Khamis, 7 Jun 2018

TIPS UNTUK BAHAGIA DARI PROF MUHAYA



Tips Bahagia dari Prof Muhaya :
===========================

Assalamualaikum, Apa khabar semuaSihat??

Hari ini cikgu nak kongsikan tips yang cikgu dapat daripada buku tulisan Prof Muhaya, “Bahagia dan Membahagiakan”.

Rupa-rupanya, mudah je nak rasa bahagia .

Pertama, kita perlu sentiasa memaafkan diri sendiri dan orang lain. Buang jauh-jauh perasaan marah dan dendam. Sebenarnya, orang yang selalu pendam perasaan negatif ni akan mengeluarkan peluh yang rendah PH. Itu tandanya badan kita banyak asid, jadi, bila hati kita tak gembira, badan pun jadi tidak sihat.

Kedua, elakkan berfikiran negatif sebab itu salah satu ciri orang yang gagal. Cuba kita renung kisah Syed Qutb semasa beliau dipenjarakan. Beliau tetap rasa gembira kerana dapat beribadat dan berkarya tanpa sebarang gangguan. Jadi, cubalah untuk melihat sesuatu perkara itu dari sudut yang positif, okey!

Tips ketiga pula, sebagai insan biasa, kita tidak akan terlepas daripada membuat kesilapan. Orang yang baik perilakunya, sekali dia melakukan sesuatu yang tidak baik, orang di sekeliling akan ingat dan mengecamnya. Tapi, Allah Maha Pengampun dan penghargaan Allah lah yang paling utama. Jadi, kita perlu risau dan takut apa orang kata.

Dan tips terakhir, setiap orang Allah telah tetapkan takdir masing-masing. Cuba untuk ikhlaskan diri, terima apa yang terjadi. Setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmahnya. Ingat ye, Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba- hambanya. Bahagia itu tak perlu dicari, ia akan hadir dalam hidup kita, di saat kita mendekatkan diri dengan Allah. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Jom KLIK LIKE & SHARE untuk manfaat semua ye

Macam mana best perkongsian cikgu hari ini? Komenlah “BEST” banyak-banyak. In Sya Allah cikgu akan post setiap minggu kalau ramai yang suka dengan perkongsian cikgu.

#AzzahraHomeTuition
#CreatingFutureTogether
#QualityAndFunLearning
#Tuition
#Selangor #KL
#Selayang #Kepong #SgBuloh #Rawang #Damansara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan