Azzahra Training and Consultancy (AzzahraOnlineTuition) 201503102170(00242690-D) Untuk hubungi: 016 - 507 7857 Waktu Operasi: Isnin - Selasa: 8.30 am - 10.00 pm Rabu - Jumaat : 12.00 pm - 10.00 pm Sabtu - Ahad : 8.30 am - 5.50 pm
Khamis, 22 Mac 2018
KEHEBATAN OTAK MANUSIA
KEHEBATAN OTAK MANUSIA
==========================
Assalamualaikum semua… Apa khabar semua… Sihat ke?
Hari ini cikgu nak berkongsi ilmu dengan anda semua tentang otak manusia. Anda semua nak tahu apakah fungsi otak kanan dan otak kiri kita. Mari cikgu terangkan tentang fungsi otak manusia kepada anda semua.
Otak kita terdiri daripada satu trilion sel otak dan diantaranya daripada 100 hingga 200 bilion sel otak aktif (neuron). Selebihnya adalah sel-sel sokongan. Berita baiknya, menurut penyelidikan, jumlah sel otak manusia normal seperti kita adalah tidak jauh berbeza dengan sel otak manusia genuis seperti Albert Einstein. Dengan satu trilion jumlah sel otak manusia, jumlah ini tiada ertinya. Oleh itu, ada jaminan yang setiap individu berpotensi menjadi genius! Bahkan Albert Einstein juga menyatakan yang di dunia ini hanya ada dua perkara yang tiada batasan, iaitu alam semesta dan otak manusia. Beliau mengatakan, “Ada genius dalam diri kita semua”.
Otak kita secara mental terbahagi kepada dua bahagian ataupun hemisfera , iaitu hemisfera kiri dan hemisfera kanan. Kedua-duanya mempunyai intensiti fungsi dan karakter yang berbeza. Berikut adalah perbezaan karakter daripada kedua-dua belahan otak kita:
Perkara yang berkait dengan aktiviti berbahasa, iaitu menulis, membaca, berkomunikasi, dan mendengar menggunakan otak kiri. Apabila kita mengira dan kita menggunakan otak kiri. Begitu juga apabila kita melakukan kerja-kerja penting dan membuat perincian dalam sesuatu perkara umum, pada awalnya kita juga menggunakan otak kiri. Memori dalam otak kiri adalah bersifat jangka pendek.
Begitu juga apabila kita menikmati pemandangan alam, lukisan dan muzik. Kita masih menggunakan otak kanan. Apabila kita gembira, sedih, marah ataupun terharu, kita menggunakan otak kanan. Bahkan semasa berkhayal pun, kita menggunakan otak kanan. Memori otak kanan adalah bersifat jangka panjang. Buktinya, kita mudah mengingat wajah orang yang pernah kita temui berbanding mengingati namanya kerana nama adalah tulisan (bahasa), yang bererti otak kiri yang terlibat. Manakala, wajah orang itu adalah ‘gambar’ yang difahami oleh otak kanan. Sama juga dengan pengalaman masa lalu yang melibatkan banyak emosi, pasti lebih mudah dan jelas untuk kita mengingatinya.
Bagaimana ilmu yang cikgu kongsikan? Anda semua dah faham kan bagaimana hebatnya otak kita berfungsi di hemisfera kiri dan juga di hemisfera kanan. Jadi...... Kita haruslah menjaga otak kita dengan baik dan menyeimbangkan dengan menggunakan kedua dua belah otak kita. Semoga memberi manfaat kepada anda semua.
Jangan lupa SHARE untuk perkongsian semua
Macam mana perkongsian ilmu yang cikgu kongsikan hari ini? Komenlah “BEST” banyak-banyak. In Shaa Allah cikgu akan post setiap minggu kalau ramai yang suka.
#AzzahraHomeTuition
#CreatingFutureTogether
#QualityAndFunLearning
#Tuition
#Selangor #KL
#Selayang #Kepong #SgBuloh #Rawang #Damansara
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan