Sabtu, 16 Mac 2024

UMPAMA SEBUAH KELUARGA



 

UMPAMA SEBUAH KELUARGA
=========================
Tahniah kepada Cik Raihana daripada Azzahra Home Tuition kerana berjaya menjadi Perunding Pendidikan Terbaik 2023 dan menjadi penerima bonus kepimpinan Januari 2024! Prestasi ini adalah hasil daripada dedikasi dan komitmen anda dalam melaksanakan prinsip-prinsip yang sangat penting dalam perkhidmatan pendidikan.
Anda telah menunjukkan rasa tanggungjawab yang baik dengan menganggap anak-anak pelanggan anda sebagai ahli keluarga sendiri. Sikap ini memberi keyakinan kepada pelanggan bahawa pendidikan anak-anak mereka berada di tangan yang selamat dan boleh dipercayai.
Prinsip kedua anda, iaitu sentiasa berusaha untuk melangkaui jangkaan pelanggan dengan mendengar dan mengenali masalah mereka, serta memberi konsultasi pendidikan secara percuma, adalah tindakan yang sangat dihargai. Ini menunjukkan bahawa anda seorang yang mengambil berat dan mengutamakan pelanggan.
Terakhir sekali, usaha anda dalam meningkatkan kepakaran diri untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan sentiasa berkualiti tinggi adalah contoh yang baik untuk diikuti. Dengan terus berusaha untuk memperbaiki diri, pihak syarikat percaya bahawa pelanggan anda sentiasa berpuas hati dengan perkhidmatan yang anda berikan.
Teruskan usaha anda dalam membawa perubahan positif dalam industri pendidikan dan terus berikan yang terbaik kepada pelanggan anda. Again, congratulations on your leadership bonus and all the best for your future endeavours!
Ingin kami bantu pendidikan anak anda, klik link di bawah….



Berminat untuk sertai team kami sebagai:

  1. Admin sepenuh masa/ separuh masa & latihan industri (admin/ pelatih latihan industri perlu bekerja di pejabat di Emerald Avenue, Selayang)

  2. Tutor separuh masa & perunding pendidikan (boleh bekerja dari rumah)


Khamis, 8 Februari 2024

BINTANG YANG BERSINAR

 



BINTANG YANG BERSINAR

=================
Tahniah diucapkan kepada Cikgu Azam atas kejayaan cemerlangnya sebagai bintang yang bersinar dalam dunia pendidikan. Anugerah Tutor Terbaik bagi bulan Disember 2023 merupakan pengiktirafan yang wajar diberikan kepada Cikgu Azam atas usaha dan dedikasi yang diberikan kepada setiap pelajar.
Cikgu Azam, anda adalah kompas yang membantu pelajar meneroka lautan ilmu. Dengan kesabaran dan keikhlasan, anda menjadikan diri anda sebagai pembimbing yang memastikan setiap pelajar sampai ke destinasi yang diingini.
Anda telah melaburkan hati anda untuk memahami setiap halaman buku supaya pelajar dapat memahaminya dengan baik. Kepercayaan anda terhadap potensi setiap pelajar adalah insentif untuk mereka mencapai kejayaan yang lebih tinggi.
Keupayaan untuk mendengar dengan teliti kata-kata pelajar anda menunjukkan bahawa anda adalah seorang guru yang memahami dan menghormati setiap individu. Anda melihat kesilapan sebagai peluang untuk bergerak ke arah pencapaian yang lebih baik.
Komitmen, amanah dan konsisten adalah prinsip yang anda amalkan dari awal. Anda adalah seorang guru yang bukan sahaja mengajar subjek itu, tetapi juga menggalakkan pelajar untuk terus mencuba dalam menghadapi cabaran, dan percaya pada diri sendiri walaupun dalam kegelapan.
Tahniah sekali lagi kepada Cikgu Azam kerana telah berjaya menjadi tutor terbaik pada Disember 2023. Dedikasi anda terhadap profesion ini adalah titik tolak untuk masa depan yang cemerlang. Azzahra Home Tuition mengucapkan tahniah dan syabas dan semoga anda akan terus memberi inspirasi kepada guru-guru lain.

Ahad, 31 Disember 2023

LANGKAH-LANGKAH KECIL

 


LANGKAH-LANGKAH KECIL
==================
Bila tiba azam baru…bermakna ianya merupakan harapan baru..dan peluang baru... Lupakan segala kegagalan yang lepas supaya kita menjadi orang yang baru… Jadikan kegagalan yang lepas sebagai satu pengalaman yang sangat berharga untuk diri kita supaya kita dapat melalui dengan jaya jika liku-liku yang sama berulang kembali…
Tanamkan impian di awal tahun 2024 dan jadikan hujung tahun 2024 adalah tahun yang memberi makna dalam hidup kita… Mulakan dengan lahirkan impian pada hari ini… Dari impian lahirlah perancangan… dari perancangan lahirnya tindakan...
Kadang-kadang kita tidak tahu apa yang patut kita lakukan untuk kita mencapai impian… Terlalu banyak perkara yang perlu kita lakukan… Jadi apa yang kita perlu lakukan?
Mulakan dengan langkah-langkah kecil kerana dengan langkah-langkah kecil ini terlahirlah langkah-langkah yang besar sehingga capai ke destinasi ingin kita tuju…
Di antara punca seseorang itu tidak berjaya mencapai impiannya adalah kerana mereka tidak mempunyai ‘energy’ yang tinggi secara ‘persistent’… mungkin kerana perkara ini terjadi kerana hadirnya cabaran yang tidak terduga…
Berikut merupakan langkah-langkah untuk sentiasa kekal bersemangat:
1) Sentiasa dekatkan diri dengan Allah SWT kerana sumber tenaga datang daripada-Nya seperti solat di awal waktu, banyakkan amalan sunat, banyakkan bersedekah dan sebagainya.
2) Tulis atau tampal gambar-gambar impian serta kata-kata positif di kawasan yang mudah dilihat seperti di meja kerja, meja belajar, ruangan tidur atau di mana-mana ruangan yang dirasakan sesuai seperti “Saya berjaya capai 10A+ SPM 2024” manakala contoh kata-kata positif adalah “Jangan direnung lelahnya berusaha akan tetapi renunglah manisnya sebuah kejayaan”… Kata-kata ini akan memberikan perasaan yang positif kepada diri kita.
3) Memilih rakan-rakan atau orang sekeliling yang sentiasa memberikan kata-kata positif… Kata-kata positif yang sering kali diulang akan sentiasa memberi dorongan kepada kita agar sentiasa berusaha.. Elakkan mendekati orang yang negatif kerana mereka akan menarik kita ke belakang…
4) Hayati makna syukur… Bersyukur bermaksud menghargai apa yang dimiliki walaupun sekecil-kecil perkara… Syukur yang kecil akan menghasilkan syukur yang besar. Jangan sesekali kita membandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain yang lebih baik daripada kita tetapi bandingkan kehidupan kita dengan orang yang kurang bernasib baik daripada kita… Contohnya, apabila kita pandang orang yang mempunyai kereta yang lebih besar daripada kita, kita akan rasa cemburu dan sedih… tetapi apabila kita pandang orang yang berjalan kaki, berhujan dan berpanas, kita akan rasa lebih syukur dan simpati…
5) Sentiasa komited dan berdisiplin… Tiada orang yang berjaya yang tidak berdisiplin… Susun masa dengan baik dengan membuat jadual aktiviti harian atau ‘things to do’ serta patuh dan disiplin terhadap jadual tersebut…
6) Mencari ilmu… Dengan ilmu, kita tahu samada apa yang kita lakukan betul ataupun salah… Ilmu lebih berharga daripada harta… Jika kita berulang kali melakukan perkara yang betul… kita akan berjaya manakala jika kita berulang kali melakukan perkara yang salah kita akan kekal di takuk yang sama ataupun semakin kecundang…
Sedikit perkongsian daripada kami… Selamat tahun baru 2024! Semoga impian kita semua pada tahun 2024 tercapai… Aamiin…
Ingin kami bantu pendidikan anak anda, klik link di bawah….