Rabu, 1 November 2017

40 MINIT DAH SIAP? CEPATNYA!

40 MINIT DAH SIAP? CEPATNYA!





Sebelum cikgu pulang daripada rumah seorang pelajar ni, (bakal menduduki SPM tak lama lagi), cikgu ada berbual dengannya tentang prestasinya di sekolah.

Cikgu : “Hari tu ada Gerak Gempur kan? Matematik macam mana? Boleh buat tak?”
Pelajar : “Hmmm, cikgu nak tahu tak… biasanya, kalau saya jawab soalan matematik tak sampai 40 minit, saya dah berhenti…”
Cikgu : “40 minit dah siap? Cepatnya!”
Pelajar : “Eh, tak lah cikgu… banyak je soalan yang tak siap lagi, tapi sebab saya tak tahu buat, saya tidurlah.”
Cikgu : “Oooo, habis tu hari tu awak siapkan ke tak?”
Pelajar : “Tu la masalahnya, saya tak cukup masa nak siapkan cikgu…”
Cikgu : “Wah! kira okeylah tu… nampaknya ada harapan ni nak lulus.”
Pelajar : “Hehe, mak saya pun cakap macam tu cikgu.”

Gembira rasa hati ni bila melihat anak-anak gigih belajar demi masa depan mereka. Lagi-lagi pada waktu peperiksaan akhir tahun ni, semakin bersemangatlah mereka belajar.

Kita pun perlulah sentiasa memberi galakan & tunjuk ajar kepada mereka. Tunjukkan yang kita ni sebenarnya sayang dan ambil berat tentang mereka.

Semoga suatu hari nanti, mereka akan menjadi insan yang berguna pada keluarga, masyarakat & negara.

Siapa rasa nak dengar kisah-kisah tentang murid-murid cikgu lagi, sila komen “Saya Nak”.
Kalau dapat banyak sambutan, in shaa Allah cikgu kongsi lebih banyak cerita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan