Selasa, 18 Ogos 2026


Umur baru 15 tahun, tapi dah mula belajar subjek Tingkatan 5!
Tapi sebenarnya, bukan itu yang buat kami paling kagum.
Yang buat kami kagum ialah…
anak ini sendiri yang minta ibunya carikan tuisyen. 🤭
Kami terima PM daripada seorang ibu, Puan Zila.
Anak beliau merupakan pelajar di Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM — sebuah program khas untuk pelajar yang mempunyai kebolehan intelektual dan bakat yang tinggi.
Untuk terpilih ke program ini pun, pelajar perlu melalui beberapa saringan dan ujian. Pembelajaran pula lebih advanced dan mencabar, mengikut tahap kebolehan mereka.
Jadi bila cuti sekolah bermula, saya ingatkan biasalah kalau ibu yang carikan kelas untuk anak.
Rupanya… anak yang minta. 😂
“Mama, carikan tuition online Add Maths & Physics.”
Kemudian Puan Zila beritahu kami:
“Umur dia baru 15, cikgu. Tapi tahun ni dah mula belajar subjek Tingkatan 5 sebab tahun depan dah kena ambil SPM.”
MasyaAllah. 🥹
Sepanjang cuti sekolah, kami susunkan 8 sesi kelas Add Maths & Physics secara online untuknya.
Bila sekolah dibuka nanti, sekurang-kurangnya dia sudah mempunyai asas dan lebih bersedia untuk mengikuti pembelajaran di dalam kelas.
Dan kalau dah faham dulu…
bolehlah pula tolong kawan-kawan sekelas yang belum faham. 🤭
Yang paling menggembirakan, setiap kali kelas selesai, Puan Zila akan mesej kami untuk berkongsi feedback.
Alhamdulillah, anaknya seronok belajar dengan cikgu-cikgu Azzahra. ❤️
Malah, Puan Zila pernah cakap:
“Seronok tengok muka dia bila dapat faham topik baru.”
Alhamdulillah. 🥹❤️
Bila anak sendiri sudah ada rasa ingin belajar, tugas kita adalah menyediakan ruang, bimbingan dan guru yang sesuai untuk mereka berkembang.


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan