🌟 TAHNIAH KEPADA CIK ISHA ILIANA BINTI SABRI! 🌟
============================================
Penerima Bonus Prestasi Emas Februari 2025 daripada Azzahra Home Tuition!
Kejayaan ini bukan datang sekelip mata. Ia lahir daripada prinsip kukuh yang Cik Isha pegang sepanjang perjalanan sebagai Perunding Pendidikan:
💡 Tanggungjawab:
Cik Isha percaya bahawa amanah ini bukan sekadar tugas, tetapi satu usaha ikhlas untuk menyedarkan masyarakat bahawa menuntut ilmu adalah keperluan hidup. Tanpa ilmu, kehidupan akan menjadi gelap tanpa arah. Sebab itulah setiap sesi konsultansi diberi sepenuh perhatian dan kasih sayang.
🤝 Kejujuran:
Dalam setiap konsultansi dengan ibu bapa, kejujuran menjadi asas utama. Cik Isha sentiasa telus dalam berbincang, kerana beliau faham hanya dengan kepercayaan, barulah ibu bapa yakin untuk berkongsi masalah anak-anak mereka. Ini membuka ruang untuk beliau membantu ibu bapa pelajar dengan strategi yang paling berkesan.
⏰ Pengurusan Masa:
Walaupun bergelar pelajar sepenuh masa di universiti, Cik Isha cekal membahagikan masa antara belajar dan tugas sebagai perunding pendidikan. Beliau memilih jalan ini dengan sedar, kerana baginya pendidikan anak-anak bangsa perlu diberi keutamaan walau sesibuk mana sekalipun.
✨ Dedikasi, keikhlasan dan semangat tinggi inilah yang membawa Cik Isha ke tahap ini.
Semoga terus berjaya dan menjadi inspirasi kepada ramai lagi perunding pendidikan di luar sana!
%20(1)%20-%20Made%20with%20PosterMyWall.jpg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan