ILMU UMPAMA CAHAYA
=========================
Salam
semua!
Sedang buat apa tu? Dah
baca ke mutiara kata
hari ni?
Hari akan lebih indah jika dimulakan dengan rasa
syukur. Jadi, marilah sama-sama kita mensyukuri setiap nikmat pemberian
Allah selama kita hidup di muka bumi ini.
Alhamdulillah…
Beruntungnya kita kerana masih diberi kesempatan oleh
Allah Yang Maha Besar untuk sampai ke hari yang
penuh berkah ini. Jom kita gunakan peluang yang
ada untuk berdoa seketika, “Ya Allah, berilah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah kepada kami
petunjuk dalam urusan
kami. Amin.”
Jom SHARE untuk manfaat semua.
Suka baca mutiara kata
yang cikgu kongsikan hari ni, komen “ Saya Suka”, in
shaa
Allah cikgu post
setiap minggu kalau ramai yang
suka.
#AzzahraHomeTuition
#CreatingFutureTogether
#QualityAndFunLearning
#Tuition
#Selangor #KL
#Selayang #Kepong #SgBuloh #Rawang #Damansara
BELAJAR
DALAM KUMPULAN SALAH SATU KAEDAH BELAJAR YANG EFEKTIF.. BETUL
KE…..??
==========================================================================
Assalamualaikum
…
Apa Khabar semuanya sihat?
Harini cikgu nak kongsikan tentang cara belajar dalam kumpulan. 9
tips belajar berkumpulan tidak dinafikan bahawa belajar berkumpulan merupakan salah satu kaedah efektif selain belajar bersendirian. Ia membolehkan perkongsian matlamat dengan lebih pantas kerana komunikasi 2 hala dapat dijalankan dengan segera jika terdapat sebarang persoalan. Berbanding belajar secara individu, seseorang mungkin terpaksa mengambil masa yang
agak panjang jika soalan itu sukar dijawab.
Selain itu, belajar berkumpulan sangat sesuai dijalankan untuk mempercepatkan
proses pemahaman terhadap sesuatu pelajaran. Kesimpulannya, jika anda merasakan bahawa anda agak mengambil masa untuk memahami sesuatu subjek, maka jalan terbaik adalah dengan belajar berkumpulan.
Dibawah cikgu senaraikan 9
Tips Belajar Berkumpulan:
1. Pastikan saiz kumpulan tidak terlalu besar. Kumpulan terdiri daripada 3-5 ahli amat bersesuaian.
2.
Fokus
pada tajuk yang
ingin dibincangkan.
3. Elakkan terpesong daripada tajuk. Seseorang perlulah memainkan peranan sebagai ‘ketua’ untuk memastikan mereka sentiasa fokus pada perbincangan.
4. Baca
tajuk yang ingin dibincangkan terlebih dahulu walaupun anda tidak memahaminya. Sekurang-kurangnya anda mendapat gambaran keseluruhan mengenai tajuk tersebut.
5. Tentukan masa, tempat dan tarikh yang bersesuaian dengan ahli anda.
6. Bentangkan tajuk dengan
serius.
7. Buka sesi soal
jawab
selepas tamatnya pembentangan atau perbincangan.
8.
Elakkan
perasaan
kurang
senang
dengan ahli anda. Elakkan melibatkan masalah peribadi.
9. Saling memberi
dorongan
antara satu sama
lain. Dengan ini akan wujudnya semangat ingin melihat setiap ahli berjaya dalam kumpulan tersebut.
OK tak perkongsian cikgu hari ini? Gunalah ilmu yang
cikgu berikan ini untuk diri adik-adik dan semuanya.
JOM SHARE untuk
perkongsian ilmu dengan semua
ye
Macam mana best tak ilmu yang cikgu
kongsikan hari ini? Komenlah “BEST” banyak-banyak k. InsyAllah cikgu akan post
setiap minggu kalau ramai yang
suka.
#AzzahraHomeTuition
#CreatingFutureTogether
#QualityAndFunLearning
#Tuition
#Selangor #KL
#Selayang #Kepong #SgBuloh #Rawang #Damansara
KEHEBATAN
OTAK MANUSIA
==========================
Assalamualaikum semua… Apa khabar semua… Sihat ke?
Hari ini cikgu nak berkongsi ilmu dengan anda semua tentang otak manusia. Anda semua nak tahu apakah fungsi otak kanan dan otak kiri kita.
Mari cikgu terangkan tentang fungsi otak manusia kepada anda semua.
Otak kita terdiri daripada satu trilion sel otak dan diantaranya daripada 100 hingga 200 bilion sel otak aktif
(neuron). Selebihnya adalah sel-sel sokongan. Berita baiknya, menurut penyelidikan, jumlah sel otak manusia
normal seperti kita adalah tidak jauh berbeza dengan sel otak manusia genuis seperti
Albert Einstein. Dengan satu trilion jumlah sel otak manusia, jumlah ini tiada ertinya. Oleh itu, ada jaminan yang
setiap individu berpotensi menjadi
genius! Bahkan
Albert Einstein juga menyatakan yang
di dunia ini hanya ada dua perkara yang
tiada batasan, iaitu alam semesta dan otak manusia. Beliau mengatakan,
“Ada genius dalam diri kita semua”.
Otak kita secara
mental terbahagi kepada dua bahagian ataupun hemisfera , iaitu hemisfera kiri dan hemisfera kanan. Kedua-duanya mempunyai intensiti fungsi dan karakter yang
berbeza. Berikut adalah perbezaan karakter daripada kedua-dua belahan otak kita:
Perkara yang
berkait dengan aktiviti berbahasa, iaitu menulis, membaca, berkomunikasi, dan mendengar menggunakan otak kiri. Apabila kita mengira dan kita menggunakan otak kiri. Begitu juga apabila kita melakukan kerja-kerja penting dan membuat perincian dalam sesuatu perkara umum, pada awalnya kita juga menggunakan otak kiri. Memori dalam otak kiri adalah bersifat jangka pendek.
Begitu juga apabila kita menikmati pemandangan alam, lukisan dan muzik.
Kita masih menggunakan otak kanan. Apabila kita gembira, sedih, marah ataupun terharu, kita menggunakan otak kanan. Bahkan semasa berkhayal pun,
kita menggunakan otak kanan. Memori otak kanan adalah bersifat jangka panjang. Buktinya, kita mudah mengingat wajah
orang yang pernah kita temui berbanding mengingati namanya kerana nama adalah tulisan (bahasa),
yang bererti otak kiri yang
terlibat. Manakala, wajah
orang itu adalah ‘gambar’
yang difahami oleh otak kanan. Sama juga dengan pengalaman masa lalu yang
melibatkan banyak emosi, pasti lebih mudah dan jelas untuk kita mengingatinya.
Bagaimana ilmu yang
cikgu kongsikan? Anda semua dah faham kan bagaimana hebatnya otak kita berfungsi di hemisfera kiri dan juga di hemisfera kanan. Jadi......
Kita haruslah menjaga otak kita dengan baik dan menyeimbangkan dengan menggunakan kedua dua belah otak kita. Semoga memberi manfaat kepada anda semua.
Jangan lupa SHARE untuk perkongsian semua
Macam mana perkongsian ilmu yang
cikgu kongsikan hari ini? Komenlah
“BEST” banyak-banyak. In Shaa
Allah cikgu akan post
setiap minggu kalau ramai yang
suka.
#AzzahraHomeTuition
#CreatingFutureTogether
#QualityAndFunLearning
#Tuition
#Selangor #KL
#Selayang #Kepong #SgBuloh #Rawang #Damansara
9 MANFAAT
BELAJAR WAKTU PAGI
=============================
Assalamualaikum semua..
Hari ini cikgu akan berkongsi ilmu dengan anda semua tentang manfaat belajar di waktu pagi ok.Rata-rata,
kalau ditanya soalan cepu emas pada pelajar pada hari pengumuman peperiksaan besar seperti
UPSR, SPM ,STPM ,STAM dan
lain-lain, rahsia kejayaan mereka salah satunya adalah belajar atau mengulang kaji pada waktu pagi.
Mengapa mereka lebih gemar belajar pada waktu pagi? Perlu bersusah-payah bangun seawal pagi… sedangkan pada jam
4 atau 5 pagi itu,
orang lain sedang asyik tidur lena. Waktu malam pun boleh ulang kaji, tetapi mengapa mereka memilih untuk bangun awal dan belajar? Hmmmm … mesti ada sebabnya, kan? Sini cikgu nak kongsikan 9 manfaat belajar di waktu pagi.
1. Meningkatkan daya ingatan otak.
2.. Otak lebih mudah untuk bertindak balas dalam belajar.
3. Meningkatkan keupayaan berfikir.
4.. Meningkatkan daya konsentrasi.
Oh.. Patutlah pelajar cemerlang ni gemar bangun awal. Rupa – rupanya belajar pada awal pagi dapat meningkatkan daya ingatan. Yelah ….. Mana taknya. Pagi heningkan sunyi-sepi. Dingin je
rasa. Tiada gangguan. Adik-adik kecil pun tak ganggu, jadi lebih mudah untuk belajarkan. Manfaat belajar awal pagi ini juga menjadikan otak lebih mudah bertindak balas dalam belajar. Jadi, mudahlah untuk menghafal dan mngingat fakta. Daya konsentrasi pun jadi lebih meningkat.
Ada lagi...
5 -
Pelajaran akan lebih mudah difahami.
6 -
Pelajaran akan mudah diingat.
7 -
Pengembangan pola berfikir akan lebih meningkat.
8 -
Mengembangkan pola inisiatif kita.
9
- Mengembangkan pola berfikir
dengan cepat.
Selain itu, pengembangan pola berfikir akan meningkat dan lebih cepat. Sebab
itulah kamu akan lebih mudah memahami dan mengingati pelajaran. Jadi, tak perlu
tunggu lagi. Jom tukar masa belajar kita. Tentu ibu bapa dan guru terkejut
dengan pencapaian kamu nanti!
JOM LIKE & SHARE untuk
perkongsian ilmu dengan semua ye
Macam mana best tak ilmu yang cikgu kongsikan hari
ini? Komenlah “BEST” banyak-banyak k. InsyAllah cikgu akan post setiap minggu
kalau ramai yang
suka.
#AzzahraHomeTuition
#CreatingFutureTogether
#QualityAndFunLearning
#Tuition
#Selangor #KL
#Selayang #Kepong #SgBuloh #Rawang #Damansara