Sabtu, 7 November 2020

Pelajar Cemerlang SPM 2019, Cik Shaqereen Binti Ramlan




Setinggi-tinggi tahniah kami ucapkan kepada saudari Shaqereen Binti Ramlan yang merupakan Pelajar Cemerlang bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 dengan keputusan 8A. 

Alhamdulillah.. atas berkat usaha dan keputusan yang cemerlang, beliau kini menuntut di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Kampus Gambang dalam jurusan Asasi Architecture Environmental Design.

 

Antara tips rahsia yang beliau amalkan sepanjang pembelajaran adalah sentiasa utamakan Solat 5 waktu, menjalankan tanggungjawab sebagai anak kepada kedua ibu bapa, sering bertanya soalan yang sukar/tidak faham kepada guru dan mengulangkaji pelajaran di awal waktu.

 

Kami di Azzahra Home Tuition sentiasa mendoakan saudari Shaqereen semoga terus maju jaya dalam mencapai cita-citanya.

Sekali lagi, kami ucapkan Tahniah! saudari Shaqereen.

 

Guru hanya memberi tunjuk ajar dan mendidik para pelajar namun, pelajar yang menentukan perjalanan mereka sama ada berjaya atau gagal. Pelajar kami sudah membuktikan kejayaan beliau.
Semoga anak Tuan dan Puan turut berjaya seperti Pelajar Cemerlang kami ini.😊❤️

#KitaJagaKita
#AzzahraHT
#AzzahraHomeTuition
#onlinetuition
#tuition
#CreatingFutureTogether
#QualityAndFunLearning
#HomeTuition
#TuitionCentre


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan