Khamis, 7 Jun 2018

APA ITU KATA ADVERBA CIKGU?!




APA ITU KATA ADVERB CIKGU?!
============================

Assalamualaikum, Apa khabar semuaSihat??

Hari ini cikgu nak berkongsi ilmu dengan anda semua. Tajuk yang cikgu akan kongsikan minggu ini ialah berkenaan Kata Adverba.

Apa itu kata Adverb?

Kata Adverb merujuk kepada perkataan yang merangkum kata kerja, kata adjektif, kata nama dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat. Jadi, penggunaan kata adverb boleh melengkapkan lagi susunan ayat yang kita bina. Contoh kata adverb adalah selalu, esok, sentiasa dan seringkali. Berdasarkan contoh tersebut, kata adverba lebih merujuk kepada masa. Contoh ayat, Jamal selalu berbincang hal itu bersamanya ayahnya.

Manakala contoh ayat bagi perkataanseringkaliadalah seperti,  Walaupun Pak Mat sudah berusia lanjut , dia seringkali pergi ke masjid.

Kata Adverb juga boleh terbentuk kepada empat bentuk. Misalnya, kata adverb jati, kata adverb asalnya kata kerja, kata adverb yang asalnya kata adjektif dan kata adverb bentuk gandaan. Bagi keempat-empat bentuk tersebut cikgu akan terangkan dengan lebih terperinci pada perkongsian yang akan datang.

Jom KLIK LIKE & SHARE untuk perkongsian semua.

Macam mana dengan perkongsian cikgu, BEST? Komenlah “BEST” banyak-banyak. Insya Allah cikgu akan post setiap minggu kalau ramai yang suka dengan perkongsian cikgu.


#AzzahraHomeTuition
#CreatingFutureTogether
#QualityAndFunLearning
#Tuition
#Selangor #KL
#Selayang #Kepong #SgBuloh #Rawang #Damansara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan