”Susahnya nak jumpa cikgu yang betul-betul sabar ajar anak saya…” 🥲
Ayat seorang ibu dari Abu Dhabi ini masih saya ingat sampai sekarang.
Beliau hubungi kami kerana sedang mencari kelas mengaji sepenuhnya dalam English untuk anaknya.
Anaknya sudah kenal huruf, tetapi mempunyai isu speech delay. Untuk menyebut satu perkataan dengan lancar pun kadang-kadang mengambil masa yang lama.
Sudah beberapa orang cikgu dicuba, tetapi akhirnya tidak dapat meneruskan kerana anak ini memerlukan kesabaran dan pendekatan yang sangat berbeza.
Jadi saya cadangkan, ”Kita buat trial class dulu.”
Untuk kes seperti ini, kami tidak mahu terus memaksa ibu bapa daftar. Kami perlu lihat dahulu bagaimana penerimaan anak semasa kelas dan sama ada ustazah sesuai dengan cara pembelajarannya.
Alhamdulillah… trial class berjalan dengan lancar. 🥰
Ibu tersebut bukan sahaja lega, malah terus membuat keputusan untuk meneruskan kelas dan membayar 3 bulan sekaligus. 🤍
Kadang-kadang anak bukan tak mahu belajar.
Mereka cuma perlukan cikgu yang sanggup sabar, memahami cara mereka belajar dan tidak mudah berputus asa.
Untuk ibu ayah yang sedang mencari kelas untuk anak dengan keperluan khas, jangan takut untuk cuba. Boleh mulakan dengan trial class dulu bersama Azzahra ☺️
#azzahraonlinetuition #tuisyenterbaik #tuisyenonline

Tiada ulasan:
Catat Ulasan