Azzahra Training and Consultancy (AzzahraOnlineTuition) 201503102170(00242690-D) Untuk hubungi: 016 - 507 7857 Waktu Operasi: Isnin - Selasa: 8.30 am - 10.00 pm Rabu - Jumaat : 12.00 pm - 10.00 pm Sabtu - Ahad : 8.30 am - 5.50 pm
Rabu, 13 Oktober 2021
LEARNING POINT TERBAIK
Rabu, 6 Oktober 2021
TUTOR TERBAIK OGOS 2021
Isnin, 4 Oktober 2021
KELAS PERCUMA
Perlukan Guru Yang Boleh Memberikan Perhatian Yang Lebih Kepada Anak Anda?
===============================================================
- Tuisyen PERCUMA Kumpulan Kecil (3-5 pelajar).
- Khas untuk pelajar sekolah Rendah dan Menengah.
PKP 3.0 terjadi lagi? Sudah lama anak-anak tertinggal dalam pelajaran? Tidak tahu apa yang harus dilakukan?
Jangan risau ibu bapa sekalian…
Azzahra Home Tuition (AzzahraHT) nak membantu semua ibu bapa yang mempunyai anak-anak di sekolah rendah dan menengah dengan menyertai kelas tuisyen berkumpulan kecil secara percuma. Kelas ini dijalankan secara dalam talian (menggunakan aplikasi Zoom) agar kita semua dapat terhindar daripada jangkitan Covid-19.
Menariknya, kelas ini dijalankan di dalam kumpulan yang lebih kecil iaitu 3 hingga 5 pelajar sahaja. Ini adalah kerana guru-guru dapat memberikan perhatian yang lebih kepada anak-anak anda. Selain itu, ia juga memudahkan anak-anak anda bertanya kepada guru sekiranya mereka tidak faham dengan apa yang dipelajari oleh mereka.
Alhamdulillah AzzahraHT mendapat banyak maklum balas yang positif daripada ramai ibu bapa yang telah mengambil perkhidmatan daripada kami. Daripada pencapaian yang biasa-biasa sehingga pencapaian anak-anak mereka meningkat menjadi A pada setiap kali peperiksaan. Ada juga pelajar yang telah lama bersama AzzahraHT yang bermula daripada sekolah rendah Tahun 4 sehingga sekarang berada di Tingkatan 5 dan daripada seorang sehingga semua adik beradik menyertai kelas AzzahraHT.
Inshaa-Allah usaha yang berterusan daripada pihak ibu bapa, guru-guru serta pelajar akan membuahkan hasil suatu hari nanti. Yang penting kita mestilah sentiasa konsisten dalam memastikan anak-anak kita untuk sentiasa belajar agar tidak ketinggalan di dalam pelajaran demi masa depan mereka.
Jom cepat-cepat mendaftar... Tempat adalah terhad..
Sebarang persoalan boleh hubungi nombor di bawah:
wassap.my/60165077857/kpbk_blog
Atau
wassap.my/60125421825/kpbk_blog
Atau
wassap.my/60133474733/kpbk_blog
Sabtu, 18 September 2021
MEMBUKA PELUANG KEPADA SAYA UNTUK BERTANYA
Isnin, 13 September 2021
SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA KE-58
SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA KE-58
======================================
Hai dan Assalamualaikum semua… Okay untuk kelas hari ini cikgu nak buat kuiz bersempena dengan Hari Malaysia yang bakal tiba tidak lama lagi.
Cikgu Luqman: Untuk soalan yang pertama, Tun Abdul Razak adalah Perdana Menteri Malaysia yang keberapa?
Cikgu Luqman: Siapa nak jawab soalan cikgu, sila klik unmute dan cakap saya.
Hareez: Cikgu, saya nak jawab.
Cikgu Luqman: Baiklah Hareez, apa jawapan dia?
Hareez: Tun Abdul Razak merupakan Perdana Menteri Malaysia yang kedua.
Cikgu Luqman: Bagus, betul Hareez. Okay cikgu nak jelaskan siapa beliau, beliau merupakan Bapa Pembangunan Malaysia kerana kejayaannya dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971 yang bertujuan untuk mengatasi masalah dalam ekonomi dan sosial dikalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Cikgu Luqman: Soalan yang seterusnya ialah apakah gelaran untuk Bendera Malaysia?
Cikgu Luqman: Baik, sekarang cikgu nak Najwa berikan jawapan.
Najwa: Alamak cikgu, saya terlupa.
Cikgu Luqman: Baik tak apa kita cuba tanya cikgu admin pula, cikgu apakah gelaran untuk Bendera Malaysia ya? (Cikgu Luqman menyapa staf admin yang bertugas untuk memantau kelas)
Cikgu Admin: Hmmmm, saya rasa gelaran dia Jalur Gemilang. Betul ke cikgu?
Cikgu Luqman: Bagus, itulah gelaran Bendera Malaysia. Untuk pengetahuan semua, Bendera Malaysia ada 14 jalur yang melambangkan 13 buah negeri dan 1 wilayah persekutuan.
Cikgu Luqman: Soalan seterusnya, apakah maksud Negara Komanwel.
Cikgu Luqman: Izzati boleh cikgu tahu apa jawapan dia?
Izzati: Baik jawapan dia adalah Negara Merdeka yang pernah berada di bawah jajahan British.
Cikgu Luqman: Baik, bagus Izzati. Baik Najwa, cikgu bagi soalan paling senang untuk awak.
Cikgu Luqman: Apakah bunga kebangsaan Malaysia?
Najwa: Cikgu cikgu, saya tahu jawapan dia. Bunga Raya betul tak?
Cikgu Luqman: Hah bagus, pandai betul semua anak murid cikgu. Bagus bagus.
Itu sahaja soalan untuk hari ini, tamatlah sudah kelas kita pada hari ini. Cikgu harap dengan ilmu yang kita dapat tadi bermanfaat kepada semua. Cikgu nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan.
Terima kasih semua.
Berminat untuk sertai kelas tuisyen kami, boleh hubungi nombor di bawah;
Atau
Atau
















