Azzahra Training and Consultancy (AzzahraOnlineTuition) 201503102170(00242690-D) Untuk hubungi: 016 - 507 7857 Waktu Operasi: Isnin - Selasa: 8.30 am - 10.00 pm Rabu - Jumaat : 12.00 pm - 10.00 pm Sabtu - Ahad : 8.30 am - 5.50 pm
Rabu, 25 November 2020
PROMOSI KELAS PERSEDIAAN 2021
Sabtu, 7 November 2020
Pelajar Cemerlang SPM 2019, Cik Shaqereen Binti Ramlan
Setinggi-tinggi tahniah kami ucapkan kepada saudari Shaqereen Binti Ramlan yang merupakan Pelajar Cemerlang bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 dengan keputusan 8A.
Alhamdulillah.. atas berkat usaha dan keputusan yang cemerlang, beliau kini menuntut di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Kampus Gambang dalam jurusan Asasi Architecture Environmental Design.
Antara tips rahsia yang beliau amalkan sepanjang pembelajaran adalah sentiasa utamakan Solat 5 waktu, menjalankan tanggungjawab sebagai anak kepada kedua ibu bapa, sering bertanya soalan yang sukar/tidak faham kepada guru dan mengulangkaji pelajaran di awal waktu.
Kami di Azzahra Home Tuition sentiasa mendoakan saudari Shaqereen semoga terus maju jaya dalam mencapai cita-citanya.
Sekali lagi, kami ucapkan Tahniah! saudari Shaqereen.
Guru hanya memberi tunjuk ajar dan mendidik para pelajar namun, pelajar yang menentukan perjalanan mereka sama ada berjaya atau gagal. Pelajar kami sudah membuktikan kejayaan beliau.
Semoga anak Tuan dan Puan turut berjaya seperti Pelajar Cemerlang kami ini.😊❤️#KitaJagaKita
#AzzahraHT
#AzzahraHomeTuition
#onlinetuition
#tuition
#CreatingFutureTogether
#QualityAndFunLearning
#HomeTuition
#TuitionCentre
Promosi Kelas Jom Ulangkaji Bersama Cikgu
Pening kepala sebab peperiksaan akhir tahun anak-anak dah dekat dan tiba-tiba PKPB di laksanakan lagi di beberapa negeri di negara kita?
Pasti pening...sebelum ini anak-anak dah ketinggalan dah sebab tak dapat nak pergi belajar di sekolah kerana sekolah tutup.… tiba-tiba PKPB lagi… dan yang paling risaunya, dalam sedar tak sedar, kita dah hampir berada di hujung tahun.. Mesti akan ada peperiksaan akhir tahun tak lama lagi…
Nak ajar sendiri tak ada masa? Sebab penat dengan pekerjaan & kerja rumah... Kalau ajar anak sendiri pula… tak mahir sangat dengan silibus terbaru sekolah anak-anak… lebih baik serahkan kepada yang lebih mahir kan?
Tak boleh jadi ni cikgu saya perlu buat sesuatu untuk anak saya ni cikgu, Ini untuk masa depan mereka cikgu..
Itu antara isu yang sering kami terima daripada ibubapa yang sering risau mengenai prestasi pendidikan anak-anak mereka semasa sesi konsultasi. Kepada yang memerlukan sesi konsultasi dari kami, anda boleh hubungi kami dengan kadar segera.Jangan risau sesi konsultasi kami adalah PERCUMA.
Memandangkan peperiksaan akhir tahun yang bakal berlangsung tak lama lagi, cikgu nak bantu ramai pelajar untuk sama-sama sertai Jom Ulangkaji Bersama Cikgu…
Sangat-sangat istimewa yang kami bawakan kali ini.. Sebab harganya sangat-sangatlah rendah dan mampu milik.. Kalau kita ajak rakan-rakan anak kita lagi la murah.. Mesti mereka seronok dapat belajar bersama-sama kawan, jiran atau saudara mara mereka.
Bagi yang pertama kali mengenali kami, Azzahra Home Tuition telah berjaya membantu ramai pelajar untuk mempertingkatkan keputusan mereka daripada lemah kepada cemerlang.
Perkhidmatan kami merangkumi kelas tuisyen untuk pelajar-pelajar sekolah rendah & menengah. Alhamdulillah ramai ibubapa berpuas hati dengan keputusan pelajar-pelajar kami dan mereka telah mendapat keputusan yang diimpikan dalam peperiksaan seperti UPSR, 6A dan SPM, 8A serta macam-macam lagi cerita kejayaan yang telah kami dapat daripada ibubapa pelajar-pelajar kami.
Semoga selepas ini menjadi giliran kejayaan untuk anak anda pula. In sha Allah sama-sama kita usaha ya.
Klik link di bawah untuk melihat dengan lebih banyak testimoni yang telah kami terima.
https://www.facebook.com/AzzahraHomeTuitionKLSelangor/posts/3362728283842300
Untuk program Jom Ulangkaji bersama cikgu ni, pelajar-pelajar akan didedahkan dengan teknik-teknik menjawab soalan sebenar dengan cara yang betul dalam menjawab soalan supaya mereka dapat markah yang tinggi setiap kali peperiksaan berlangsung. Program ini akan dijalankan oleh tenaga pengajar kami yang terlatih.
“100% Kejayaan itu hadirnya daripada 80% persediaan.” jadi Jom kita membuat persediaan dengan lebih awal.
JOM DAFTAR SEKARANG… Tempat adalah terhad..
Sebarang persoalan tuan/ puan boleh hubungi no di bawah;



