Ahad, 1 Februari 2026

🌟 BILA DIDIKAN BETUL, HASILNYA LUAR BIASA 🌟


🌟 BILA DIDIKAN BETUL, HASILNYA LUAR BIASA 🌟
Setiap ibu bapa pasti pernah terdetik di hati…
“Cukupkah usaha saya sebagai ibu? Menjadi kah anak saya nanti?”
Disember 2025 menjadi saksi.
Seorang anak muda berusia 16 tahun dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Azzahra Online Tuition.
Namanya — Muhammad Haris Adam bin Arif Sarjana.
Namun kejayaan ini bukan kisah kebetulan.
Ia adalah kisah didikan, disiplin dan doa yang tidak pernah putus.
🌱 *Di rumah, seorang ibu menanam prinsip hidup sejak awal:
* Selalu baca buku.πŸ“–
* Jangan sekali-kali tinggal solat.πŸ•Œ
* Jaga tingkah laku, jadilah anak yang soleh.🀍
Pesanan yang diulang saban hari.
Bukan untuk mengejar nombor,
tetapi untuk membina manusia beradab dan berakhlak.
πŸ“š Di bilik belajar pula, Haris Adam berpegang pada prinsipnya sendiri:
✔️ Fokus sepenuhnya ketika cikgu mengajar
✔️ Tidak malu bertanya apabila tidak faham
✔️ Belajar secara study smart, bukan sekadar menghafal
Inilah yang menjadikan ilmunya hidup, bukan sekadar lulus peperiksaan.
πŸ‘©‍🏫 Menurut Cikgu Dayana, guru Matematik yang mengajar Haris:
“Haris seorang pelajar yang sangat berusaha dan komited. Haris konsisten fokus dalam kelas, bersungguh-sungguh untuk belajar dan ada inisiatif mencuba latihan secara kendiri selepas bimbingan.”
“Dari segi sikap dan adab, Haris sangat menjaga etika. Dia sentiasa meminta izin sebelum melakukan sesuatu, memberi kerjasama yang sangat baik dan mendengar arahan tutor.”
“Haris juga proaktif bertanya jika tidak pasti, sentiasa cuba menyelesaikan soalan sendiri dan kerap meminta latihan tambahan berbanding teruskan ke topik lain.”
“Setiap teguran dan bimbingan diterima dengan sangat positif, menunjukkan kesediaan untuk memperbaiki diri dan peningkatan kefahaman yang ketara.”
✨ *Inilah contoh pelajar yang bukan sahaja pandai, tetapi beradab. Bukan sahaja rajin, tetapi tahu menghormati guru.
Sebagai pelajar, Haris Adam membuktikan bahawa
πŸ‘‰ apabila solat dijaga, adab dipelihara dan ilmu dicari dengan betul — kejayaan akan menyusul.
πŸ’› Buat para ibu bapa di luar sana…
Teruskan menasihati walau anak kelihatan sudah faham.
Teruskan mendoakan walau anak tidak selalu menunjukkan hasil.
Kerana mungkin,
hari ini anak kita masih belajar
dan suatu hari nanti
namanya pula akan disebut sebagai pelajar terbaik.
🌟 Tahniah Muhammad Haris Adam!
Semoga terus melangkah jauh, berilmu, beriman dan berakhlak mulia.
πŸ‘‰ DM kami sekarang untuk info kelas tuisyen Azzahra.
Berminat untuk sertai team kami?
Bagi jawatan Tutor, Perunding Pendidikan atau Pentadbiran (Full time/ Part time)
Klik link di bawah….
Pegawai Sumber Manusia:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan