2017
===========================




Bermula tanggal 6 November 2017, bermulalah perjuangan calon-calon SPM. Segala usaha dan penat lelah mereka selama ini akan membuahkan hasil selepas tamatnya peperiksaan yang bakal jadi penentu kepada hala tuju mereka selepas ini. Peluang yang ada ni jangan disia-siakan.

Nasihat cikgu, korbankanlah sedikit masa demi masa depan yang cerah. Lagipun, bukannya boleh ulang SPM ni berkali-berkali.

Jom sama-sama kita tadah tangan, berdoa, memohon pada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

“Ya Allah,berikanlah ketenangan kepada semua pelajar yang menduduki peperiksaan SPM 2017. Berikanlah kekuatan kepada mereka dalam usaha menjawab soalan dengan baik dan menepati kehendak soalan. Berikanlah KEJAYAAN yang CEMERLANG kepada mereka. Semoga mereka sentiasa berada dalam kalangan orang-orang yang beriman kepadaMu. Amin.”

Cikgu yakin kamu semua boleh buat yang terbaik. Kalau ada usaha, in shaa Allah pasti ada kejayaan.

Ingat, USAHA, DOA dan TAWAKAL..

Semoga Berjaya!

Sabtu, 4 November 2017

“Eh, tadi buku saya ada di sini!”

“Eh, tadi buku saya ada di sini!”





“Aduh, sakitnya kepalaku!”,
“Aduhai, malangnya nasib orang tua itu!”
“Ah, aku tidak peduli!”
“Amboi, cantiknya lukisan ini!”
“Ceh, memang tidak tahu malu!”
“Cis, berani engkau datang ke sini!”
“Eh, tadi buku saya ada di sini!”
“Hai, agak lama kita tidak berjumpa!”
“Nah, ambillah semuanya!”
“Oh, awak rupanya! Ingatkan siapa tadi.”
“Syabas, awak telah berjaya!”
“Wah, besarnya rumah!”
“Wahai anakku, usahlah disia-siakan usia mudamu!”
“Celaka, habis tanamanku rosak dimusnahkan oleh gajah liar itu!”

Apa semua ni cikgu? Haaa, inilah contoh penggunaan kata seru. Ayat seru ni biasanya orang gunakan untuk menunjukkan perasaan sedih, hairan, marah, kagum, benci dan kecewa.

Tanda seru pula sepatutnya letak di mana? Cikgu selalu jumpa pelajar-pelajar letak tanda seru selepas kata seru. Salah tu ya. Sepatutnya, tanda seru letak di akhir ayat.

Ingat pesan cikgu ni.
Harap-harap selepas ni, anak-anak tiada masalah dengan penggunaan kata seru.

Kalau nak nota-nota yang lain dari cikgu, komenlah “Saya Nak”. Kalau nak nota untuk subjek tertentu pun boleh, in shaa Allah, cikgu post lagi kalau ramai yang nak.

Khamis, 2 November 2017

ILMU PENYULUH KEHIDUPAN

ILMU PENYULUH KEHIDUPAN




Salam Jumaat semua!
Sedang buat apa tu? Dah baca ke mutiara kata hari ni?

Hari akan lebih indah jika dimulakan dengan rasa syukur. Jadi, marilah sama-sama kita mensyukuri setiap nikmat pemberian Allah selama kita hidup di muka bumi ini. Alhamdulillah…

Beruntungnya kita kerana masih diberi kesempatan oleh Allah Yang Maha Besar untuk sampai ke hari yang penuh berkah ini. Jom kita gunakan peluang yang ada untuk berdoa seketika,

“Ya Allah, berilah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah kepada kami petunjuk dalam urusan kami. 
Amin.....”

Banyak manfaat yang akan kita peroleh dengan menimba ilmu. Jadi, pesan cikgu, tuntutlah ilmu selagi hayat dikandung badan.

Ilmu penyuluh kehidupan. Ilmu jambatan kejayaan.

Suka baca mutiara kata yang cikgu kongsikan hari ni, komen “ Saya Suka”, in shaa Allah cikgu post setiap minggu kalau ramai yang suka.

SUSAHNYA NAK HAFAL SIFIR!

SUSAHNYA NAK HAFAL SIFIR!
=========================





Assalamualaikum semua,

Selalu tak dengar ayat-ayat macam ni? 
“Susah la cikgu nak hafal sifir”, 
“ Cikgu, saya belum hafal lagi sifir 7”. Selalukan?

Cikgu pun hairan…apa yang susah sangat tu ye? Hmmm, agaknya masa zaman dulu-dulu, siapa tak hafal sifir kena rotan dengan cikgu sekolah, tak pun kena denda diri luar kelas. Nak tak nak, terpaksalah kami menggigihkan diri menghafal sifir.

Tapi, bagus juga… Hmmm, apa yang bagusnya? Yela, nak kira apa-apa kena guna sifir, terutamanya operasi yang melibatkan darab dan bahagi. Jadi, cikgu tiada masalah nak selesaikan soalan-soalan tu dengan cepat.

Siapa yang rasa susah sangat nak hafal sifir tu, meh cikgu nak kongsi teknik hafal sifir. Tapi hari ni untuk sifir 6,7,8 dan 9 je dulu ye. Percuma je…

Cikgu cuma harap anak-anak dapat praktikkan apa yang cikgu kongsikan hari ni.

Nanti, tag lah kawan-kawan yang masih belum hafal sifir tu ya.

Kalau nak tips-tips yang menarik dari cikgu lagi, komenlah “Saya Nak”. Kalau ramai yang komen, nanti cikgu kongsi tips lain pula.

Rabu, 1 November 2017

40 MINIT DAH SIAP? CEPATNYA!

40 MINIT DAH SIAP? CEPATNYA!





Sebelum cikgu pulang daripada rumah seorang pelajar ni, (bakal menduduki SPM tak lama lagi), cikgu ada berbual dengannya tentang prestasinya di sekolah.

Cikgu : “Hari tu ada Gerak Gempur kan? Matematik macam mana? Boleh buat tak?”
Pelajar : “Hmmm, cikgu nak tahu tak… biasanya, kalau saya jawab soalan matematik tak sampai 40 minit, saya dah berhenti…”
Cikgu : “40 minit dah siap? Cepatnya!”
Pelajar : “Eh, tak lah cikgu… banyak je soalan yang tak siap lagi, tapi sebab saya tak tahu buat, saya tidurlah.”
Cikgu : “Oooo, habis tu hari tu awak siapkan ke tak?”
Pelajar : “Tu la masalahnya, saya tak cukup masa nak siapkan cikgu…”
Cikgu : “Wah! kira okeylah tu… nampaknya ada harapan ni nak lulus.”
Pelajar : “Hehe, mak saya pun cakap macam tu cikgu.”

Gembira rasa hati ni bila melihat anak-anak gigih belajar demi masa depan mereka. Lagi-lagi pada waktu peperiksaan akhir tahun ni, semakin bersemangatlah mereka belajar.

Kita pun perlulah sentiasa memberi galakan & tunjuk ajar kepada mereka. Tunjukkan yang kita ni sebenarnya sayang dan ambil berat tentang mereka.

Semoga suatu hari nanti, mereka akan menjadi insan yang berguna pada keluarga, masyarakat & negara.

Siapa rasa nak dengar kisah-kisah tentang murid-murid cikgu lagi, sila komen “Saya Nak”.
Kalau dapat banyak sambutan, in shaa Allah cikgu kongsi lebih banyak cerita.