Azzahra Training and Consultancy (AzzahraOnlineTuition) 201503102170(00242690-D) Untuk hubungi: 016 - 507 7857 Waktu Operasi: Isnin - Selasa: 8.30 am - 10.00 pm Rabu - Jumaat : 12.00 pm - 10.00 pm Sabtu - Ahad : 8.30 am - 5.50 pm
Selasa, 29 Mei 2018
JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK KELAS PECUTAN UPSR YANG AKAN DIADAKAN BERMULA BULAN JUN SEHINGGA SEPTEMBER
KELAS PECUTAN UPSR 2018
===================
UPSR SEMAKIN HAMPIR ?
❤ Anak masih belum bersedia menghadapi peperiksaan ?
❤ Masih banyak subjek & bab yang belum anak kuasai ?
❤ Tertekan dan risau anak bakal menduduki peperiksaan ?
JANGAN RISAU...
Azzahra Home Tuition kini kembali lagi dengan menyediakan kelas pecutan UPSR 2018 di mana ini adalah antara rahsia kejayaan pelajar-pelajar kami yang telah berjaya pada peperiksaan upsr yang lepas.
Kelas pecutan bertujuan untuk membantu anak-anak lebih bersedia dan berkeyakinan tinggi untuk menghadapi peperiksaan upsr yang bakal diduduki oleh mereka.
Dengan tenaga pengajar yang profesional dan berpengalaman dalam bidang akademik, anak anda akan dibimbing secara praktikal untuk mempersiapkan diri untuk cemerlang dalam peperiksaan.
Fokus kepada teknik-teknik menjawab soalan-soalan upsr dengan cara betul & tepat agar pelajar mendapat markah penuh dalam peperiksaan nanti.
BONUS
======
1. PERCUMA Soalan-soalan upsr berformat baru.
2. Tips Belajar secara EFEKTIF di saat akhir.
3. Tips di Dewan Peperiksaan.
APA TUNGGU LAGI ???
Jangan lepaskan peluang keemasan ini...
WHATSAPP/ HUBUNGI SEGERA UNTUK MENDAFTAR
Cikgu Solehah : 012-542 1825
TERHAD KEPADA 8 ORANG PELAJAR SAHAJA.
Pelaburan bijak... demi masa depan anak
anda..
#AzzahraHomeTuition
#QualityAndFunLearning
#CreatingFutureTogether
#Selayang
Rabu, 16 Mei 2018
SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA
BULAN RAMADHAN SUDAH MENJELANG
=================================
Ramadhan adalah bulan dimana kita membuktikan wujud cinta, pada setiap kesempatan yang berlipat-lipat. Kebajikan adalah cinta, berbagi adalah cinta, mengatur hidup untuk lebih bijak adalah cinta. Ramadhan, saatnya kita mewujudkan makna cinta kita kepada Tuhan dan sesama manusia.
Kita telah melewati hari bersama berdasarkan perasaan cinta kepada-Nya, semoga kita dipertemukan dalam jalinan ukhuwah di surga-Nya kelak.
Aamiin.
============================
Pucuk selasih bertunas menjulang,
Dahannya patah tolong betulkan,
Puasa Ramadhan kembali menjelang,
Salah dan khilaf mohon dimaafkan.
============================
Nafas adalah tasbih, tidur menjadi ibadah, setiap amal akan berlipat ganda dan diterima, doa akan dijanjikan bagi mereka yang secara tulus berpuasa dan rajin membaca Al-Qur'an pada Ramadan.
Marhaban ya Ramadhan, maaf lahir dan batin.
Selamat menjalankan ibadah puasa.
Sekian, Dari Pihak Pengurusan Azzahra Home Tuition
😊
SELAMAT HARI GURU (16 MEI 2018)
-- - -- - -- - -- - -- - -- - --
Nakalnya kami memang sangat dikenali
Lari-lari panjat almari
semua budak pun kami buli
kerja sekolah semua kami tak peduli
Lari-lari panjat almari
semua budak pun kami buli
kerja sekolah semua kami tak peduli
Tapi bila hadirnya cikgu
Duduk diam tak bersuara, tak berlagu,
Tak jemu-jemu kongsikan ilmu
Itulah memori yang sangat kami rindu
Duduk diam tak bersuara, tak berlagu,
Tak jemu-jemu kongsikan ilmu
Itulah memori yang sangat kami rindu
-- - -- - -- - -- - -- - -- - --
Buat semua guru yang pernah kami ambil ilmu dari kalian, terima kasih yang tidak terhingga. Moga hidup kalian sentiasa dirahmati-Nya. Semoga 'amal' kita semua bernilai di sisi-Nya.
Jadilah seorang guru yang hadirnya diTUNGGU, hilang diRINDU, ilmunya diBURU, nasihatnya diSERU, tingkahlakunya diTIRU... SELAMAT HARI GURU.
Selamat Hari Guru buat semua para pendidik...Guru Pemacu Transformasi Pendidikan.... Terima kasih sekali lagi yang tak terhingga kepada bekas guru-guru kami... Khidmat baktimu, jasamu dan ilmu yang kau titipkan kepada kami akan kami manfaatkan demi kebaikan semua...
Sekian, Dari Azzahra Home Tuition
😊
Jumaat, 6 April 2018
VERB ADA PECAHAN LAGI KE CIKGU??
VERB ADA PECAHAN LAGI KE CIKGU……????
====================================
Assalamualaikum semua…?
Apa khabar….???
Sihat…????
Dalam post yang lalu kita telah belajar berkenaan rumus “verb”. Jadi hari ini cikgu nak anda mengenali “verb” lebih mendalam . “Verb” kita boleh pecahkan kepada dua kumpulan UTAMA. Pertama “regular verb” dan seterusnya adalah “irregular verb”.
Apakah “regular verb” dan “irregular verb”???? Regular verb merupakan kata kerja yang menerima tambahan ‘ed’ atau ‘d’ seperti rajah di atas. Maksudnya, perubahan tenses ke atas kata kerja hanyalah berlaku dengan pertambahan ‘ed’ atau ‘d’.
“Irregular verb” pula merujuk kepada kata kerja yang mengalami perubahan secara menyeluruh. Misalnya, eat (bentuk present) bertukar menjadi ate (bentuk past).
Sekian perkongsian cikgu untuk minggu ini. Bagi tajuk “Auxiliary verb”, kita akan pelajari pada posting yang akan datang ok…. Semoga memberi manfaat kepada anda semua…..
Jangan lupa KLIK LIKE & SHARE untuk perkongsian semua.
Macam mana best perkongsian cikgu hari ini??? Komenlah “BEST” banyak-banyak. In Shaa Allah cikgu akan post setiap minggu kalau ramai yang suka.
Rabu, 4 April 2018
KELIRULAH… SINGULAR ADA ‘S’ KE TAK ADA, PLURAL PLAK MACAM MANA??
KELIRULAH… SINGULAR ADA ‘S’ KE TAK ADA, PLURAL PLAK MACAM MANA??
==============================================================
==============================================================
Assalamualaikum semua… Apa khabar semua… Sihat ke?
Bagi post kali ini cikgu akan berkongsi ilmu tentang ‘verb’. Mesti anda semua keliru kan.. ? Singular ni ada ‘s’ ke tak Plural pulak macam mana? Jangan risau cikgu akan ajar anda semua macam mana nak mudah ingat tentang ‘verb’.
Verb merupakan kata kerja yang mempunyai fungsi yang penting dalam ayat. Jadi, apa itu Singular dan Plural ye??
Haaaa… tahu tak? Ok… cikgu terangkan. Singular merujuk perkara atau benda atau manusia atau haiwan yang mempunyai bilangan “SATU”. Plural pula merujuk perkara atau benda atau manusia atau haiwan yang mempunyai bilangan lebih dari “SATU”.
Jadi, bagi mengelakkan kesilapan tatabahasa semasa membina ayat, pelajar boleh menghafal dan memahami rumus di atas. Cikgu harap ia berkesan kepada anda semua… Semoga Berjaya!!!!!
Jom SHARE untuk perkongsian semua.
Best tak ilmu yang cikgu bagi hari ini? Komenlah “BEST” banyak-banyak. In Shaa Allah cikgu akan post lagi minggu depan ye.
AJARILAH ANAK-ANAK TENTANG ISLAM
AJARILAH ANAK-ANAK TENTANG ISLAM
==================================
==================================
Salam semua!
Sedang buat apa tu? Dah baca ke mutiara kata hari ni?
Hari akan lebih indah jika dimulakan dengan rasa syukur. Jadi, marilah sama-sama kita mensyukuri setiap nikmat pemberian Allah selama kita hidup di muka bumi ini. Alhamdulillah…
Beruntungnya kita kerana masih diberi kesempatan oleh Allah Yang Maha Besar untuk sampai ke hari yang penuh berkah ini. Jom kita gunakan peluang yang ada untuk berdoa seketika, “Ya Allah, berilah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah kepada kami petunjuk dalam urusan kami. Amin.”
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Didiklah anak-anak kamu atas tiga perkara: Cinta kepada Nabi kamu, cinta kepada kaum keluarganya serta membaca Al-Quran, sesungguhnya para pembaca Al-Quran itu berada di bawah naungan Arasy Allah pada hari tiada naungan melainkan naunganNya bersama-sama para NabiNya dan hamba-hambanya yang terpilih.(Hadith Riwayat Dailami dari Sayyidina Ali KRMWJH)
1) Cinta kepada nabi
Rasulullah saw sangat menyayangi umatnya.
At-Taubah [128] Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.
Baginda telah mengorbankan dua ekor kibas yang besar salah satunya untuk dirinya dan yang satu lagi untuk umatnya. Kita juga sepatutnya melakukan korban untuk Nabi.
Bahawasanya Nabi berkorban dua ekor kibas kedua-duanya berwarna putih bercampur hitam. Seekor untuk diriNya s.a.w dan seekor lagi untuk umatNya yang mengaku KeEsaan Allah ta’ala ( yang beriman) dan menyaksikan (mengaku) KeRasulanNya”.
2) Cinta kepada keluarga Baginda
Sayangilah zuriat keturunan Rasulullah saw daripada isteri-isterinya, keturunan Baginda daripada cucunya Sayyidina Hassan dan Sayyidina Hussin, anak kepada Siti Fatimah r.a. dan Sayyidina Ali KRMWJH dan sahabat-sahabatnya yang dianggap seperti keluarganya sendiri seperti Abdullah Bin Masud.
3) Membaca quran
Buatlah program harian untuk membaca al-Quran.
Abdullah bin Mas’ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab ALLAH TAALA maka untuknya diberi satu ‘hasanah’ (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata (’Alif, lam, mim) sebagai satu huruf tetapi (alif) adalah satu huruf, (lam) adalah satu huruf dan (mim) adalah satu huruf.”
Dari Al Barra bin Azib RA, “ Ada seorang membaca surat Al Kahfi sedang tidak jauh dari tempatnya, ada kuda yang terikat dengan tali kanan kiri, tiba-tiba orang itu diliputi oleh cahaya yang selalu mendekat kepadanya, sedang kuda itu lari ketakutan. Dan pada pagi hari ia datang memberi tahu kejadian itu kepada nabi SAW, maka bersabda nabi SAW, ”Itulah ketenangan (rahmat) yang telah turun untuk bacaan Al-Qur’an itu.”(HR Bukhori dan Muslim).
Jom SHARE untuk manfaat semua.
Suka baca mutiara kata yang cikgu kongsikan hari ni, komen “ Saya Suka”, in shaa Allah cikgu post setiap minggu kalau ramai yang suka.
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN BERTUTUR PT3 2018
Azzahra Home Tuition mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Bertutur PT3 2018. Good luck!....
Jom sama-sama kita tadah tangan, berdoa, memohon pada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
“Ya Allah,berikanlah ketenangan kepada semua pelajar yang menduduki peperiksaan bertutur PT3 2018. Berikanlah kekuatan kepada mereka dalam usaha menjawab soalan dengan baik dan menepati kehendak soalan. Berikanlah KEJAYAAN yang CEMERLANG kepada mereka. Semoga mereka sentiasa berada dalam kalangan orang-orang yang beriman kepadaMu. Amin.”
Cikgu yakin kamu semua boleh buat yang terbaik. Kalau ada usaha, in shaa Allah pasti ada kejayaan.
Ingat, USAHA, DOA dan TAWAKAL..
Semoga Berjaya!
Tag kawan-kawan dan anak-anak anda yang sedang menduduki peperiksaan.
Dan klik LIKE & SHARE untuk perkongsian semua.
Langgan:
Catatan (Atom)






