“Berapa lama lagi kita nak biarkan diri terperangkap dalam kitaran hidup yang sama – cukup makan, cukup pakai, tapi tak pernah melangkah lebih jauh?”
Ramai remaja hari ini leka dengan hiburan, trend media sosial, dan gaya hidup sementara yang tak bawa ke mana.
Sedangkan hakikatnya, dunia luar sedang bergerak laju.
Yang bijak mencari ilmu dan tingkatkan pendidikan, mereka semakin jauh ke hadapan.
Pendidikan bukan sekadar dapatkan sijil.
Ia adalah tiket untuk keluar daripada kitaran ekonomi yang menghimpit.
Ia adalah jalan untuk bina sahsiah diri yang lebih teguh.
Ia juga pegangan hidup yang beri arah tuju jelas.
Kalau ibu bapa kita dulu mungkin terbatas dalam memberi peluang pendidikan terbaik, dek kerana kehidupan yang serba kekurangan dan kekangan dalam mendapatkan ilmu yang terbaik, jangan kita ulang kesilapan sama dengan memberi alasan yang sama sedangkan kita hidup di zaman teknologi yang boleh dikatakan semua orang mampu mendapat ilmu yang baik mempunyai telefon pintar dan capaian internet.
Kalau kita tak upgrade diri hari ini, bagaimana pula generasi kita akan datang?
Adakah mereka masih akan terperangkap dalam kitaran hidup yang sama – hidup sekadar cukup, tanpa arah dan tanpa kekuatan?
Bangkitlah.
Gunakan pendidikan sebagai jalan untuk ubah hidup, buka pintu rezeki dan bawa maruah keluarga ke tempat yang lebih tinggi.
Jangan leka, kerana dikala kita sedang seronok menghabiskan masa yang banyak dengan hiburan, trend media sosial, dan gaya hidup sementara yang tak bawa ke mana, ada sekumpulan yang lain sedang berkorban masa, wang ringgit dan tenaga untuk memajukan diri dan keluarga.
Cikgu Solehah: wassap.my/60125421825/BLOG25SEP9a
Cikgu Raihana: wassap.my/60108787040/BLOG25SEP9a
Cikgu Supiyah: wassap.my/60165077857/BLOG25SEP9a
Cikgu Nur: wassap.my/60165970517/BLOG25SEP9a
Cikgu Aina: wassap.my/60133474733/BLOG25SEP9a
#PendidikanUbahHidup #AnakMelayuBangkit #IlmuItuCahaya #MasaDepanDenganIlmu #JanganLekaRemaja #UpgradeDiriDenganIlmu #KitaranHidup
%20(1).jpg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan