ANAK SUDAH MASUK TAHUN 3 TAPI MASIH BELUM BOLEH MEMBACA DAN MENGIRA.. APATAH LAGI JIKA MASUK TAHUN 6 TAPI MASIH TIDAK BOLEH MEMBACA???
Ibu-ibu semak faktor dibawah, mungkin ada perkara yang ibu-ibu terlepas pandang

1. Faktor Kemahiran Asas yang Belum Kukuh

Tak kuasai fonik / bunyi huruf – Anak mungkin kenal huruf tapi tak dapat gabung bunyi jadi perkataan.

Kurang kosa kata asas – Bila jumpa perkataan baru, mereka cepat buntu.

Masalah ingatan kerja (working memory) – Susah ingat dan proses maklumat serentak.

2. Faktor Persekitaran & Pendedahan

Kurang latihan membaca di rumah – Bahan bacaan tak mencukupi atau tiada masa bersama ibu bapa.

Tiada rutin membaca sejak prasekolah – Kemahiran membaca memerlukan pengulangan konsisten.

Bahasa rumah berbeza dengan bahasa pembelajaran – Contoh, di rumah guna dialek atau bahasa lain.

3. Faktor Emosi & Motivasi

Rasa rendah diri / trauma – Mungkin pernah diejek di sekolah, jadi takut mencuba.

Kurang minat membaca – Tak nampak keseronokan dalam buku sebab tiada bahan yang menarik minatnya.

Tekanan pembelajaran terlalu cepat – Anak rasa terkejar-kejar, jadi putus asa.

4. Faktor Perkembangan & Kesihatan

Disleksia – Gangguan pembelajaran yang membuatkan anak sukar memproses tulisan walaupun IQ normal.

Masalah penglihatan atau pendengaran – Anak tak dapat melihat huruf jelas atau dengar sebutan betul.

Masalah pertuturan atau bahasa – Kelewatan bercakap awal mempengaruhi kebolehan membaca.

Jika ibu-ibu perlukan bantuan team Azzahra Online Tuition untuk membantu, klik link dibawah untuk kami bantu
Berminat untuk join team Azzahra Online Tuition?
Pen. Pentadbir? Tutor? Perunding Pendidikan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan