Khamis, 15 Mac 2018

KELEBIHAN MENUNTUT ILMU


KELEBIHAN MENUNTUT ILMU
==========================

Assalamualaikum semua....

Hari ini cikgu nak berkongsi ilmu tentang kelebihan menuntut ilmu. Menuntut ilmu adalah merupakan satu ibadah sekiranya ia bertepatan dengan suruhan agama. Sering kali kita tahu bahawa wahyu pertama diturunkan kepada junjungan besar kita Rasullulah s.a.w ialah berkenaan menuntut ilmu iaitu membaca. Firman Allah S.W.T dalam Surah Al- Alaq ayat 1-5 bermaksud: Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia daripada segumpal darah, bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah. Yang mengajar dengan pena (tulis). Mengajarkan manusia apa yang belum diketahuinya.

Menuntut ilmu adalah merupakan satu amalan yang sangat mulia, sebagaimana sadba Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Menuntut ilmu adalah menjadi wajib ke atas setiap orang Islam.” Selaras dengan pepatah arab : "Tuntutlah ilmu walaupun hingga ke negeri China.” Justeru itu sebagai galakan kepada semua, cikgu akan kongsikan secara ringkas tentang kelebihan menuntut ilmu:

1. Orang yang menuntut ilmu akan dipermudahkan jalan untuk masuk ke syurga.
2. Orang yang menuntut ilmu sentiasa dipayungi malaikat rahmat dan ketenangan jiwa.
3. Allah mengampunkan segala dosa orang yang menuntut ilmu iaitu dosa kecil adapun dosa besar tetapi mestilah bertaubat terlebih dahulu.
4. Allah S.W.T, malaikat serta tumbuh-tumbuhan dan semua makhluk di langit dan di bumi berselawat (yakni berdoa kebaikan) kepada semua penuntut ilmu.

Jadi… Marilah menjadi orang yang mulia disisi Allah S.W.T dengan menuntut ilmu sebanyak yang boleh. Sememangnya ia akan memberi banyak kebaikan dan manfaat kepada kita semua.

Jangan lupa klik SHARE untuk perkongsian semua.

Macam mana perkongsian ilmu cikgu hari ini? Best tak..?? Komenlah “BEST” banyak-banyak. InsyaAllah cikgu akan post setiap minggu kalau ramai yang suka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan