"Jadual Anak Tahun 6 Terlalu Padat… Perlukah Saya Kurangkan Aktiviti Dia?"
Beberapa hari lepas, seorang ayah kepada pelajar PKSK Azzahra Online Tuition menghubungi saya.
Nada suaranya jelas menunjukkan kebimbangan.
"Teacher, jadual anak saya tahun 6 ni sangat padat. Sekolah, kerja sekolah, kelas tambahan, persediaan PKSK… Saya takut dia penat. Saya sendiri jadi serba salah. Perlu tak saya kurangkan kelas?"
Saya faham perasaan seorang ayah.
Kadang-kadang, yang lebih risau sebenarnya bukan anak… tetapi ibu ayah.
Namun, saya tidak terus memberi jawapan.
Saya cadangkan kepada beliau:
"Tuan cuba luangkan masa berbual dengan anak. Bercerita, berbual dari hati ke hati. Jangan terus buat keputusan berdasarkan sangkaan kita. Dengar sendiri apa yang anak rasa. Even tho, anak tidak membuat keputusan tetapi memberi sedikit ruang untuk anak meluahkan apa yang dia rasa dan mendengar dengan teliti adalah satu cara untuk kita memberitahu anak yang kita sebenarnya care tentang mereka dan dari situ kita tahu keadaan anak. Sedikit sebanyak bila kita membuat keputusan, kita akan consider apa yang anak sedang anak hadapi. Tuan lebih memahami anak tuan. body language dia merupakan signal penting untuk kita tahu keadaan anak sendiri"
Tidak dilupakan juga untuk menerangkan secara detail tentang perkara-perkara yang anak tidak jelas. contoh; jika anak cakap penat. fahamkan dulu definisi penat di side anak. kemudian baru kita terangkan pula definisi sebenar tentang penat
Alhamdulillah, selepas mereka berbual, rupanya jawapan yang kami dapat sangat mengejutkan.
Anaknya sebenarnya OK.
Dia gembira dengan jadualnya. Dia tahu apa yang dia sedang usahakan. Dia mahu bersedia untuk PKSK dan dia tidak rasa terbeban seperti yang ayahnya sangkakan.
Di situ saya tersedar…
Kadang-kadang, ibu ayah terlalu banyak berfikir sehingga terlupa untuk mendengar.
Bukan semua anak yang jadualnya padat sedang tertekan.
Ada anak yang sanggup berkorban masa bermain kerana mereka mempunyai impian yang besar.
Sebagai ibu ayah, tugas kita bukan hanya mengurangkan cabaran mereka.
Tetapi menjadi penyokong, pendengar dan tempat mereka kembali apabila penat.
Kalau anak masih tersenyum, masih bersemangat dan masih mahu terus berusaha…
Jangan biarkan overthinking kita memadam semangat mereka.
Mungkin yang anak perlukan bukan jadual yang lebih kosong…
Tetapi ibu ayah yang sentiasa percaya dan menyokong mereka. 
%20(3).jpg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan