Isnin, 8 April 2024

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2024

 


Hari Raya Aidilfitri merupakan hari kemenangan, kegembiraan dan kesyukuran kepada Allah SWT bagi umat Islam kerana telah memberikan kekuatan kepada umat-Nya dalam menjalani ibadah berpuasa iaitu menahan diri daripada lapar dan dahaga atau perkara-perkara yang membatalkan puasa yang berjalan selama sebulan.
Kita merayakan kembali kebebasan yang lama dinanti, dapat beraya dua tahun berturut-turut selepas kita berjaya melalui saat sukar bersama Covid-19. Inilah saat yang istimewa untuk kita menyambut kembali kebahagiaan dan kebebasan bersama keluarga yang kita sayangi.
Mari kita bersama-sama mengucap syukur kepada Allah SWT kerana dapat kembali merayakan kebebasan ini, sambil memastikan Malaysia terus berada dalam keadaan selamat dan makmur.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, semoga kita semua terus bersatu dalam kebahagiaan dan keamanan.
Selamat menyambut hari kemenangan!"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan