Azzahra Training and Consultancy (AzzahraOnlineTuition) 201503102170(00242690-D) Untuk hubungi: 016 - 507 7857 Waktu Operasi: Isnin - Selasa: 8.30 am - 10.00 pm Rabu - Jumaat : 12.00 pm - 10.00 pm Sabtu - Ahad : 8.30 am - 5.50 pm
Khamis, 7 Jun 2018
TIPS UNTUK BAHAGIA DARI PROF MUHAYA
Tips Bahagia dari Prof Muhaya :
===========================
Assalamualaikum, Apa khabar semua… Sihat??
Hari ini cikgu nak kongsikan tips yang cikgu dapat daripada buku tulisan Prof Muhaya, “Bahagia dan Membahagiakan”.
Rupa-rupanya, mudah je nak rasa bahagia .
Pertama, kita perlu sentiasa memaafkan diri sendiri dan orang lain. Buang jauh-jauh perasaan marah dan dendam. Sebenarnya, orang yang selalu pendam perasaan negatif ni akan mengeluarkan peluh yang rendah PH. Itu tandanya badan kita banyak asid, jadi, bila hati kita tak gembira, badan pun jadi tidak sihat.
Kedua, elakkan berfikiran negatif sebab itu salah satu ciri orang yang gagal. Cuba kita renung kisah Syed Qutb semasa beliau dipenjarakan. Beliau tetap rasa gembira kerana dapat beribadat dan berkarya tanpa sebarang gangguan. Jadi, cubalah untuk melihat sesuatu perkara itu dari sudut yang positif, okey!
Tips ketiga pula, sebagai insan biasa, kita tidak akan terlepas daripada membuat kesilapan. Orang yang baik perilakunya, sekali dia melakukan sesuatu yang tidak baik, orang di sekeliling akan ingat dan mengecamnya. Tapi, Allah Maha Pengampun dan penghargaan Allah lah yang paling utama. Jadi, kita perlu risau dan takut apa orang kata.
Dan tips terakhir, setiap orang Allah telah tetapkan takdir masing-masing. Cuba untuk ikhlaskan diri, terima apa yang terjadi. Setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmahnya. Ingat ye, Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba- hambanya. Bahagia itu tak perlu dicari, ia akan hadir dalam hidup kita, di saat kita mendekatkan diri dengan Allah. Buang yang keruh, ambil yang jernih.
Jom KLIK LIKE & SHARE untuk manfaat semua ye
Macam mana best perkongsian cikgu hari ini? Komenlah “BEST” banyak-banyak. In Sya Allah cikgu akan post setiap minggu kalau ramai yang suka dengan perkongsian cikgu.
#AzzahraHomeTuition
#CreatingFutureTogether
#QualityAndFunLearning
#Tuition
#Selangor #KL
#Selayang #Kepong #SgBuloh #Rawang #Damansara
APA ITU KATA ADVERBA CIKGU?!
APA ITU KATA ADVERB CIKGU?!
============================
Assalamualaikum, Apa khabar semua… Sihat??
Hari ini cikgu nak berkongsi ilmu dengan anda semua. Tajuk yang cikgu akan kongsikan minggu ini ialah berkenaan Kata Adverba.
Apa itu kata Adverb?
Kata Adverb merujuk kepada perkataan yang merangkum kata kerja, kata adjektif, kata nama dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat. Jadi, penggunaan kata adverb boleh melengkapkan lagi susunan ayat yang
kita bina. Contoh kata
adverb adalah selalu, esok, sentiasa dan seringkali. Berdasarkan contoh tersebut,
kata adverba lebih merujuk kepada masa. Contoh ayat,
Jamal selalu berbincang hal itu bersamanya ayahnya.
Manakala contoh ayat bagi perkataan ‘seringkali’ adalah seperti,
“Walaupun Pak
Mat sudah berusia lanjut , dia seringkali pergi ke
masjid.
Kata Adverb juga boleh terbentuk kepada empat bentuk. Misalnya, kata adverb jati, kata adverb asalnya kata kerja, kata adverb yang asalnya kata adjektif dan kata adverb bentuk gandaan. Bagi keempat-empat bentuk tersebut cikgu akan terangkan dengan lebih terperinci pada perkongsian yang akan datang.
Jom KLIK LIKE & SHARE untuk perkongsian semua.
Macam mana dengan perkongsian cikgu, BEST? Komenlah “BEST” banyak-banyak. Insya
Allah cikgu akan post setiap minggu kalau ramai yang
suka dengan perkongsian cikgu.
#AzzahraHomeTuition
#CreatingFutureTogether
#QualityAndFunLearning
#Tuition
#Selangor #KL
#Selayang #Kepong #SgBuloh #Rawang #Damansara
#CreatingFutureTogether
#QualityAndFunLearning
#Tuition
#Selangor #KL
#Selayang #Kepong #SgBuloh #Rawang #Damansara
Langgan:
Ulasan (Atom)

