CIKGU SAYA MENYESAL LA...
========================
“Cikgu saya menyesal la.. berhentikan anak saya dari tuisyen cikgu untuk ke tempat lain. Sebelum ni.. keputusan anak saya elok sahaja bila tuisyen dengan cikgu tapi saya tersalah buat keputusan la cikgu... Saya menyesal cikgu… Sekarang ni keputusan anak saya dah tak elok cikgu...” itulah ayat yang pihak kami terima selepas keputusan peperiksaan besar salah seorang bekas anak pelanggan kami yang secara kebetulan kami terjumpa di tepi lif di sebuah kawasan perumahan. Kami tidak terkata apa-apa. Tetapi pada kami soal belajar adalah soal masa depan anak-anak kita. Adakah anak-anak kita mampu berdikari satu hari nanti tanpa kita? Mereka adalah bakal pemimpin negara kita satu hari nanti. Bagaimana dengan persediaan yang telah kita lakukan untuk anak-anak kita. Bersediakah mereka?
Masa? Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Adakah kita tergolong di dalam kategori orang-orang yang rugi. Masa itu sangat bernilai… Masa itu tidak dapat dibeli & masa itu juga tidak dapat diulangi. Jadi kita kena sentiasa manfaatkan masa anak-anak kita dengan perkara-perkara yang boleh memajukan mereka. Sedang anak kita leka bermain tanpa belajar di musim Covid-19, anak orang lain terus majukan diri dengan belajar & mencari alternatif lain untuk belajar.
Bersempena Cuti Sekolah Disember 2020 (Kelas Persediaan 2021), pihak Azzahra Home Tuition ingin memberi diskaun hebat sehingga 30% kepada para pelajar yang ingin manfaatkan cuti sekolah ini. Tawaran ini adalah bermula dari bulan Disember 2020 sehingga Februari 2021 & terhad kepada kekosongan slot sahaja.
Tujuan kelas tambahan ini diadakan adalah untuk membantu anak-anak meningkatkan lagi kefahaman pembelajaran mereka di sekolah sehingga mampu mendapat A dalam setiap kali mendapat keputusan peperiksaan di sekolah.
Jadi jangan berlengah lagi, jom kita ramai-ramai sertai Program Cuti Sekolah Disember ini (Kelas Persediaan 2021).
Apa yang anak-anak anda akan dapat?
1) Dapat belajar dengan tenaga pengajar kami yang telah berjaya melahirkan ramai pelajar-pelajar yang berjaya sehingga mendapat 6A UPSR & 8A SPM dan macam-macam lagi.
2) Kelas akan dijalankan secara ‘Online’ atau atas talian agar selamat daripada jangkitan Covid-19. 95% pelanggan kami berpuas hati dengan kelas online yang telah kami jalankan. Mereka berpendapat kelas online adalah selamat serta dapat menjimatkan masa & kos.
3) Modul-modul terkini mengikut silibus daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.
4) Pegawai khidmat pelanggan kami yang mesra akan membuat 'follow up' sekiranya tuan/ puan terlupa kelas atau ingin membuat perubahan kelas.
5) Laporan bulanan untuk tuan/puan mengetahui perkembangan kefahaman pendidikan anak-anak tuan/ puan.
Di bawah merupakan testimoni yang kami peroleh daripada pihak ibu bapa pelajar kami ;
-Puan Sheera-
Kejayaan seorang pelajar adalah hasil dorongan daripada ibu bapa dan guru. Kedudukan Adrian dalam kelas daripada nombor 17 melompat ke nombor 9 sehingga membolehkan Adrian memperoleh 3A 2B dalam Peperiksaan Akhir Tahun merupakan satu peningkatan maksimum yang mampu dilakukan olehnya. Terima kasih kepada semua guru di Azzahra yang sudi membantu Adrian dalam kejayannya.
-Ibu Amel & Feera-
Perubahan result secara drastik daripada hanya C dan E ke 5A dan 1B merupakan perubahan maksimum yang tidak dapat dijangka. Apa yang lebih mengejutkan, result 5A 1B itu membolehkan Amel masuk ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di mana impian semua ibu bapa terhadap anaknya. Usaha yang diberikan oleh cikgu-cikgu di Azzahra Tuisyen secara 'one to one session' sangat membantu lebih-lebih lagi dengan adanya konsultasi selepas kelas sangat memberi keyakinan kepada anak saya untuk terus berusaha dalam pembelajarannya. Terima kasih cikgu.
-Ibu Najihah-
Bagi keputusan peperiksaan Percubaan UPSR, Najihah berjaya memperoleh markah 78% untuk subjek Bahasa Inggeris. Yang lebih mengejutkan keputusan subjek Matematik yang dahulunya E kini menjadi A. Peperiksaan percubaan UPSR sangat penting untuk Najihah mengetahui tahap pemahamannya terhadap sesuatu subjek. Terima kasih cikgu atas usaha keras cikgu membantu Najihah dalam pembelajarannya.
Sebarang persoalan tuan/ puan boleh terus menghubungi pegawai kami atau klik link di bawah.
ATAU

Tiada ulasan:
Catat Ulasan