Selasa, 26 September 2023

Salam Maulidur Rasul 1445 Hijrah

 


Matahari yang Sentiasa Terang Sinarnya
==========================
Salam Maulidur Rasul 1445 Hijrah
Bersempena dengan hari kelahiran baginda Rasulullah S.A.W, marilah kita perbanyakkan selawat dan bersatu hati pada sunnah junjungan Nabi Muhammad SAW sebagai tanda cinta kita terhadap baginda.
“Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah-sunnahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun”
(Hadis Riwayat Ibnu Majah:209)
Antara sunnah utama baginda rasul adalah ketika menempuh perjalanan untuk menuntut ilmu.
Keindahan ilmu itu lebih menyerlah dengan adab. Ulama telah mengatakan bahawasanya “al-Adab qabla al-Tolab” yang bermaksud dahului adab, baru menuntut. Ini jelas menunjukkan bahawa pentingnya menjaga adab dalam menuntut ilmu.
Berikut merupakan 10 adab ketika menuntut ilmu;
1. Niat yang ikhlas
2. Bersungguh-sungguh
3. Menjauhi maksiat
4. Berdoa
5. Berwuduk
6. Rendah diri
7. Selidik atau semak semula ilmu
8. Hafal ilmu
9. Mengamalkan ilmu
10. Mengajarkan ilmu
Demikianlah 10 adab ketika menuntut ilmu. Menurut hadis Riwayat Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah, al-Baihaqi dan Ibnu Hibban;
Sekalian nabi tidaklah mewariskan wang dinar mahupun dirham (harta), melainkan ilmu. Maka sesiapa yang mengambilnya, dia telah mendapatkan keberuntungan besar.
Sebagai rumusan, marilah kita bersama-sama berusaha sedaya upaya membetulkan niat dan mengikhlaskan diri kita hanya kerana Allah SWT dalam melakukan sebarang amalan khususnya dalam bab menuntut ilmu supaya pada akhirnya kita mampu memperoleh redha Allah SWT di dunia mahupun di akhirat. Santunilah Ilmu Sehebat Rasulullah SAW dan jadilah manusia yang mampu memberi sinar kepada khalayak seperti pelita yang menyinari gelap dan contohilah kemenjadian modal insan seperti Rasulullah yang sentiasa memberi kebaikan kepada umat manusia umpama matahari yang sentiasa terang sinarnya.

Ingin kami bantu pendidikan anak anda, klik link di bawah….


Cikgu Solehah: wassap.my/60125421825/AZHTBLOG-MaulidurRasul2023


Cikgu Raihana: wassap.my/60108787040/AZHTBLOG-MaulidurRasul2023


Cikgu Intan: wassap.my/60193932635/AZHTBLOG-MaulidurRasul2023

Khamis, 10 Ogos 2023

TUTOR TERBAIK JULAI 2023

 


Syabas dan Tahniah kepada Cikgu Khairun Nisa atas pencapaian perkhidmatan cemerlang yang sudah diberikan.
Terima kasih kerana telah memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar Azzahra Home Tuition untuk membentuk masa depan yang terbaik.
Semoga segala usaha baik cikgu dibalas dengan kebaikan di dunia dan di akhirat. Amiin.

Rabu, 19 Julai 2023

SELAMAT TAHUN BARU ISLAM (AWAL MUHARRAM 2023)

 

Senyatanya, erti hijrah itu tidaklah terbatas hanya kepada kata ‘berpindah’ semata-mata. Sebaliknya, ia membawa erti yang cukup indah, kerana hijrah membawa erti meninggalkan, berpaling, memutus dan menahan diri daripada melakukan perkara buruk atas dasar untuk taqorrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

Pesan Rasullulah S.A.W, hijrah itu adalah sebagai medium tekad (niat) yang teguh bagi umat manusia untuk Allah dan rasul atau sebaliknya. Dalam erti kata lain, makna hijrah adalah amat bergantung kepada niat.  

Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Umar bin al-Khattab berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda;

“Perbuatan-perbuatan itu hanyalah dengan niat dan bagi setiap orang hanyalah menurut apa yang diniatkan. Kerana itu, siapa yang hijrahnya itu kepada kerelaan Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya ialah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan barang siapa hijrahnya untuk memperoleh keduniaan atau wanita yang bakal dikawininya, maka hijrahnya itu ialah kepada apa yang telah dihijrahi”

Oleh itu, dikesempatan ini bersempena Awal Muharram 1445 hijrah pihak Azzahra Home Tuition ingin mengajak para pembaca untuk membenarkan serta memahami makna bait-bait hadis tersebut untuk sama-sama kita mengubah suai niat hijrah kita agar kita sentiasa berada di landasan yang betul sebagaimana yang telah ditegaskan dalam hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Umar bin al-Khattab di atas, Hijrah yang benar adalah yang didasarkan atas niat yang benar kerana Allah. 

Melihat kenyataan bahawa, kata hijrah dengan segala bentuk kata jadiannya, telah digunakan sebanyak 31 kali dalam Al-Qur’an, tentunya ia bukanlah hanya satu kebetulan.

Maka, hijrahlah dengan niat yang baik dan iringilah ia juga dengan perbuatan yang baik agar hijrah kita benar-benar memberi impak yang bermanfaat baik di dunia, mahupun di akhirat kelak.

Ingin kami bantu pendidikan anak anda, klik link di bawah….


Cikgu Solehah: wassap.my/60125421825/AZHBLOG-TahunBaruIslam2023


Cikgu Raihana: wassap.my/60108787040/AZHTBLOG-TahunBaruIslam2023