Rabu, 15 November 2017

SEMUDAH ITU JE NAK JAWAB SOALAN (KBAT)? BIAR BETUL!

SEMUDAH ITU JE NAK JAWAB SOALAN (KBAT)? BIAR BETUL!
==================================================




Situasi ini berlaku ketika cikgu sedang mengajar subjek BM di rumah pelajar.

Pelajar : “Alaa cikgu, saya paling tak suka nak jawab soalan (KBAT) ni. Susah sangat nak kena fikir sendiri. Kan lagi senang kalau cari saja jawapan dalam petikan, tak perlu nak fikir-fikir dah.”

Cikgu : “Jangan terlalu fikirkan sangat bahawa soalan (KBAT) ini adalah susah. Kita cuba buat dulu. Awak nak tahu tak, sebenarnya soalan (KBAT) ni lagi senang nak jawab dari cari jawapan dalam petikan.”

Pelajar : “Yeke cikgu? Saya rasa macam susah je.”

Cikgu : “Soalan (KBAT) ini adalah pandangan atau pendapat dari awak sendiri, selagi mana jawapan awak berkaitan dengan soalan yang ditanya, pemeriksa akan memberi markah kepada jawapan awak. Pemeriksa tidak boleh menolak markah sekiranya pendapat awak tadi boleh diterima logik akal dan berkaitan dengan soalan yang ditanya.”

Pelajar : “Oh ya? Kalau macam tu, saya boleh lah jawab mengikut apa saja yang ada dalam fikiran saya ya, cikgu?”

Cikgu : “Mestilah boleh. Macam cikgu cakap tadi, asalkan berkaitan dan boleh diterima logik akal. Insha Allah, jawapan awak akan diterima.”

Pelajar : “Semudah itu je nak jawab soalan (KBAT)? Biar betul!”

Cikgu : “Kalau tak percaya, cuba lah jawab satu soalan (KBAT) dulu. Kalau awak boleh jawab, awak kena percaya apa yang cikgu cakapkan tadi.” (sambil tersenyum)

Pelajar : (Mencari-cari soalan (KBAT) di dalam buku latihan).



Sebagai seorang guru, kita seharusnya menerapkan nilai-nilai positif dalam diri pelajar kita kerana sentiasa berfikiran positif dalam kehidupan akan membawa hasil yang positif juga.

Jadi, marilah kita mengajak anak-anak murid kita untuk sentiasa berfikiran positif walau sesusah mana pun sesuatu subjek atau soalan itu. Seperti yang diungkapkan oleh Willie Nelson “Once you replace negative thoughts with positive ones, you’ll start having positive results.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan